Friday, May 10, 2013

394. INI KARI LAHHH...

Tengahari tadi,saya membuat anjuran kepada semua ahli Kelab Keledang melalui saluran 'Whatsapp' supaya Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang mengutuskan surat ucaptahniah kepada ketiga-tiga ahli Kelab Keledang yang telah berjaya dipilih oleh rakyat kawasan masing-masing pada PRU 13 baru lalu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN).

Ketiga ahli yang berjaya iaitu Sdr Dato Seri Diraja Zamberi Abdul Kadir (Pangkor), Sdr Dato' Mohd Zahir ( Kamunting) dan Sdr Dato' Aminuddin (Ulu Kinta). Respons yang diterima adalah positif ditambah dengan gurauan supaya ketiga-tiga ADUN yang berjaya belanja ahli-ahli Keledang makan kari kepala ikan kat Kedai Nasi Kandar Salim Tarbus di Jalan Tokong, Ipoh.

Kedai nasi kandar kepala ini memang popular di Ipoh...

 Sdr Mohd Hussein Dato' Ariff, ahli yang berpangkalan di KL mengesyorkan program makan ini diberi tagline...INI KARI LAHHH...

Mungkin ini tagline yang sesuai untuk BN raikan kejayaan mereka di Perak. Ambil gambar dan poskan ke laman 'Facebook' atau mana-mana media sosial yang diminati ramai.

Sapa tau, untung-untung tagline ini boleh popularkan kari kepala ikan Salim Tarbus dan negeri Perak kepada pelancong tempatan dan pelancong luar negara.

INI KARI LAHHH...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...