Wednesday, December 24, 2008

79. ALAHAI RIMASNYA...Bersepah deme merata.

Pagi-pagi buta singgah di stesen minyak Jelapang udah berjumpa DEME. Sape lagi kalau bukan geng pendatang asing. Dulu katanya stesen minyak tak perlu atendan. Self service. Kalau dah self service, apa perlu ambik pekerja dari Myanmar ? Cakap Melayu sepatah haram. Takat jadi atenden tukang sengeh baik tak payah.

Masuk kedai nasi kandar nak sarapan, dah jumpa pelayan dari India pulak. Pesan minuman sampai tiga kali baru dapat yang betul.

Pegi kedai repair kasut kat Jusco, jumpa tukang kasut memang nama Sabarudin tapi mamat Bangla. Jenuh bekesah baru dia paham.

Singgah ke tapak nurseri di Jalan Silibin nak beli anak pokok, sape lagi yang menunggu kalau bukan deme-deme jenis tu jugak le. Nepal mari dah jadi tukang kebun.

Masuk construction site pulak, tukang kayu, tukang besi, tukang bata dan tukang simen,semua pekerja dari Indon. Lombok le, Jawa le, Aceh le, Madura le serba serbi ada.

Pegi ke ladang udah jumpa Flores pulak.

Bukan setakat di Ipoh atau Perak saja bersepah dengan deme ni, kalau jengok ke Pekan Rabu,Alor Setar pun serupa. Pegi lah ke gerai baulu panas. Yang bakar baulu pun mamat Bangla. Pandai pulak dia bancuh tebung buat baulu.Elok naik cukup rasa.

Kalau terasa nak makan laksa Kedah, jom pi Hutan Kampong. Sapa lagi yang masak kalau bukan Siti Indon. Balik-balik deme lagi.

Barangkali lepas satu generasi, tak mustahil le anak-anak deme ni jadi tuan besar. Mungkin jadi menteri, mungkin jadi menteri besar, mungkin jadi CEO bank, mungkin jadi CEO GLC. Mungkin, mungkin dan mungkin jadi PM.

Apa dah jadi ni! Semua kerja dah pau kat pendatang. Anak Malaysia kemana pegi? Takkan lah belia Malaysia hanya layak duduk kat pusat serenti saja.Takkan lah nak biarkan belia Malaysia kerja merempit dari tengah malam sampai ke pagi.

Nak ngadu pada Pak Lah, dia pun dah nak belah. Kot-kot Dato’ Najib atau Dato’ Syed Hamid boleh ambik perhatian. Oh Tok, tolong-tolong semak polisi imigresen tu. Kot-kot ada yang dah kematu.

Kementirain Sumber Manusia pun satu, Kuatkan lagi kempen supaya belia minat menerima latihan. Tentu CIDB boleh bagi latihan kerja di bidang binaan. IKBN latih di bidang pertanian dan asas tani, IKM pulak tumpu di bidang sajian dan perhotelan, ILP di bidang perindustrian dan Kolej Komuniti di bidang perkhidmatan.

Ingat, belia yang hebat memacu Negara maju cepat. Jangan sampai negara tergadai, belianya tersadai...


Monday, December 22, 2008

78. Saya sakit... doktor pun juga sakit

Sudah seminggu tekak ni terasa amat perit. Batuk pun menjadi-jadi. Macam-macam ubat dah telan, macam-macam lozenges dah cuba dan macam-macam ubat batuk dah minum. Macam-macam petua dah ikut tapi tekak tetap perit, batuk tetap tak mau hilang.

Nampaknya kena pegi jumpa doktor sekali lagi pagi ni.

Pagi tadi, jengahlah doktor kat Taman Jati. Doktor pun nampak tak berapa segar. Bila disap baru tahu dia sakit belakang hinggap sampai kaki. Nampak Patutlah duduk pun senget kat kerusi. "Kot kena tukar tak?" usul saya.

Cuit saya, kesian tengok dia merana duduk atas kerusi yang agak lusuh.

Sengeh je doktor dapat nasihat free...

Kata saya lagi, " Doktor kena cari kerusi yang ikut contour badan. Takde lagi sakit belakang, sakit pinggang, sakit ponggong ke dan sakit kaki." Doktor ngangguk aje. Ntah ke paham ntah ke menyampah...lantak le.

Dapat ubat anti-biotics, ubat kumur, ubat tekak dan... lozenges lagi.

Leboh tiga puluh hinggit!

Kata doktor dalam tempoh tiga hari boleh baik kalau taat makan ubat. "Kalau tak baik datang semula" katanya.

"Harap-harap doktor pun cepat sempat." kata saya as a parting shot...

Top of The World

Wayne Rooney powered a 10-man Man United team to 1 - 0 victory over Liga de Quito of Ecuador in the Club World Cup held in Yokohama, Japan. It was indeed a sweet success, capping a most fruitful year after winning the EPL and the European Cup earlier this year.


What a way to end the season for the best club in the world and for the best supported club in the world.


Congratulations, Man U.


See you guys at OLD TRAFFORD next season. INSYAALLAH...


Saturday, December 20, 2008

WHEN THE WEST MEETS THE EAST....IT’S THE BEST


It was such a delight to watch the game. The best of Europe pitted against the darling of Asia. The Gamba Osaka players matched every step of the way though at times overawed by the millionaires of Manchester United.

Still, they fought hard and fair. Committed, hard working, skilful and intelligent, the Gamba players worked as a team and never gave up till the final whistle.

I thought Endo was outstanding. Wouldn’t be wrong to say any EPL team would love to have him in their team. For that matter, many of the Gamba players like Hashimoto and Bando would easily make the grade in EPL or in Europe.

Gamba Osaka can pride itself being able to push Man U to the limit. A loss of 3-5 to a great team as Man U is nothing to be ashamed of. Gamba can be proud of their ‘achievement’. 

In the words of Sir Alex Ferguson, the Man U Manager,“The people got their money’s worth, that’s for sure. Their movement on the ball was very good and it shows you how much Japanese football has improved.’’

That leads me to the Malaysian soccer scene. Back then during the good old days of Merdeka tournaments, Malaysia used to beat Japan easily. Remember, we did qualify for 1972 and 1980 Olympics. Names like Syed Ahmad, Salleh Ibrahim, Wan Zawawi, Hamzah Hussien, Chow Chee Keong, Lim Fung Kee, Shaharudin Abdullah and his brother, Namat, keep rolling back.

