Tuesday, March 31, 2009

IMAMKAN SOLAT PUN JADI ISU

Aku pun naik bengkak kepala bila soal imamkan solat wajib pun jadi isu di Bukit Gantang. Masjid itu kan rumah Allah! Sesiapa saja yang beragama Islam boleh jadi imam asalkan cukup syarat dan fasih bacaan-bacaannya. Apatah lagi jika pemimpin berkenaan dikenali berilmu, berkelayakan diketahui mampu dan dijemput ke depan oleh imam bertugas.

Jadi kalau kebetulan Imam Masjid Simpang dah bagi laluan kepada Nizar Jamaludin untuk imamkan solat Maghrib baru-baru ni, apa nak riuh sangat. Kecualilah Nizar ni kokak tak reti rukun solat dan bacaannya pun telor ke, sumbang ke, sengau ke...

Tapi aku cukup yakin Nizar layak mengimamkan solat kerana bacaannya baik, tertib dan tertil serta rukun solatnya sempurna. 

Aku tau sebab aku pernah jadi makmum dalam solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Nizar. Tak ada satu manusia pun complain lepas sempurna solat kami yang diimamkan oleh Nizar. Lepas solat dia lagi boleh bagi tazkirah pasal fadilat solat berjemaah. Sebijik cerita politik pun tak bunyi.

Malu woi kalau soal solat pun hangpa orang politik nak keriau. 

Yang bukan Islam pun tau malu dan tak bertekak pasal sembahyang deme. Aku tak pernah dengar Samy Vellu pun jerit sapa pimpin Thaipusam di Batu Caves.

Sepatutnya pada malam tu di masjid Simpang, semua pemimpin ambil giliran tampil kedepan pimpin jemaah, pimpin saf. 

Zambri pun bukan calang-calang orang weh.Graduan Universiti Islam Malaysia tu. Tunjuklah kemampuan pimpin jemaah solat dan bagi tazkirah di masjid. Dah jadi MB kena ke depan selalu. Lecehlah kalau malu...

Nizar jadi imam solat Maghrib dan Zambri boleh tunggu untuk imamkan solat Isyak. Muhyiddin boleh bagi tazkirah untuk penuhkan masa antara maghrib dan Isyak. Ismail Sufian pulak boleh jadi imam solat Subuh. 

Apa susah sangattt.

Besepah dan belambak lagi soal lain di Bukit Gantang yang perlu diselesaikan, sheikh! Soal setinggan, soal pencemaran kilang kelapa sawit, soal dadah, soal perumahan, soal banjir kilat, soal industri tanah liat, soal peluang pekerjaan, soal kemiskinan tegar, soal tapak niaga orang melayu dan serba serbi lagi perlukan tindakan segera.

Yang hangpa nak riuh-riuh pasal sapa jadi imam solat tu wat pa?

Reti-reti lah agih giliran...ikutlah saranan Dato’ Najib, orang Islam dan Melayu kena rapatkan saf.


Saturday, March 28, 2009

Wednesday, March 25, 2009

MANUSIA SUKA TERUS BERHELAH

Seketika dahulu semua kawasan disini dinamakan Hutan Simpan Kekal Pondok Tanjung, Selama, Perak. Mudah dapat anak-anak ikan kelisa atau arowana dari anak sungai dalam kawasan hutan simpan ini. Teduh dan indah pemandangan, kehijauan dengan pepohon hutan segar menutupi bumi sambil menyediakan tempat menginap unggas, flora dan fauna.

Perjalanan pergi balik ke Selama amat seronok, relaks, selesa dan tenang.

Sebelum pilihan raya Mac 08 lalu, malangnya pokok-pokok hutan di sebahagian kawasan disini mula ditebang. Berderetan lori-lori balak menunggu muatan kayu balak tebangan untuk diangkut ke kilang.

Tebang, tebang dan terus tebang.

Hari ini kawasan hutan tersebut dah jadi botak dan gondol. Sedih dan panas melihat keindahan ciptaan tuhan dimusnah tanpa malu dan segan silu.

