Yang seronok bila dapat jam yang lebih cantik dari gambar. Dalam gambar nampak lusuh bila dapat memang ampuh.
Sama juga dengan wang. Kalau dapat yang nombor menarik memang suka tak terkira.

Yang tak seronok bila dapat jam atau wang yang gambar lebih cantik dari sebenar.
Maklumlah dalam gambar semua wang nampak cantik dan menarik , bila dapat layu dan sayu.
Dalam gambar nampak jam tu bersih berseri, tapi bila dapat, bertompok bagai bunga seripagi. Dalam gambar juga mana boleh perasan bila jam digoncang bunyi sikit atau bunyi sakit. Tapi takpe, itu kerja dukun jam lah untuk bagi pulih.
Tapi semua tu asam garam dalam urusniaga dan tak jadi hal pun.
Ada jam dari jenama yang tak pernah dengar sebelum ni pun. Ada jam dari jenama terkenal tapi ditawarkan pada harga terlalu murah hingga risau pulak nak beli. Itu semua hanyalah strategi penjual, masing-masing nak tarik pelanggan.
Ada yang claim sengaja jual jam dibawah kos kerana sudah terlalu lama’hold’ hingga modal tertekan. Mahu tak mahu kena juga kasi lepas supaya bisnes masih bernafas.
Saya respect bloggers yang tak kedekut ilmu dengan paparan banyak article silih berganti dalam blog masing-masing tentang jam dan wang untuk dikongsi bersama. Telefonlah waktu mana pun, sedia berjawab dan beri pendapat.
Saya hormat dengan para bloggers yang hebat koleksi masing-masing dan tak lokek kongsi sumber kutipan.
Ada bloggers yang walau pun baru jadi saudagar jam atau saudagar wang, tapi nyata tinggi ilmunya, sedia mendengar dan bertukar pendapat.
Ada juga kalau pasal jaga kualiti produk memang cermat. Kalau jam tu, dikilat macam cermin untuk bersikat. Memang hebat.
Terjamin barang dibungkus, di alamat untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Bungkusan, mak oiii, kemas rapi.
Tentang harga, tak berapa kisah sangat sebab mana ada katalog harga untuk jam lama walau pun nota dan syiling lama ada rujukan. Kadang-kadang sedikit mahal, kadang-kadang sedikit murah. Campur tolak lebih kurang sama. Asal berkenan dihati runding sikit-sikit dah kira jadi. Nanti kalau rasa jemu, boleh jual kepada kolektor baru.
Yang amat penting dalam urusniaga jam, wang atau syiling lama, semangat setiakawan,‘fairness’, jujur, ikhlas dan nilai persahabatan diutamakan.