When other Asian countries like Japan, Korea, Iran, Saudi Arabia and even Bahrain have made tremendous stride, where do we stand now?

The latest ranking released by FIFA placed us at 155!

Do we blame FAM?

 I don’t think so....The blame game is over. 




Thursday, December 18, 2008

ILI’S FIRST CAR

It's not easy to choose your first car especially trying to work within the small budget allocated. That's the predicament my lovely daughter, ILI, seemed to face recently.

Some time ago when she was doing her Alpha (matriculation) level at MMU Melaka, I somehow threw the carrot of a brand new car if she continuously excelled in her studies until the degree level.

She took the challenge by the horns and came out with flying colours each and every semester to date. I'm really proud of her achievements.

A small car is indeed a small price to fulfil a promise.

We went hunting from one model to the other. From Myvi, Viva, Gen2, Persona to Saga. All come to nought.

I wonder....

Little did I realised she (after consultation with Fatin, her elder sister) has already made up her mind on this little 'cutie' called SWIFT. Yes, a brand new white SUZUKI SWIFT.

Being a smart girl, she got her way, albeit slightly off the budget.

Promise made promise kept and that's what satisfaction is all about...


 


 


 

PERDANA, CAMRY ATAU MERCEDES



Tiga minggu lalu saya buat keputusan jual kereta Proton Perdana yang dipakai sudah melampaui empat tahun.

Jangan salah faham, Perdana memang selesa dipandu. Dah rata ceruk rantau Perdana yang satu ni sampai. Tak banyak masaalah dan tak banyak buat hal pun. Tapi adat lah bila kereta dah mula berumur, jalan jauh sikit dia mula meragam. Jadi sebelum ragam jadi geram saya buat keputusan bercerai dengan Perdana yang satu ni.

Kisah kereta Proton ni saya tau sangat. Proton Saga injin lama , injin Magma, Wira dan Satria semua dah pernah beli dan satu keluarga dah pernah pakai. Masa Dato Nazmi lepas tu Tengku Mahaleel pegang teraju Proton memang tiptop serba serbi. Lepas deme belah, entah lahhh...

Jadi bila Kerajaan negeri Perak nak ganti Perdana dengan Camry, saya tak heranlah. Memang kereta yang dijandakan EXCO lama udah cokia. Nak pilih Camry ke, Accord ke atau 4WD, itu hak kerajaan negeri lah.Yang penting MB dan EXCO kerajaan kini boleh jalan tugas untuk rakyat dengan sempurna, selesa dan teratur.

Kalau beli Camry pun apa sangat. Baru RM167,000(termasuk duti) sebiji. Terjemahkan kepada 365 hari setahun untuk tujuh tahun hayat, baru RM65.37 sehari. Kalau kira dengan harga chakoteow Ipoh@ Rm3.00 sepinggan, baru 22 pinggan sehari.

Murah dah tu....Saya pun nak beli satu Camry lah!

ATAU MB Nizar nak pilih sebiji Mercedes C230 avangarde yang baru? Dengor cerite itulah pilihan mantan MB PeRak?


 

Wednesday, December 10, 2008

Nazrin: Refer fatwa to Rulers


IPOH: The Regent of Perak Raja Dr Nazrin Shah has again reminded the National Fatwa Council that its primary role is to decide and issue a fatwa or edicts after referring them to the Conference of Rulers.

He also reminded the Mentri Besar, state Religion, Islamic Education, Women and Welfare Committee chairman, directors and staff of the state Religious Department to refer any matter to the state Islamic Religious and Malay Customs Council before making statements.

Speaking after chairing the Malay Customs Council meeting, Raja Nazrin said the National Fatwa Council should have referred the matter of Muslims taking up yoga to the Conference of Rulers.

He said if the matter was not corrected now, it would lead to confusion later.

Raja Nazrin also reminded the Department of Islamic Development (Jakim) that it did not have the legal power to give instructions to states on Islamic religious management.

He noted that to ensure a harmonious relationship, the National Fatwa Council and Jakim should understand and respect the status, right, advantage, sovereignty and power of the Ruler as enshrined in the Federal Constitution and state constitution.

(Excerpt from The Star @ 10 December 2008)

Sunday, December 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Aidil Adha menyusul sekali lagi. Di kesempatan ini saya dan keluarga mengucapkan salam Aidil Adha kepada sekelian kaum keluarga, sahabat handai dan semua muslimin dan muslimat.

Sama-sama kita berdoa agar semua umat Islam yang sedang menjalankan ibadah haji di Tanah Suci berada dalam kandungan sihat, selamat dan sejahtera dan dimudahkan penyempurnaan ibadah.

Semoga kita semua juga dapat terus memahami erti pengorbanan besar Nabi Ibrahim 'alaihissalam dan anaknya Nabi Ismail 'alaihissalam dan menghayati sesungguhnya erti pengorbanan tersebut dalam kehidupan harian.

Tentulah tidak menjadi halangan jika sambutan Aidil Adha kali ini disambut dalam suasana sederhana sebagai tanda simpati kita kepada semua mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan bencana lain yang terus melanda.

Pengorbanan yang rasanya terlalu sedikit dibandingkan dengan kesengsaraan yang di tanggung oleh mangsa-mangsa bencana bencana tersebut.

Thursday, December 4, 2008

SEKITAR PELANCARAN FIRST DAY COVER DATO’ LAT

Jam 10.14 pagi tadi bertempat di Pejabat Pos Besar Ipoh, Dato' Lat, kartunis terbilang telah melancarkan First Day Cover dan siri setem pos lukisan beliau. Ramai pengumpul-pengumpul setem dari seluruh negeri Perak dan peminat- peminat beliau hadir.

Sdr Dato' Azumu bin Haji Tak selaku Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang turut hadir ditemani oleh ahli-ahli Kelab seperti Tan Sri Ahmad Azizuddin, Dato' Seri Tajol Rosli. Dato' Mansor Ahmad, Dato' Dr Anwar Hassan sebagai tanda sokongan kepada usaha Dato' Lat yang juga seorang ahli Kelab Keledang yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan.

Pelancaran pagi ini adalah susulan daripada majlis pelancaran di Kuala Lumpur. Seperti kata Dato' Lat, pelancaran First Day Cover perlu juga dibuat di Perak, negeri kelahiran beliau.

