Showing posts with label Politics. Show all posts
Showing posts with label Politics. Show all posts

Friday, November 6, 2009

ALAHAI, APA NAK JADI PERAK NI...

Saya bukan orang politik. Juga tidak berminat main politik dan tak pernah ada cita-cita nak jadi orang politik walau pun adalah kenalan-kenalan dari kalangan ahli politik, yang aktif mau pun yang pencen.

 Ikut pengamatan saya, suasana politik di Perak masih cerca merba. Sidang Dewan baru-baru ni pun entah apa-apa. Kecoh bila ada dua 'Speaker' masing-masing dengan kumpulannya. Pembentangan bajet negeri pun tak dapat berita. Cuma bila tengok TV1 dua malam lalu baru tahu sedikit cerita bila MB Perak, Dr Zambry dibual bicara.

Heran tak sudah saya, bila orang-orang pandai yang dipilih rakyat sebagai wakil rakyat tak dapat duduk semeja berbincang secara aman isu membabit rakyat jelata.

Bila pemimpin asyik bercakaran, rakyat tak dapat manfaat. Saya bangkitkan kerana tak nampak bayang pembangunan di negeri Perak. Contohnya, Projek Kampung Lat pun tak termampu dilaksanakan walau pun Dato' Lat diangkat jadi Ikon negeri Perak.

Isu pembinaan Kampung Lat ni mungkin bukan isu besar bagi orang politik tapi inilah satu contoh kecil projek tercicir bila pemimpin-pemimpin asyik bermain politik dan hilang fokus pembangunan.

Projek penting sebegini yang boleh menjadi satu pemangkin kemajuan negeri Perak tentunya sayang kalau diambil negeri lain.

Untuk rakyat , saya dengan rendah hati menyeru pemimpin-pemimpin politik Perak di kedua pihak, BN dan Pakatan, tolonglah duduk semeja berbincang demi kesejahteraan rakyat Perak.

Kalau MCA yang berentap bagai nak rak pun dah ada bayang boleh berdamai takkan Zambry dan Nizar berserta kumpulan masing-masing tak boleh mula berunding untuk kesejahteraan rakyat jelata...

Jangan dibiarkan rakyat Perak terus tanpa hala dan terpaksa MENGHIJRAHKAN projek ke luar negeri... 


 P/s Perbincangan antara J/K Kelab Keledang dengan En Aminudin Hashim, Chief Executive IDR, think-tank kerajaan negeri Perak petang tadi berjalan lancar dan penuh harmonis. Alhamdulillah, beberapa pemerhatian penting kelab mengenai cadangan pembangunan negeri Perak termasuk Kampung Lat, peluang pelaburan dan Ipoh Sentral 'received his full ears and attention with a promise to bring our observations and proposals  directly to MB, Dr Zambry. TQ'

Friday, February 6, 2009

BN IS THE NEW PERAK STATE GOVERNMENT

His Royal Highness the Sultan of Perak Sultan Azlan Shah has declined to give his consent to dissolve the State Assembly and has ordered Dato' Seri Mohamad Nizar to resign as Menteri Besar paving the way for BN to lead the new government in Perak.

Pangkor State Assemblyman, Dato' Dr Zambry bin Abdul Kadir has received the Royal consent to be the next Menteri Besar of Perak. He is due to be sworn in at 3.30 pm today.

Pakatan Rakyat should respect HRH the Sultan of Perak's decision and bow out gracefully.

To Dato' Seri Mohamad Nizar, you have actually performed reasonably well as a rookie MB in that short space of time. Regroup your team and fight the battle another day.

The political war is just beginning and seems to be long, ugly and fierce.

To Dato' Dr Zambri and his new exco, I wish them 'SELAMAT BERTUGAS'. It is still a long and winding road. Winning the confidence of the Rakyat of Perak is going to be a real challenge.

BN has a lot to prove to the Rakyat. Good Luck.

May the Rakyat come out the winners in this political epic.

Wednesday, February 4, 2009

KERAJAAN PERAK BUBAR?

Dapat kabar berita tengahari tadi YAB Menteri Besar Perak akan membuat pengumuman untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

Seorang rakan yang juga seorang peguam menjelaskan kaedah Perlembagaan Negeri Perak yang jelas memberi kuasa mutlak kepada DYMM Sultan Perak mengenai kuasa pembubaran DUN Perak.

Dalam kemulut politik mutakhir di negeri Perak, kita amat yakin kebijaksanaan DYMM Paduka Sultan Perak akan terserlah.

DAULAT TUANKU.

MARI MAIN DAM AJI

Terserempak seorang ADUN BN semasa menziarahi Jenazah seorang bekas wakil rakyat dua hari lalu. Selepas ziarah, apabila ditanya oleh beberapa orang kawan-kawan yang turut berada disitu tentang status beliau, dengan sinis beliau memjawab "Orang nak main dam, kita tengoklah."

“Ada yang dah naik Aji, Dato'?” sampuk seorang kawan.

"Dah kot sebab tu deme makan satu, aji makan tiga sekali, entah-entah lebih” tenang saje jawabnya, penuh tekateki sambil beredar.


