Pagi ini aku bertekad untuk siapkan kerja-kerja lanskap dipetak sebelah kanan laman dikawasan luar rumahku. Kerja yang aku dengan Hassan ,pembantu ku, mulakan petang semalam. Alahai, bukan luas sangat pun kawasannya. Adalah kut 20 kaki panjang dengan 5 kaki lebar.Nak kira pakai meter tak pulak pandai. Orang lama katakan...
Bila siap petak ini baru boleh mula petak kiri yang luas sepuluh kali ganda.
Jam 8.45 pagi kami mula sambung kerja lanskap yang tertangguh semalam, selepas Hassan siap mencuci kereta-keretaku, rutin hariannya setiap pagi dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
Pokok Puding warna kuning berdaun besar dan yang berdaun halus menjadi pilihan sebagai pokok utama.Kami susun sebaris secara selangseli.Pokok Pukul Sepuluh pelbagai warna kami pilih sebagai pokok penyeri penutup bumi.Siap tanam, laman masih nampak lopong.Takpe, nanti aku singgah nursery beli pokok Senandung Malam.Boleh tanam kemudian.
Bunga Senandung Malam harum semerbak wanginya, tambah-tambah diwaktu malam. Berdiri jugak bulu roma. Sesuai sangatlah ditanam dilaman luar rumah. Jam 11.30 pagi kerja selesai. Lopong-lopong pun nampak ok gak .
Aku envy dengan jiran dihadapan rumahku,Haji Aznan, yang memang rajin menanam bunga. Lanskap dirumahnya memang dijaga rapi. Sungguh segar mata memandang. Bukan setakat didalam kawasan rumah tetapi diluar kawasan rumah pun.
Penuh dengan pelbagai pokok hiasan beraneka warna. Keindahan laman diluar rumahnyalah yang telah menjadi pendorong utama untuk aku berusaha mengindahkan laman diluar rumahku dengan lanskap pelbagai pokok bungaan. Dalam kawasan rumahku memang dah banyak pokok-pokok bungaan terutama sekali pokok Bulang dan pokok Bunga Raya .Apepe pun terima kasihlah Bang Aji kerana bagi kesedaran dilaman luar rumah pun perlu dihiasi cantik.
Cuma terfikir kalau semua orang macam Bang Aji ni tentulah setiap jalan dan lorong didalam kawasan Bandaraya Ipoh (MBI) ni cantik, kemas dan berseri dengan pokok-pokok hiasan dan bungaan. Senang sikit kerja MBI. Budget lanskap kene guna cuci longkang yang tersumbat sana sini .
Mungkin jugak MBI boleh buat kempen bertemakan ‘ TAMAN INDAH BANDARAYA MEGAH’ supaya setiap warga kota digalakkan lanskap sendiri laman dalam kawasan rumah dan depan rumah sendiri seterusnya taman perumahan jadi cantik dan indah.
Mungkin boleh buat pertandingan ke. Dato’ Bandar, ape macam, boleh on ke cadangan nie?. ...