Satu wajah yang tetap tidak pernah ketinggalan dalam kartun-kartun lukisan Lat ialah watak nyonya berkaca mata dan berambut sarang tebuan. Watak tersebut sebenarnya ialah Cikgu Hew Chai Kee, guru bahasa Inggeris Lat semasa menuntut di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh.

Pagi tadi Cikgu Hew yang masih segak ,walau pun tanpa hairdo sarang tebuan, turut hadir meraikan majlis.

Wednesday, December 3, 2008

ANTARA SENAMAN YOGA DAN SOLAT SUNAT

Seorang sahabat membangkit isu fatwa tentang yoga ole Majlis Fatwa Kebangsaan semasa lunch hari ini. Saya tidak berminat mengulas kerana fatwa tetap fatwa. Period. Dia juga tidak berminat mengulas panjangangkali yang terlabat dengan kaedah senaman yoga ni mungkin beberapa kerat orang bandar.ratlah orang- di kampung inat mengula. Cuma katanya berapa keratlah orang- orang di kampong yang faham tentang yoga ni. Barangkali yang terlibat dengan yoga ni, itu pun senamannya sahaja, mungkin beberapa kerat orang Islam wargakota yang idamkan riadah untuk sihatkan badan dan kurangkan stress.

Mungkin betul mungkin tidak pemerhatiannya itu kerana tiada sebarang statistic dikemukakan mengenai jumlah penglibatan orang Islam dalam yoga ni. Apa pun kata saya , alangkah baiknya semasa pengumuman dibuat dinyatakan juga kaedah riadah yang sesuai untuk menggantikan senaman yoga.

Tentu boleh disyorkan supaya diperbanyakkan solat solat sunat sebagai tambahan kepada solat-solat fardhu. Badan sihat jiwa pasti tenang bila berdampingan dengan Maha Pencipta.

TAHNIAH ZAID IBRAHIM

Sekalung tahniah kepada sahabat saya, Zaid Ibrahim kerana berjaya mencipta satu rekod unik. Barangkali anda, satu satunya menteri yang dilantik berhenti jadi menteri, letak jawatan jadi senator secara sukarela atas satu prinsip dan dalam masa yang singkat disingkirkan dari parti.

Saya tabik anda, Zaid, kerana ada prinsip. Anda lebih faham konsep keadilan dan anda juga lebih mengerti konsep kerukunan masyarakat majmuk.

Saya cuma harap anda boleh tumpukan masa sepenuhnya sekarang untuk kerja amal dan kerja kebajikan. Cukup-cukuplah tu berpolitik, tak kemana pun......

MELAYU KEDAI KOPI...


 

Saya agak terkejut dengan pendedahan seorang sahabat yang juga seorang councillor Bandaraya Ipoh. Katanya sejak dilantik tahun ini, sudah beratus aduan diterima melalui email, SMS dan telefon dari wargakota Ipoh mengenai pelbagai masaalah untuk diambil tindakan. Malangnya tidak satu pun daripada aduan tersebut diterima dari kaum Melayu. Kalau singgah di kedai kopi sekarang, yang kuat komplen adalah orang Melayu. Ada saja yang tak betul. Ada saja yang tak kena. Tapi bila nak buat komplen rasmi melalui para councillor, udah jadi bisu.

Itulah masaalah kata sahabat saya yang satu ni. Walau pun rupanya macam India tapi dia Melayu jati.

Apa nak jadi dengan Melayu serupa ni, hanya pandai melalak di kedai kopi tapi bisu bila minta diketengahkan masaalah secara formal.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Friday, November 21, 2008

DARI SILIBIN KE P.PATTO

P.Patto mungkin seorang yang berjasa. Dia mungkin satu nama besar dalam perjuangan partinya .Dia mungkin seorang politikus dan pemidato hebat di zamannya. Penguasaan bahasa Melayunya mengkagumkan sehingga mampu membaca tulisan Jawi dengan lancar. Jasanya mungkin tersohor pada kaumnya sehingga perlu namanya diabadikan dalam masyarakat.

Maka itu cadangan dibuat supaya namanya diabadikan sebagai satu nama jalan di Bandaraya Ipoh. Maka itu nama JALAN SILIBIN dicadangkan oleh pembesar negeri supaya ditukarkan kepada JALAN P.PATTO sempena nama yang sohor itu.

Cuma cadangan pertukaran nama JALAN SILIBIN mendapat tentangan hebat dari peniaga setempat termasuk dari kalangan kaumnya. Dr Siva, doktor gigi keluarga kami mengepalai segerombolan peniaga-peniaga di sepanjang Jalan Silibin membantah cadangan tersebut. Bantahan menjurus kepada banyak permasaalahan dan kos tinggi yang akan timbul.

Bukanlah satu kesalahan mengenang jasa seseorang pemimpin yang dihormati oleh semua kaum. Sesuatu yang patut dan memang pun digalakkan. Tujuannya murni supaya anak bangsa tidak mudah lupa jasa pemimpin.

Tetapi biarlah tujuan murni itu dilaksanakan dengan cara dan kaedah yang bersesuaian dan tidak membebankan masyarakat.

Cara mudah ialah kekalkan yang lama seperti sedia kala. Kenalpasti tempat baru, jalan baru, dewan baru atau satu taman rekreasi baru untuk diabadikan nama pemimpin. Tak ada sesiapa pun membantah masa taman rekreasi Ipoh di pinggiran Sungai Kinta baru dibina dan dinamakan Taman DR Seenivasagam.

Nama itu kekal masyhur hingga kini.

Tak salah kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Ipoh membina sebuah lagi taman rekreasi baru seperti di kawasan Station 18, Pasir Puteh atau di satu kawasan di sebelah Buntong dan namakan taman rekreasi tersebut sebagai Taman P.Patto.

Saya sendiri pun boleh tunjukkan kawasan lapang milik kerajaan melebihi 30 ekar yang sememangnya sesuai untuk kawasan rekreasi di Station 18, Pasir Putih atau di Buntong.

Cuma ingat, masih ramai nama-nama tersohor di Perak yang perlu disanjung jasa dan di abadikan pada tempat-tempat sesuai. Nama-nama pejuang kemerdekaan seperti Dr Burhanuddin AlHelmi, Abu Bakar Al Baqir dan Professor Zulkifli Mohamad, tidak wajar di biarkan pudar, tenggelam ditelan zaman.

