Showing posts with label Titoni. Show all posts
Showing posts with label Titoni. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

277. A RARE MOMENT WITH TITONI COSMO 99

Among close friends, it’s an open secret that we are serious watch collectors. So, whenever opportunities avail, we call on each other to update information on our common hobbies.

At times a good watch just popped up on such a visit.

We were at a friend's house just for a casual visit. As we sat down, he drew a watch from the top drawer of a table. He said the watch is meant for us if we so desired.

We had a good look at the watch. Wow, it's a vintage Titoni Cosmo 99. The watch looked pretty clean, neat and complete with the original stainless steel bracelet and original buckle. Just the stainless steel bracelet, an original brand new one would easily cost RM300. We weighted the option and decided to take in the watch as the price offered was quite fair. According to our friend, Titoni Cosmo 99 was released sometimes around early 1970s.

Still we craved for more information. On reaching home, we googled on this model including checking out friendly watch blogs but nothing much surfaced.

Undeterred, we proceeded to inquire from a few old hands who have been in the watch business for years. They put the date of release to around the 70s.

A few images of that particular Titoni Cosmo 99 are displayed here with the sincere hope of soliciting for more pertinent information from dear readers and fellow collectors.

Thank you.

SEJENAK YANG INDAH BERSAMA TITONI COSMO 99

Antara rakan-rakan bukan lagi satu rahsia yang kami adalah kolektor jam. Kerap ke tempat rakan sehobi bertukar maklumat tentang penemuan terbaru jam vintage atau jam preowned mau pun release terbaru di pasaran.

Ada ketika, sesebuah jam hadir dalam kunjungan sedemikian.

Ketika berkunjung ke tempat seorang rakan, dia menyambut dengan tersenyum. Baru saja duduk, dia keluarkan sebuah jam. Nampak cantik dan solid. Sebuah jam Titoni Cosmo 99 terpampang di depan mata.

Jarang sekali kami ketemu jam sedemikian rupa. Bagaikan sebuah muka TV mirip dialnya. Walau pun berusia barangkali sekitar empat puluhan kagum melihat wajahnya masih ayu berseri bagaikan janda berhias beranak satu.

Terpesona, jam yang direnung seolah bersuara merayu minta diabadi pada lengan. Segar bercahaya, tali dan bakelnya masih asli. Malah semuanya asli-asli belaka. Tiada calar dan tiada luka ketara.

Kalau sudah jam berada di tangan, mana mungkin dilepas lagi. “ Sememangnya jam ini untuk abang” ringkas katanya. Bicara harga singkat tanda terpikat lantas jam diangkat pulang. Cumanya tiada banyak maklumat tentang Titoni Cosmo 99 walau pun digoogle dan dirujuk blog rakan-rakan.

Beberapa imej Titoni Cosmo 99 sengaja dipaparkan untuk tatapan. Barangkali ada rakan-rakan kolektor dan pembaca yang budiman sudi berkongsi informasi walau sedikit cuma.

Terima kasih.

Thursday, November 12, 2009

TITONI PENGAPIT

Masa nak beli sebuah jam dinding tiga lubang dulu, penjual letak syarat. Kalau nak jugak jam dinding kena beli sekali dua pengapitnya, udah macam pengantin pulak. Satu jam tangan Omega Seamaster Cosmic dan satu lagi jam Titoni Cosmo King Automatic semi-gold inilah. Katanya senang begitu sebab dia banyak kenangan bersama ketiga-tiga jam. Kalau nak lepas satu, tak adil, katanya, sebab tu nak kena hulur juga tiga sekali.

Ntah betul entah sengaja direka...Tak kisahlah kenangan ke atau sengaja nak let go sebahagian koleksi, janji harga patut barang baik. Dah diperiksa ternyata jam utama berserta kedua pengapit memang berkondisi baik, ditawar pada harga menarik.

Warna emas pada Titoni Cosmo King ini terserlah dan dial putih bersih dengan angka Roman numerics yang jelas menjadi Titoni nampak kemas.

