Sekali-sekali dapat naik kereta dia, rasa seronok sungguh. Tapi tak dapat selalu naik sebab anaknya ramai. Kalau kebetulan pergi rumah dia, dapat main keliling kereta dan sentuh kereta pun dah kira ok.
Satu hari, ayah beritahu dia dah dapat lesen memandu. Cuti hari Jumaat, dia ajak bersiar-siar. Dah dapat lesen,kenalah cuba bawa kereta, katanya.
Hari Jumaat pun tiba, kami empat beradik pun bersiap sedia. Ini pengalaman pertama nak ikut ayah naik kereta yang ayah sendiri pandu. Ayah pinjam kereta kawan, Morris Minor 1000 warna hitam. Nampak cantik sungguh kereta tu. Mak tak ikut sebab nak jaga adik kecik. Lagi pun mak banyak kerja rumah nak buat.
Ayah minta semua naik. Semua duduk di belakang. Ayah masuk dan pastikan semua pintu dikunci sebelum memulakan perjalanan. Dari raut muka ayah , dia kelihatan yakin.
Enjin mengaum dan kereta meluncur keluar dari laman rumah. Kami duduk diam dalam kereta memerhati ayah memandu. Hebat sungguh ayah boleh bawa kereta.
Baru sampai simpang pertama, tak jauh dari rumah, tiba-tiba kereta terhenti mengejut. Kami hampir terperosok di celah kerusi belakang.
Apa hal pulak ni? Nampak ayah macam panik. Ada lembu melintas, kata ayah. Lama ayah nak dapat nafas balik. Ayah ambik keputusan pusing balik rumah.
Itulah pengalaman pertama dan terakhir naik kereta dipandu ayah.
Sememangnya selepas kejadian tersebut ayah biarkan saja lesen mati. Dia serik dan fobia memandu kereta. Tak pernah nampak dia sentuh setering kereta lagi.
Tapi ayah tetap hebat.
Awal tahun 2006, ternampak sebuah kereta Morris Minor 1000 dengan nombor pendaftaran yang agak menarik untuk dijual di sebuah stesen minyak.
Saya agak tertarik dan beranikan diri bertanya hal kereta tersebut. Tawar menawar berlaku, kata sepakat tentang harga tercapai. Kereta yang rupanya macam junk terus menjadi milik saya.
Selepas dipulihkan dengan peruntukan yang terlebih estimate,inilah rupanya.
Sekadar satu kenangan silam bersama ayah tercinta.



Top Watch Sites