Wednesday, November 19, 2008

MATI ITU PASTI

Kematian adalah kepastian. Masa dan ketika juga adalah satu ketentuan. Cuma kita tidak pernah diberikan notis selamat tinggal dalam perjalanan ke alam akhirat.

Berita-berita kematian sanak saudara dan sahabat handai , menziarahi jenazah, bersolat jenazah dan kesempatan berada di kuburan memberi penghormatan terakhir menimbulkan semacam perasaan bahawa apabila tiba masanya, ajal menggamit tanpa berlengah walau sesaat jua.

Mungkin pun tidak sempat wasiat terakhir, lambaian atau salam perpisahan. Pergilah dengan tiada banyak pesan. Pergelutan di saat akhir yang mungkin selesa atau seksa, mungkin perit atau sakit, mungkin senang dan tenang, semuanya bergantung pada amalan.

Berita kematian sememangnya banyak mengingatkan kita bahawa hanya amalan tulus ikhlas semasa hayat yang mampu menjadi bekalan di akhirat.

Sesungguhnya saat-saat menghadiri kematian pasti akan menimbul kesedaran pada setiap insan, apatah lagi jika melibatkan orang-orang tersayang.

Kepiluan dan kesedihan memerlukan kesabaran untuk menahan sebak dan hiba yang meruntun perasaan. Namun, yang dituntut ketika itu adalah melafazkan kesyukuran demi merelakan pemergian.Yang masih hidup dituntut meneruskan tugas dan tanggungjawab dengan penuh ehsan.

Tugas sebagai insan Muslim yang faham akan tanggungjawab berbakti kepada agama, diri sendiri, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan bangsa perlu dilaksana secara adil dan bijaksana.

Mungkin bakti mudah yang pertama boleh dilakukan adalah membersihkan tanah kuburan/ pusara orang-orang Islam yang rata-rata semak samun berlalang tidak terurus.

Tentulah lebih sempurna jika kebersihan dan prasarananya dipelihara dan diurus mesra, dikemas rapi bagaikan sebuah taman indah yang mudah di kunjungi sesuai dengan Islam yang cintakan keindahan dan kecantikan.

Semoga semua percaturan kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini adalah sentiasa mengikut landasan yang penuh dengan keberkatan dan keikhlasan serta mendapat keredhaan Nya.

Salam hormat

dma

Sunday, November 16, 2008

TAHNIAH KEPADA PIMPINAN BARU PFA

Petang semalam ramai sahabat mengirim SMS mengenai barisan baru kepimpinan Persatuan Bolasepak Perak (PFA). Terima kasihlah atas berita yang dikirimkan walau pun saya hanya seorang peminat dan pemerhati.

Alhamdulillah tawaran YAB Dato Seri Mohamad Nizar, Menteri Besar Perak, untuk menerajui PFA disambut mesra oleh kongres semalam yang bersetuju melantik beliau sebagai Presiden baru sesi 2008-2010. YB Seah, Exco Sukan Negeri Perak pula dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Saya yakin dengan sokongan daripada kepimpinan dan wakil-wakil daerah-daerah yang juga turut terpilih menganggotai Jawatankuasa baru, tentunya usaha memulihkan PFA tidak sukar.

Tahniah kapada Dato' Seri Nizar dan YB Seah. Semoga kalian berdua berjaya dalam usaha membawa semula sinar gemilang kepada bolasepak Perak.

Kepada Dato' Seri Hisan, Cikgu Khairuddin, En Aziz, Isham, Rizal, Cikgu Sahar, Haji Annuar Salim dan semua yang lain yang turut berjaya terpilih semalam, tahniah juga diucapkan. Sebagai insan-insan yang memang banyak pengalaman dalam arena bola sepak, saya yakin anda semua mampu memberi sokongan padu dan kepada Dato' Seri Nizar dan YB Seah.

Apa jua kekosotan dan permasalahan, tentu mampu diselesaikan jika tindakan diambil dalam semangat berpasukan. Apatah lagi bolasepak adalah permainan berpasukan.

Sebagai peminat bolasepak Perak yang memerhati dari jauh, jika dapat disyorkan, untuk memantapkan lagi pengurusan PFA, wajarlah jawatan Setiausaha Kehormat disandang oleh seseorang yang rapat dengan Menteri Besar Perak supaya perjalanan pengurusan dan pentadbiran persatuan mudah dan berjalan lancar. Mungkin Sdr Anuar Hashim, Setiausaha Akhbar Menteri Besar sesuai untuk memikul tugas Setiausaha Kehormat. Beliau memang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dan pentadbiran bolasepak tempatan. Tentunya pembentukan pasukan untuk bersaing di tahun hadapan bukanlah sukar bagi seseorang sepertinya uruskan.

Untuk jawatan Bendahari Kehormat, carilah seorang akauntan bertauliah yang berpengalaman. Urusan kewangan kerja rumit. Bukan senang nak rungkaikan tunggakan sekitar RM 3.2 juta tu! Nak berdepan dengan KWSP, nak berbincang dengan Lembaga Hasil lagi, nak kemaskini gaji pemain dan bekas pemain. Ah, seribu satu masalah dengan dana, wang dan akaun. Tapi bukanlah hal besar jika seorang calon yang berpengalaman di kenalpasti.

Ramai akauntan berpengalaman yang bertugas di Agensi Kerajaan seperti di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, di Lembaga Air Perak dan di Majlis Bandaraya Ipoh mampu mengisi jawatan Bendahari Kehormat dengan mudah.

Yang baiknya, jika penjawat jawatan Bendahari Kehormat dipilih dari kalangan akauntan agensi kerajaan, mereka tentunya mempunyai pegawai-pegawai kewangan dan akaun yang terlatih dan cekap menyelenggara rekod perakaunan dan kewangan dengan kemaskini dan teratur.

PFA perlu melihat jauh jauh kehadapan. Banyak lagi urusan kewangan, selain dari kemaskini akaun dan lunaskan bayaran tunggakan, yang perlukan perhatian.

Penaja dana perlu dikenalpastii, penaja pakaian juga perlu keutamaan, bajet tahun hadapan wajar dirumus dan di bentang.

