Saturday, November 26, 2011

371.DI AMBANG HIJRAH DI TAMAN MERU IPOH, PERAK

SALAM HIJRAH 1433

Dari awal minggu, tiga buah khemah mega telah mula didirikan di pekarangan Masjid al Mutaqqin, Taman Meru, Ipoh.

Masjid yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah ku telah dipilih sebagai lokasi untuk majlis sambutan diambang hijrah peringkat negeri Perak tahun ini.

Jam 1.00 tengahari ini, TNB telah siap menyediakan genset standby, kerusi-kerusi siap diatur dalam khemah dan para caterer juga kelihatan sibuk menyiapkan persediaan untuk jamuan malam ini. Jamuan buffet untuk rakyat dan jamuan berdome untuk pemimpin.

Solat Zuhur tengahari tadi masih macam biasa, hanya dua saf jemaah.

Alhamdulillah pada waktu 'Asar, jemaah dalam masjid mula penuh. Ada bas yang membawa rombongan daripada TLDM Sri Pelanduk dan ada juga bas daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim serta bas dari UNiKL membawa rombongan pelajar. Tak kisahlah daripada mana hadirin datang, asalkan masjid penuh dan majlis dapat diimarahkan.

Ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah undangan menyusul diikuti dengan bacaan surah Yaasin menjelang waktu maghrib. Naskah-naskah surah Yaasin yang cantik diedarkan percuma kepada jemaah.

Tetamu undangan yang dijangkakan Menteri Besar Perak diwakili oleh Kapten Dato' Najmuddin, ADUN Batu Kurau merangkap Penasihat Agama.

Sementara menanti waktu Isyak dan Forum Perdana selepas solat Isyak , jemaah dijemput menikmati jamuan makan secara buffet. Maka bersusun panjanglah barisan beratur untuk mendapat makanan percuma.

Alangkah cantiknya jika para pemimpin pun dapat turut serta beratur menikmati makanan untuk rakyat. Baru terasa hijrahnya telah bermula...

Apa pun terima kasih lah kepada kerajaan Negeri Perak kerana sudi memilih masjid khariah ku untuk majlis di ambang hijrah.

SEMOGA ALLAH TA'ALA MEMBERI HIDAYAH KEPADA KITA SEMUA UNTUK BERHIJRAH SIKAP DAN MATLAMAT KEARAH YANG LEBIH BAIK.


p/s Sayang sekali, anggota RELA yang bertugas di pintu masuk masjid tidak berkesempatan solat 'Asar kerana katanya tidak dibenarkan meninggalkan pos....ia ke?


Sunday, November 6, 2011

370. SALAM AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidil 'Adha diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia dan di mana jua blog ini dibaca.

Semoga kita terus berusaha menjalani kehidupan dalam mencari keredhaan Allah subhanahu wa ta'ala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...