Tapi, mereka yang dapat lesen gondolkan balak-balak peduli apa dengan kesan pada alam sekitar dan habitat. Dalam benak mereka yang tercongak hanya laba yang berlipat ganda. Barangkali berkira-kira untuk pasang isteri muda atau membeli pengaruh politik untuk tingkat kuasa.

Maka naiklah satu papantanda baru kawasan bakal dijadikan Ladang Kambing Boer untuk pendekkan cerita.

Aii....Berlambak-lambak tanah bekas lombong di Perak takkan lah sekeping pun tak sesuai untuk dijadikan kawasan ladang pelihara kambing Boer.

Wah!kambing jenis apa ini yang sungguh hebat sampaikan hutan simpan pun terpaksa dikorbankan.

Kera , lutong, monyet dan beruk pun terpaksa pindah ditepi jalan mengemis untuk rezeki kerana habitat mereka sudah tida lagi.

Lagi sedih pula nasib orang-orang kampong yang berhampiran. Terpaksa mengharungi banjir ketika hujan lebat dan air dari tasik Bukit Merah yang melimpah.

Barangkali... Itulah nasib kera, lutong, monyet, beruk dan orang kampong yang terpaksa menanggung derita semata-mata untuk kesenangan segelintir manusia rakus yang tamak haloba dan tidak faham tanggungjawab dan peranan sebagai hamba Allah dan pada masa sama adalah khalifah Allah di bumi bertuah ini.

Tapi biasalah...Manusia akan terus cari alasan kerana manusia jenis pelahap, tamak haloba dan tidak bertanggungjawab ini adalah dari spesis yang sememangnya suka terus berhelah...

Monday, March 23, 2009

ISLAM ITU BERSIH

Lebih satu bulan aku menyepi diri. Banyak perkara yang berlaku membuat blog ini sepi tanpa sebarang catatan. Keadaan diri yang tidak berapa sihat terlantar di Hospital Pantai Puteri, Ipoh mendapat rawatan, suasana politik di Perak yang masih teracau dan kemulut ekonomi yang mula mencengkam antara faktor utama, aku memilih menyepi buat seketika.

Namun, satu aktiviti anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang pada hari Sabtu lalu seolah-olah meniup semangat untuk aku kembali membuat sedikit coretan baru. Aktiviti 'Gotong -royong Membersih Tanah Perkuburan Gurap, Ipoh' sempena Maulidul Rasul anjuran bersama Majlis Bandaraya Ipoh mendapat perhatian dan sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Penyertaan ramai ahli-ahli keluarga Kelab, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz berdekatan, wargakerja MBI dan orang ramai amat menggembirakan pengurusan  tanah perkuburan. Betapa baiknya kalau aktiviti sebegini diteruskan sebagai aktiviti tetap masyarakat meliputi semua tanah perkuburan Islam di setiap pelusuk. 

Sememangnya Islam menganjur umatnya supaya sentiasa mementingkan kebersihan dalam apa jua perkara dan perlakuan dalam kehidupan. Baik perkara pakaian, tempat tinggal, makanan, minuman,peradaban, pergaulan, percakapan, akhlak waima menguruskan tanah perkuburan.

Tanah Perkuburan Islam, Gurap seluas 15 ekar terletak dalam bandaraya Ipoh tetapi kawasannya seringkali diliputi semak samun. Dinyatakan oleh pengurusan tempat tersebut tidak dapat diuruskan dengan rapi dan sempurna kerana kekurangan dana.

Semoga usaha murni NGO Melayu Islam seperti Kelab Bakti Gunung Keledang mengambil inisiatif menganjur gotong-royong membersih tanah perkuburan membangkitkan kesedaran pentingnya tanah perkuburan dikekalkan bersih sebagai satu ciri kebersihan dalam Islam.

Barangkali jika setiap individu Islam termasuk para pemimpin politik Islam meletakkan kebersihan sebagai antara ciri utama perjuangan diri, tentunya dunia Islam lebih aman sempurna, murni dan suci.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...