Salah satu sebab pendapatan daripada perlawanan di Stadium Perak bagi tahun 2007 dan 2008 merosot adalah sambutan dingin daripada peminat tempatan. Mungkin sudah tiba masanya ,PFA melantik seorang pemimpin daripada Kelab Peminat Bolasepak Perak untuk menjadi ahli dalam kepimpinan baru. Mungkin beliau dapat sama-sama mencari pendekatan baru meramaikan peminat di stadium.

Jangan juga lupa 'Kompleks Bolasepak Negeri Perak' di Meru Raya diatas tapak seluas 11.0 ekar, kurniaan kerajaan negeri semasa PFA dibawah pimpinan cemerlang Tuanku Raja Muda masih belum terlaksana. Hendaknya jangan ada lagi cerita tapak kompleks ingin dijaja.

Kepada YAB Dato' Seri Nizar, YB Seah dan seluruh kepimpinan baru PFA, diucapkan 'SELAMAT BERTUGAS DAN SEMOGA BEROLIH KEJAYAAN'.

Friday, November 7, 2008

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR

Ketika saya menulis ini, adik saya, Kamarudin dan isterinya serta 8 orang anggota keluarga kami telah berada di Komplek Tabung Haji , Kelana Jaya bersiap-siap untuk penerbangan ke Tanah Suci malam ini untuk menunai fardhu haji .

Saya amat bersyukur kerana mereka mendapat kesempatan tahun ini setelah menangguh penerbangan tahun lalu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Saya amat terhutang budi kepada adik yang seorang ini. Beliau banyak berkorban demi kejayaan saya dalam bidang akademik. Di zaman kami sama-sama membesar, beliau banyak menghabis masa membanting tulang membantu ayah di sawah. Oleh kerana tubuhnya yang lebih sasa, beliau lebih gagah untuk kerja-kerja fizikal dan menjadi pilihan ayah jika waktu ke sawah.

Tubuh saya agak kerdil semasa kecil. Tidak banyak kerja yang mampu di lakukan di sawah kecuali sebagai budak suruhan menghantar makanan.

Selepas tingkatan lima, adik saya ‘memilih’ untuk makan gaji membantu ayah menyara keluarga kami seramai 9 beradik. Sementara saya, abang sulung terus menyambung pelajaran hingga beroleh kelulusan professional.

Sesungguhnya pengorbanan mu dik, abang kenang sepanjang hayat. Tidak pernah walau sesaat pun dilupai.

Kepada semua jemaah haji tahun ini, selamat pergi dan selamat kembali. Semoga selamat menjalankan ibadah dan beroleh haji yang mabrur.

Istimewa untuk adik dan ahli keluarga, abang doakan kalian sentiasa dalam lindungan Allah swt, sihat sejahtera, selesa dan sempurna mengerjakan haji dan selamat kembali ke tanah air bila tiba waktunya.

Jangan lupa ziarah sanak saudara kita di Jeddah, jika berkesempatan. Sampaikan salam abang sekeluarga buat mereka.

Nota kaki:
Terima kasih dan penghargaan kepada YB Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi kerana sudi melayan rayuan saya dan meluluskan permohonan rombongan ini untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Friday, October 31, 2008

PERAK SEDC’S ROTTEN SUBSIDIARIES!

Part 1

I’m very happy to note that the Perak state government has acknowledged that Perak SEDC and its group of companies are in a rotten state of affairs. Dato Ngeh, the Senior Executive Councillor revealed yesterday, the rotten financial state of affairs of a subsidiary of Perak SEDC. 

 I’m reserving more comments on the issue until the Menteri Besar makes further announcements because I’m pretty sure there are more rotten stories to be unfolded.

For the moment I just like to make a little more disclosure on the state of affairs of that particular wholly-owned subsidiary of Perak SEDC called STAR CAREER SDN BHD (223890-X).

Managed to secure some information from a legal search at the Companies Commission of Malaysia’s office in Ipoh. Based on the record submitted by the Company’s Secretary at the CCM’s office, that company lost a whooping RM 143.0 million in just five years of operations or is it from a non operation by 31 December 2005? 

The company has yet to file its overdue 2006 and 2007 annual and financial reports with the CCM. 

By the way the paid up capital of that company, which listed FURNITURE as its main business, is only RM50,000(Ringgit: Fifty thousands only) and the current and long term liabilities as at 31 December 2005 stood at RM 268.0 millions!

 Wonder whether the auditors have qualified the accounts of the company?

Nothing malicious or seditious intended. I leave the matter to the MB and the state government to conduct a forensic audit or at least to do a due diligent exercise deem necessary. 

What a pity a state agency like Perak SEDC wasted so much Rakyat’s money.

SOMEONE SOMEWHERE VERY UP THERE IN PERAK SEDC, START EXPLAINING, YOU SMART ALEC!

Sounds ridiculous huh! Well, these are plain facts and figures as reported by the company to the relevant authorities. Just wonder whether the heavy losses have been accounted for in the consolidation of the Perak SEDC annual accounts.

OH YES, THERE ARE MANY MORE PERAK SEDC’S BLEEDING SUBSIDIARIES JUST TO BE DISCOVERED...

 FIGURE OUT YOURSELF & START LOOKING. 

FINANCIAL RECORDS AT THE COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA’S OFFICE IN GREENTOWN, IPOH JUST DON’T LIE!


Wednesday, October 29, 2008

SELADANG HILANG TANDUK

Demikian bunyi kepala berita tulisan Cikgu Azizan Hashim dalam Harian Metro halaman 35 hari ini. Kemelut dalam Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PFA) yang gagal menguruskan urusan kewangan dengan cekap bertambah parah apabila sehingga kini diberitakan gagal membentuk pasukan untuk Liga Super tahun hadapan.

Seorang ahli Majlis PFA , Encik Abdul Aziz bin Jamaluddin, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Kangsar, telah mendedahkan kemungkinan Majlis PFA tidak lagi sah atas kegagalan mematuhi kehendak Fasal 8, Perlembagaan PFA yang memerlukan kongres tahunan diadakan sebelum 31 Mei setiap tahun.

Sebenarnya banyak lagi Fasal dalam Perlembagaan PFA yang GAGAL di patuhi oleh Majlis.

Semak Fasal berkenaan perlantikan presiden baru apabila penyandang meletak jawatan.

Semak juga Fasal berkenaan penyediaan penyata kewangan tahunan.

PFA dibawah pimpinan Tuanku Raja Muda pada akhir tahun 1999 hingga awal tahun 2006 amat hebat dan terkenal dengan kecekapan mengurus pasukan dan mengurus urusan kewangan.