Cuma satu hal pulak bila dah beli jam cantik, sayang nak pakai selalu...

Tapi sekali-sekali kena menerai jugak...

Tuesday, November 10, 2009

TITONI BUDAK SEKOLAH

Ikut kata tuan punya asal jam Titoni Airmaster ini, dia mula pakai jam ini semasa belajar dan tinggal di asrama Sekolah Anderson, Ipoh. Hadiah daripada ayahnya. Kira-kira dah lama le tu sebab dia pun dah jadi pensyarah universiti dan kini dah ada ijazah PhD.

Antara koleksi awal, jam yang masih cantik dan berfungsi dengan lancar ini hanya menjadi hiasan dalam koleksi dan tak pernah sekali pun dipakai sejak dibeli.

Saja dibiar dalam kotak kerana rasanya jam ni cukup berjasa, dah terlalu banyak bakti dan tentunya banyak sekali kenangan dan sejarah silam.

Sayang jam ini tak pandai bercakap kalau tidak, tentu berkajang cerita menarik boleh dimuat dan di kongsi disini.

Tuesday, July 21, 2009

BELI JAM BELI WANG...

Beli jam dan beli wang ni banyak yang seronok dari yang moyok.

Yang seronok bila dapat jam yang lebih cantik dari gambar. Dalam gambar nampak lusuh bila dapat memang ampuh.

Sama juga dengan wang. Kalau dapat yang nombor menarik memang suka tak terkira.

Yang tak seronok bila dapat jam atau wang yang gambar lebih cantik dari sebenar.

Maklumlah dalam gambar semua wang nampak cantik dan menarik , bila dapat layu dan sayu.

Dalam gambar nampak jam tu bersih berseri, tapi bila dapat, bertompok bagai bunga seripagi. Dalam gambar juga mana boleh perasan bila jam digoncang bunyi sikit atau bunyi sakit. Tapi takpe, itu kerja dukun jam lah untuk bagi pulih.

Tapi semua tu asam garam dalam urusniaga dan tak jadi hal pun.

Ada jam dari jenama yang tak pernah dengar sebelum ni pun. Ada jam dari jenama terkenal tapi ditawarkan pada harga terlalu murah hingga risau pulak nak beli. Itu semua hanyalah strategi penjual, masing-masing nak tarik pelanggan.

Ada yang claim sengaja jual jam dibawah kos kerana sudah terlalu lama’hold’ hingga modal tertekan. Mahu tak mahu kena juga kasi lepas supaya bisnes masih bernafas.

Saya respect bloggers yang tak kedekut ilmu dengan paparan banyak article silih berganti dalam blog masing-masing tentang jam dan wang untuk dikongsi bersama. Telefonlah waktu mana pun, sedia berjawab dan beri pendapat.

Saya hormat dengan para bloggers yang hebat koleksi masing-masing dan tak lokek kongsi sumber kutipan.

Ada bloggers yang walau pun baru jadi saudagar jam atau saudagar wang, tapi nyata tinggi ilmunya, sedia mendengar dan bertukar pendapat.

Ada juga kalau pasal jaga kualiti produk memang cermat. Kalau jam tu, dikilat macam cermin untuk bersikat. Memang hebat.

Terjamin barang dibungkus, di alamat untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Bungkusan, mak oiii, kemas rapi.

Tentang harga, tak berapa kisah sangat sebab mana ada katalog harga untuk jam lama walau pun nota dan syiling lama ada rujukan. Kadang-kadang sedikit mahal, kadang-kadang sedikit murah. Campur tolak lebih kurang sama. Asal berkenan dihati runding sikit-sikit dah kira jadi. Nanti kalau rasa jemu, boleh jual kepada kolektor baru.

Yang amat penting dalam urusniaga jam, wang atau syiling lama, semangat setiakawan,‘fairness’, jujur, ikhlas dan nilai persahabatan diutamakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...