Limau tambun adalah antara buahan yang menjadi buruan kaum Tionghua di Perak lebih-lebih lagi pada tahun baru.
Malah ramai juga orang Melayu yang membeli limau tambun untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan kaum Tionghua yang menyambut tahun baru.
Menjelang tahun baru Cina tahun ini, tinjauan rambang mendapati kebanyakan gerai yang menjual limau tambun disepanjang Jalan Dr Raja Nazrin Shah, Ipoh berhadapan Hotel Hilcity mendapati jualan limau tambun meningkat dengan banyaknya.
Mengikut Puan Loo Nyee Moi, pemilik gerai no. 16, jualan harian dua jenis limau tambun iaitu yang masam manis dan yang manis meningkat berganda. Harga runcit adalah antara RM10 sebiji hingga RM 35 sebiji. Masih ada ruang selesa untuk tawar menawar jika membeli lebih dari sebiji. Jika anda bijak menawar, potensi untuk dapat diskaun sehingga 20% amat cerah.
Buah-buah limau yang dijual adalah buah-buah segar dan baru dituai daripada ladang-ladang dilereng bukit dan lembah di sekitar kawasan Tambun.
Kepada semua rakan-rakan Tionghua yang akan menyambut tahun baru, diucapkan "SELAMAT TAHUN BARU. SEMOGA TAHUN BARU AKAN MEMBAWA LEBIH KEMAKMURAN."
No comments:
Post a Comment