Tapi apa dah jadi lepas itu? Dua tahun dibawah kepimpinan sekarang, PFA semput dan hancus, aib dan memalukan. Kualiti persembahan pasukan Liga Super hambar dan merosot menyebabkan peminat menjauhkan diri dari stadium.

Tidak ada satu trofi pun mampu dimenangi oleh kepimpinan sekarang.

Pertukaran Bendahari Kehormat yang bersilih ganti mungkin antara penyebab pengurusan kewangan sasau dan aliran tunai tidak lagi mampu memenuhi tuntutan gaji, cukai pendapatan , KWSP dan SOCSO.

Akibatnya pemain jadi mangsa. Tidak hairanlah ramai pemain muda yang berpotensi seperti Ahmad Fakri dan Razali Umar cabut lari.

Kepada Encik Aziz, tahniah atas keikhlasan anda membuat pendedahan yang berani. Harapnya lebih ramai ahli majlis dan lebih banyak daerah yang bersuara positif dan benar. Kepada Cikgu Azizan teruskan usaha pendedahan bernas anda.

YAB Menteri Besar Perak yang telah menyatakan kesudian memimpin PFA perlu diberi ruang untuk mengambil alih persatuan, menyusun semula dengan hala cara konkrit dan membentuk pasukan baru yang dinamik.

Janganlah bila MB dah bagi duit untuk selesai masaalah gaji, banyak pula kerenah ahli Majlis.

Umum mengetahui memang ada tiga empat petualang dalam PFA yang hanya pandai buat kacau tapi kerja hampeih.

Just some kind words to those council members, SHIP OUT DUDES!

Saturday, October 25, 2008

GOLF AMAL ANJURAN KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG




Bertempat di Clearwater Golf Sanctuary Resort, Batu Gajah, Perak seramai 90 pemain golf amator telah mengambil bahagian dalam satu kejohanan golf amal bertemakan ‘WE CARE CHARITY GOLF 2008’ hari ini mulai jam 8.00 pagi. Kejohanan dwi tahunan anjuran kelab Bakti Gunung Keledang adalah untuk mengutip sumbangan untuk didermakan kepada pertubuhan pertubuhan OKU di negeri Perak.

 Alhamdulillah sebanyak RM60,000.00 telah berjaya dikutip. Sebahagian daripada kutipan tersebut terus di sumbangkan kepada tujuh pertubuhan OKU pada majlis makan tengahari selepas tamat pertandingan.

Tahniah untuk Sdr Razali Merican dan ahli jawatankuasanya yang telah bertungkus lumus mengelolakan acara tersebut dengan jayanya.

Kepada semua individu dan syarikat-syarikat yang telah menghulurkan sumbangan, bakti kalian disanjung tinggi.

 Tahniah juga kepada para golfers yang menjayakan acara.

Kepada Presiden dan barisan kepimpinan Kelab Bakti Gunung Keledang, teruskan usaha berbakti umtuk masyarakat. 

Indeed WE CARE....




MERAIKAN KANAK-KANAK OKU DI JAMUAN HARI RAYA



Majlis ringkas sambutan hari raya anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang untuk kanak-kanak OKU telah diadakan pada jam 12.00 tengahari hari ini bertempat di poolside Clearwater Sanctuary Golf Resort, Batu Gajah.

Majlis turut diserikan oleh acara persembahan daripada kanak-kanak OKU yang memang berbakat.

Selesai acara kanak-kanak tersebut dibawa untuk makan tengahari dengan para golfers yang menyertai acara golf amal. Kanak-kanak OKU tersebut adalah daripada tujuh pertubuhan OKU di negeri Perak yang telah dipilih untuk menerima sumbangan.

Saturday, October 18, 2008

POSTER DAN KAIN RENTANG


Pagi ini aku terbaca dalam akhbar ‘The Star’, ramai kaunselor Majlis Perbandaran Seberang Perai , Pulau Pinang merungut bahawa terlalu banyak kain-kain rentang dan poster dipasang di segenap pelusuk kawasan Majlis tersebut tanpa permit. Walau pun aduan telah dibuat namun tiada tindakan dilaksanakan oleh pihak pentadbiran Majlis tersebut.

Dalam perjalanan ke restoran mamak pagi ini untuk sarapan, aku sempat meninjau beberapa persimpangan di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh. Memang banyak poster dan kain rentang dipasang di sana sini. Terutama sekali poster ucapan selamat hari raya dan jemputan jamuan hari raya.

Tidak dapat dipastikan sama ada poster dan kain rentang tersebut ada permit ke tidak. Maklumlah tidak berapa kelihatan nombor kelulusan permit tercetak pada poster-poster dan kain-kain rentang tersebut.

Mungkin sebab bulan raya, Dato Bandar dan MBI bagi kelonggaran kut. Tak ada permit pun boleh pasang. Tapi lepas ni eloklah dipantau dan disemak.

Bukan apa, pemasangan yang serabut menghodohkan persekitaran dan kalau tak ada permit pulak, kuranglah hasil mahsul MBI.

Gamaknya kenalah juga hantar surat highlightkan situasi ini kepada Dato Bandar MBI yang prihatin ni.


MINYAK .....OH, MINYAK

Harga minyak petrol dan diesel mungkin akan turun lagi akhir bulan ini. Itu kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna. Harap-harap betul dan tepatlah perkiraan formulanya mengikut harga minyak mentah yang dah turun ke paras dibawah USD70 setong. Penurunan yang amat ketara, hampir separuh daripada harga di waktu Abdullah Ahmad Badawi umumkan kenaikan drastik tempoh hari.

Aku harap kali ni kerajaan akan turunkan harga petrol dan diesel pada kadar asal sebelum kenaikan. Pengumuman penurunan harga kali ini juga patut dibuat bersekali dengan kaedah penurunan harga barangan terkawal seperti beras, roti, susu, telur, gula, tepung, minyak masak, tariff letrik dan barangan keperluan lain agar rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dapat kembali hidup selesa.

Harapan aku, Abdullah Ahmad Badawi dapat memfokuskan tempoh 2 hingga 5 bulan terakhir sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan menyusun program-program yang tepat dan jitu untuk menurunkan kos sara hidup supaya rakyat dapat hidup selesa dan selamat semula.