Tuesday, February 3, 2009

LOMPAT MASUK LOMPAT KELUAR

Pagi-pagi Ahad lalu seorang sahabat menelefon dari Kuala Trengganu bertanya kabar keadaan politik mutakhir di Perak yang katanya macam kalut.

Saya kabokan semua OK di Perak. Cuma ada orang Parit lompat keluar disambut orang Changkat nak lompat masuk tapi orang Behrang kabonya Bebas dulu.

“Biasalah, dalam politik Malaysia yang dinamik” kata saya. “Lagi baik wakil rakyat yang lompat-lompat ,nampak cergas daripada yang tenggelam lepas pilihanraya tapi timbul semula dua tiga minggu sebelum pilihanraya atau yang tidor kenyang macam ular sawa”tambah saya lagi.

“Kita nie letih pun tak habis lagi nak menang di KT, dah menang, orang Perak pulak buat hal”rungut sahabat saya.

“Releks brother. Takde hal punya. Pakatan masih kukuh di Perak” saya cuba memberi ketenangan padanya.

“Oh gitu,”sambut sahabat saya.
Bagi saya mudah, sesiapa saja jadi pemimpin perlu jujur, amanah dan jalankan tanggungjawab ikut hukum Allah Taala. Jika gagal atau khianat tunggulah bala daripada Rabbuljalil.


Friday, January 23, 2009

PALESTIN OH PALESTIN, PERAK OH PERAK..

Agak lama saya tidak menulis. Barangkali banyak peristiwa bulan Januari ini yang mengguris perasaan. Kisah politik umat Islam Melayu yang berbalah tak sudah. Kisah pemimpin yang macam tidak pernah mengerti perasan rakyat. Kisah janji politik yang tinggal janji. Kisah wakil-wakil rakyat yang hanya menjengah di musim pilihanraya. Kisah menteri-menteri yang ke hulu ke hilir tapi lupa pulang ke kawasan untuk berjumpa rakyat. Kisah wakil rakyat yang ada masa tambah bini tapi tak punya masa melangkah ke masjid berjemaah bersama rakyat di kawasan.

Tapi kisah penderitaan rakyat Palestin lebih pilu,pedih, sakit dan amat menyayatkan.

Khutbah Jumaat di masjid Taman Meru hari ini masih berkisar pada isu Palestin. Betapa rakyat Palestin telah menderita selama 60 tahun sejak tertubuhnya negara Israel di bumi Palestin.

Dengan nada lantang dan tegas, Ustaz Hashim selaku Khatib hari ini menghurai rentetan sejarah penubuhan Israel sekali gus menguasai Baitul Makhdis, Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Masjidil Haram.

Lekehnya umat Islam hari ini yang hanya mampu melihat kekejaman dan merintih dalam sepi.

Sedih, sayu, hiba dan lara tidak terperi melihat gambar-gambar kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak berdosa menjadi mangsa Israel durjana sedangkan Negara-negara Islam yang kaya raya hanya mampu merayu dan merayu. Tak pernah mahu bersatu. Tak pernah mahu sepakat. Masing-masing dengan gaya longlai tersendiri punya agenda masing-masing. Menjerit di PBB macam berbisik di lobang cacing.

Teringat saya, ketika kereta kami melewati bangunan Liga Arab di Kaherah pada 2 Januari lalu, seorang sahabat berbangsa Mesir sambil ketawa berkata ' Inilah tempat pemimpin-pemimpin Liga Arab bertemu dan berbincang. Lepas minum-minum kopi mereka pun pulang tanpa sebarang keputusan.'

'Apakah mereka akan berbincang soal pencebohan Israel di Gazza?' Tanya saya.

'Mungkin' jawab kawan saya sinis.' Bila mereka terasa nak minum kopi bersama' sambung sahabat saya sambil tersenyum.

Di Palestin pemimpin-pemimpinnya tidak bersatu. Hamas hanya dapat memerintah diGazza sahaja walau pun menang pilihanraya. Fatah dibawah pimpinan Mahmood Abbas masih menguasai Tebing Barat. Amerika Syarikat dan Israel begitu lantang menghentam Hamas sebagai pertubuhan ganas

Inilah realiti di bumi Palestin. Pilihan rakyat dinafikan hak memerintah menyebabkan rakyat berpecah belah dan menimbul masaalah yang bertambah.

Entahlah....saya terhidu sedikit persamaan di bumi Perak. Kerajaan yang di pilih rakyat nampaknya sengaja dinafikan hak mutlak memerintah dengan pelbagai rintangan dan halangan. Terbaru adalah arahan Sdr Zahid Hamidi melarang Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan menghadiri mesyuarat kerajaan negeri.

Sesungguhnya rakyat telah membuat pilihan pada bulan Mac tahun lalu. Hormatilah pilihan rakyat dan perkenan AlSultan. Kepada Sdr Zahid Hamidi, anda wajar bermuhasabah. Kuasa yang ada pada anda hanyalah amanah sementara. Dikurniakan Allah untuk menduga sejauh mana kemampuan anda untuk memikul tanggungjawab dan amanah tersebut. Anda bukan menyelesaikan masaalah tapi mencari balah.

