Pilihanraya Malaysia yang ke-13 berlalu sudah. Ada yang menang dan ada yang kalah...adat bertanding... begitulah. Sekarang masa bekerja, sinting lengan orak langkah kerana program kebajikan rakyat perlu segera diolah.
Mesyuarat mingguan Kelab bakti Gunung Keledang Rabu lalu di Royal Perak Golf Club meriah dalam suasana kekeluargaan. Seronok dan syukur kerana tiga ahli Keledang berjaya dalm pilihanraya Dewan Undangan Negeri Perak.
Sdr Dato' Seri Zambery Abdul Kadir menang DUN Pangkor, Sdr Mohd Zahir bin Dato' Mohd Khalid menang DUN Kamunting dan Sdr Aminuddin Hanafiah menang DUN Ulu Kinta. Tahniah kepada ketiga-tiga kerana berjaya meneruskan kesinambungan Keledang meletakkan wakil dalam kerajaan negeri Perak.
Kehadiran mesyuarat kali ini mencecah 40 orang ahli, para isteri dan anak-anak keledang.
Menu makan tengahari simple dan mudah tapi lazat dan bersemangat. Nasi goreng, popia goreng, mihun goreng dan buah-buah. Tak sampai setengah jam hidangan dah licin dan cerah...yang tinggal hanya kopi, teh dan air kosong. Suasana dalam bilik amat ceria, gembira dan ghairah. Tiada agenda khas cuma kata Dato Hj Ishak Mohamad, Naib Presiden Kelab yang mempengerusikan majlis, ulasan dan pandangan pasca pilihanraya terutama isu 'Chinese tsunami' yang dimainkan satu akhbar tempatan boleh diulas dan dibawa bincang.
Ada pandangan keras dan pedas serta ada pandangan bebas. Tak kurang juga pandangan babas...
Saya tertarik dengan ulasan Sdr Dato' Mohd Zahir yang menyatakan bahawa bukan sahaja BN kurang mendapat sokongan daripada kaum Cina tetapi anak-anak muda Melayu terutama yang pulang dari perantauan juga kurang menyokong BN. Makanya saya berpendapat BN perlu membuat satu analisa ilmiah mencari sebab kemorosotan sokongan daripada kelompok tersebut dan cari jalan untuk mengembalikan sokongan semua bangsa sebelum PRU 14 jika Bn masih berminat mahu mengekalkan kuasa kerana di dunia kini yang kian terbuka maklumat mudah diperolehi.
Sekali lagi syabas kepada tiga orang ahli Keledang yang berjaya terpilih sebagai ADUN PERAK ...TAHNIAH