Semoga penurunan harga minyak petrol dan diesel kali ini dan program-program penurunan kos sara hidup yang Abdullah Ahmad Badawi akan umumkan mampu menebus dosa lembab dan belehnya dia memimpin Malaysia sepanjang tempoh 5 tahun lalu.

Lima tahun yang hambar tanpa sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat kecuali koridor-koridor yang belum tentu akan terus dilaksanakan oleh penggantinya yang tentu punyai agenda mengikut acuan tersendiri untuk manfaat rakyat jelata.

Thursday, October 16, 2008

BIL LETRIK

Semalam aku terkejut besar bila menerima bil letrik. Jumlah penggunaan untuk sebulan mencecah hampir RM500.00. Satu rekod kerana kebiasaan penggunaan bulanan hanyalah sekitar RM300.00. Kalau dikira tempoh bercuti di kampong tentunya jumlah di bil lagi kurang.

Aku terus menyemak meter letrik. Ternyata bil ini hanyalah anggaran yang jauh tersasar. Bacaan sebenar menunjukkan penggunaan tidak melebihi RM300.00. Barangkali pembaca meter mengambil jalan mudah membuat anggaran tanpa mahu membuat bacaan sebenar.

Alhamdulillah pihak pejabat TNB Ipoh sedia membantu membetulkan jumlah setelah aduan dibuat pagi tadi.

Hati hatilah lain kali apabila anda menerima bil letrik. Untuk kepastian semak meter untuk bacaan sebenar.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI.....


Syawal sudah melangkaui 16 hari. Namun jemputan menghadiri jamuan hari raya Aidil Fitri masih rancak diterima sehingga akhir bulan. Aku tetap berterima kasih kepada rakan-rakan yang masih ingat diri ini dan sudi menghulurkan jemputan. Insyaallah untuk rakan-rakan sedemikian masa sentiasa aku luangkan.

Aku terfikir juga hebat sungguh orang-orang Islam di Malaysia ni puasa Ramadhan sebulan, raya pun sebulan juga sepanjang Syawal. Tak kisahlah harga barangan dah melambung naik ke, harga petrol dan diesel turun berdikit ke, tradisi tetap mahu dikekalkan.Tradisi yang dikira baik jika tujuan utama untuk mengerat silaturrahim.

Cuma aku renungkan, mungkin ada lojik juga tradisi raya sebulan sepanjang Syawal ni ditinjau semula apatah lagi kos barangan kini bukan lagi murah. Manakala masa, tenaga dan sumber pula perlu digembelingkan untuk menangani keadaan ekonomi yang semakin serabut.

Tanda-tanda dunia akan menghadapi kemelesetan jelas kini apabila ekonomi dua negara gergasi dunia iaitu Amerika dan UK sedang tenat. Pasaran saham di dua Negara tersebut merudum. Banyak bank dan institusi-institusi kewangan di Amerika dan UK terpaksa diselamatkan kerajaan melalui bail out.

Eloklah kita mula beringat, berjimat dan berhemah belanja mulai dari sekarang sebagai langkah awal menghadapi gawat.


 

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pejam celik pejam celik dah lebih setengah abad usia

Pejam celik pejam celik dah 30 hari puasa

Makin dipejam makin dicelik makin banyak salah dan dosa

Sementara masih celik banyak banyaklah buat pahala

Sebelum pejam tak celik celik harap maaf jika tersalah bahasa dan tersilap kata

KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, September 22, 2008

MAJLIS ILMU BERSAMA MENTERI BESAR PERAK

Dua puluh satu hari berehat sepanjang bulan Ramadhan tanpa sebarang cacatan dalam blog ini. Memang niat di hati biarlah blog ini tanpa sebarang catatan sepanjang bulan Ramadhan AlMubarak untuk memberi tumpuan kepada ibadah sepanjang bulan.

Bulan Ramadhan, bulan barakah, bulan yang menuntut perjuangan, kesedaran dan pengorbanan dari umat Islam.

Tetapi peristiwa yang tercatat di Masjid AlMutaqqin, Taman Meru, Ipoh malam tadi terlalu besar untuk dibiar berlalu tanpa catatan. Satu sejarah bagi penduduk setempat yang terlalu bernilai, mana mungkin dibiarkan berlalu kerana sejarah kebangkitan semula kesedaran Islam di Perak diyakini akan bermula disini.

Malam tadi sejak terdirinya bangunan kekal Masjid AlMutaqqin lapan belas tahun yang lampau, buat pertama kalinya seorang Menteri Besar Perak sudi menghadirkan diri bersama jemaah setempat menunaikan tanggungjawab terhadap Allah subhanahuwata'ala mendirikan solat.

Malah lebih manis lagi apabila Menteri Besar ini yang bernama Mohamd Nizar bin Jamaluddin sudi mengimamkan jemaah solat Isyak dengan baik dan tertib.

Sudah dua puluh tiga tahun aku tinggal di Taman Meru ini, belum pernah walau sekali pun sebelum ini bersua muka seorang yang bernama wakil rakyat kawasan ini menjengah ke masjid ini.

Apa tah lagi melihat bayang seorang yang bernama menteri besar atau menteri walau pun kini ahli parlimen yang terpilih bagi kawasan ini sudah bergelar Timbalan Menteri Kewangan.

Bukan mudah untuk seorang Menteri Besar Perak yang begitu sibuk dengan tugasan negeri untuk melapangkan begitu banyak masa bersama satu jemaah. Tapi Nizar Jamaluddin meluangkan masa selama tiga jam setengah dari jam 8.40 malam sehingga melewati jam 12.00 tengah malam untuk menunaikan solat Isyak, solat sunat tarawih dan solat sunat witir bersama jemaah.

Kemuncak kehadirannya, pada jam 11.10 malam beliau masih mampu lagi untuk memberi tazkirah Ramadhan selama lebih 40 minit tentang fadhilat solat dan puasa Ramadhan.

Turut hadir adalah wakil-wakil dari NGO Islam seperti ABIM, Jema'ii, Jemaah Islam Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia, TERAS dan Persatuan Ulama Malaysia yang juga telah diberi kesempatan menyampaikan pesanan-pesanan sebelum MB memulakan tazkirah beliau.

Masjid yang penuh sesak dengan jemaah telah dimaklumkan bahawa NGO-NGO Islam ini telah sepakat pada siangnya untuk menubuhkan sebuah permuafakatan yang dinamakan Majlis Permuafakatan Islam Malaysia (MAPIM)yang akan bergerak memperjuangkan hak-hak Masyarakat Muslimin Malaysia dan mempertahankan isu-isu berkaitan Islam yang terlalu banyak dipersenda dan diperkotak-katikkan mutakhir ini.