Ingatlah umat yang tidak bersatu akan hancur dimamah musuh. Sekadar satu peringatan kepada pemimpin-pemimpin,, janganlah umat Islam Melayu di Malaysia hancur kerana kerenah anda sekelian yang lupa amanah Allah dan lupa tanggungjawab.

Wednesday, March 19, 2008

3.TAHNIAH

Kabinet Persekutuan telah pun diumumkan Perdana Menteri semalam.

Ada muka lama, ada muka baru dan ada muka dikitar semula. Sekalung tahniah kepada semua yang terpilih. Cuma saya nak peringat semua yang terpilih, perlantikan bukan lesen untuk lupa kawasan yang diwakili tapi tanggungjawab tambahan yang diamanahkan.

Kepada Dato’Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah, ahli Parlimen Tambun, kawasan dimana saya tinggal dan mengundi, dirakamkan tahniah khas.

 Walau pun belum kesampaian hasrat jadi menteri penuh tapi jawatan Timbalan Kewangan pun sudah cukup hebat. Itu Kementerian panas.

Aku tahu kerana aku juga pernah berkhidmat sebagai akauntan di Kementerian tersebut pada tahun 1977 hingga tahun 1979 semasa Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Menteri. What a fantastic minister he was!

Gunakan kesempatan yang dianugerah untuk membantu PM membangun Malaysia tapi jangan lupa peruntukan pembangunan untuk negeri Perak dan juga kawasan Parlimen Tambun.

Sedih aku melihat Bandar Baru Meru Raya (dalam Parlimen Tambun) yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak sejak 15 tahun, masih gersang bangunan, kecuali Kompleks Pejabat Imigresen, Pendaftaran dan RELA Negeri Perak. Kesian, nama saje bandar baru tapi rupa macam padang tekukur!

Tahniah khas juga untuk Sdr Dato’ Ahmad Zahid bin Hamidi, bos lama, yang dapat promotion. Seronok le oghang Bagan Datoh. Aku tau Dato’Zahid memang boleh kuat keghoje. Letaklah kat mane pun dia boleh buat .

Harapanku, Badan Kehakiman akan mendapat sinar keyakinan rakyat semula dengan terlantiknya Sdr Dato’ Zaid Ibrahim. Good luck ex-housemate.....

Memang benar aku dan Dato’ Zaid serta 4 lagi pelajar pernah tinggal serumah di 77, Hoyle Road, Tooting Broadway, SW17, London semasa kami sama-sama menuntut di UK pada tahun 1975.

For the record he was quite good at cooking chicken soup. Well, that was the only dish he could come up with...BUT I’m confident he can come up with something great with the Judiciary’s review and revamp...failing which he can always opt out!

2. BERMUHASABAH DAN BERAMANAH

Pilihanraya ke-12 telah selesai. Kabinet Persekutuan dan Kerajaan–kerajaan Negeri (kecuali Terengganu) terbentuk sudah. Suara rakyat telah menentukan pilihan wakil-wakil rakyat yang akan mewakili mereka di Dewan-Dewan Negeri dan Dewan Parlimen.

Barisan PKR, DAP dan PAS menang besar sementara BN hilang 4 negeri dan leboh banyak kerusi DUN dan kerusi Parlimen. UMNO, MCA, Gerakan,PPP dan MIC hilang taring. Yang terjadi tiada siapa pun dapat ramalkan.

Tapi itulah kuasa Tuhan. Semua pihak perlu menerima hakikat yang terjadi adalah ketentuan Allah swt.Tentu ada hikmahnya.

Bermuhasabahlah.....Itulah yang terbaik bagi yang kalah mahu pun yang menang. Peranan Wakil Rakyat bukan mudah. Penuh tanggungjawab dan amanah. Pada yang kalah, tentu ada sesuatu pengajaran. Betulkan kesilapan dan bina kekuatan diri. Jangan lagi bongkak sombong,cuai, rakus, alpa dan lupa tugas dan lupa kawan. Tanggungjawab dan amanah di abai jangan.

Insaflah ! Sukar sekali nanti nak berjawab bila berdepan Rabbuljalil apabila amanah gagal dilaksanakan. DI akhirat nanti setiap rakyat dan pengundi pasti menuntut pengadilan.

Kepada yang menang, ini sebenarnya cabaran dan dugaan. Belajar dari kesilapan kawan dan lawan dan pastikan tanggungjawab dan amanah menjadi keutamaan.

Pandang dan amati keadaan rakyat. Dengar dan halusi rintihan mereka. Runding dan selesai masaalah dengan cara terbaik hingga rakyat selesa. Ingat anda yang menawar diri untuk dilpilih mewakili rakyat.Pikullah tugas dengan adil saksama dan beramanah.Kepada wakil rakyat yang beragama Islam, kembalilah kepada hukum Allah. Jadikan Al-Quran dan Al-Hadith sebagai pedoman,bimbingan dan rujukan.

SELAMAT BERTUGAS...

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...