Mesej yang disampaikan oleh wakil-wakil NGO adalah tiada lain melainkan Muslimin dan Muslimah hari ini di Malaysia perlu bersatu lebih teguh memperjuangkan kalimah Allah dan mengamalkan cara hidup berpandukan AlQuran dan sunnah Rasullullah sebagai masyarakat contoh yang maju, hidup aman makmur, rukun damai, bahagia dan saling mensalingi antara satu sama lain. Masyarakat yang bebas dari cengkaman hasad dengki, busok hati, tamak haloba, fitnah, bohong dan tipu, sumpah seranah, rasuah serta pecah amanah.

Fahaman assobiah yang sempit dan menyempitkan mesti diketepikan kerana melalai, merugi dan merosakkan ummah semata.

SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI KITA KESEDARAN DAN PENGAJARAN UNTUK LEBIH BERBAKTI KEPADA ALLAH SUBHANAHUWATA'ALA. AMIN


 


 

Sunday, August 31, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Ramadhan Almubarak datang lagi. Semoga semua umat Islam dapat mengambil kesempatan yang terbaik ini untuk menjalani fardhu puasa di bulan Ramadhan. Kesempatan yang datang hanya sekali dalam setahun.

Semoga timbul keinsafan dan kesedaran betapa jauhnya kita tersimpang dan tersasar.

Semoga kita semua sebagai umat Islam yang tunduk patuh kepada perintah Allah swt kembali berbakti bersedekah dan bertoleransi , kembali muafakat untuk mendapat berkat demi keutuhan umat..

SELAMAT BERPUASA...

Merdeka...

Pagi ini aku menyaksikan perayaan sambutan kemerdekaan kali ke 51 di Bandar Raya Ipoh.

Beberapa rakaman gambar perayaan disajikan.








Friday, August 29, 2008

HARAPAN BAJET 2009

Kurang lebih satu setengah jam lagi DS Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia selaku Menteri Kewangan 1 akan membentangkan bajet tahun2009.

Aku memang berharap beliau menggunakan mata hati dan keluhuran budi nya untuk menyediakan satu susunan belanjawan yang prihatin kepada kesangsaraan rakyat akibat kesan kenaikan mendadak gila harga minyak petrol dan diesel tempoh hari.

Ketahui lah wahai PM ku, rakyat di desa mau pun di kota sedang merana perit derita.

Jadi nya ambillah langkah-langkah yang bijaksana untuk menjana semula keutuhan ekonomi Negara dan kembalikan ceria pada rakyat jelata.

Aku juga berharap agar beliau dapat menyusun kemas penyelesaian masaalah pergantungan kepada buruh asing dan setinggan asing yang terlalu parah kini.

Tidak kurang penting dan utama adalah mengatur program untuk menjalin erat kaum-kaum di Malaysia sebagai satu bangsa Malaysia yang megah berdaulat melangkaui warna kulit, agama dan susur galur.

Tetapi hadiah yang paling besar yang mampu disumbangkan DS Abdullah Ahmad Badawi kepada rakyat Malaysia pada bajet kali ini tentunya pengumuman persaraan awal beliau menjelang 2009.

MERDEKA...

KIBARAN JALUR GEMILANG

Kalau tahun-tahun lalu, ketika ini dah banyak Jalur Gemilang berkibar sepanjang jalan dalam kawasan taman perumahan di tempat aku. Bendera-bendera kecil pun megah dilekatkan pada kereta-kereta.

Tapi tahun ni nampak sepi, sepi sungguh. Waktu ini aku perasan baru satu kibaran. Tu pun bendera lusuh.

Tak tau pulak kut-kut esok lusa baru deme nak pasang.

Tengok lah bajet hari ini. Kalau ada goodies yang boleh ceriakan rakyat. Yang boleh turunkan harga banyak barang keperluan harian. Mana lah tahu si Dollah tu ada brilliant ideas nak turunkan harga minyak lagi lima posen, bagi bonus kat kakitangan kerajaan dua bulan ke dan bagi pada petani benih padi kualiti hebat yang output boleh naik 100 persen sampai harga beras boleh turun banyak.

Harga gula dan tepong pulak diturunkan sampai tinggal seposen.

Nak sedap cerita lagi tambang bas awam dan LRT di Kota terus FREE.

Aiii...kalau di Negara lain kerajaan dia orang boleh buat tambang bas kota free takkan Si Dollah tak pandai kut.

Kena inovatif LAH...kena inovatif dan kena celik banyak...kena naik LRT kerap bukannya sekali...

Dollah ni cerdik sungguh, takkan tak ingat kut, tiap-tiap tahun bajet dia sentiasa hebat dan ekonomi Negara pun meletop letop...

Kalau si Dollah boleh buat le macam mana sebut tadi, beribu Jalur Gemilang naik malam ni!

SEPERTI KETAM...

FAM menjeghit mintak Persatuan Bolasepak negeghi - negeghi segere jelaskan tunggakan gaji, tunggakan KWSP, tunggakan Cukai Pendapatan dan bil-bil perkhidmatan. Negeghi teman, Peghok pun termasuklah dalam kumpulan petunggak nie.

Persatuan bolasepak pulak kate deme udah tak beduit nak bayo dengan ape? 'Bile dapat grant daripada FAM kami bayolah' kate persatuan negeghi.

Tup tup keluor berite semalam yang FAM pun beghutang juge. Aiii....deme yang katenye bergoni duit pun beghutang sakan?

Alkisah, ade syarikat yang bagi tau sughat habo, FAM udah tertunggak sampei RM800 ghibu. Make bermadahlah sang Setiausaha FAM ' Sabarlah, bile dah dapat grant dari penaje, FAM akan jelaskan'. Ayat power giler macam persatuan negeghi juge....

Ntahlah dah macam ketam.....lantak le.

Tapi ape nak heran nye sekaghang...

Wednesday, August 27, 2008

CONGRATULATIONS PERMATANG PAUH

The people of Permatang Pauh have spoken again. A big thank you to those brave people who exercised their rights of upholding democracy yesterday.

They have chosen their Member of Parliament and that choice must be respected by ALL.

Congratulations to DS Anwar, DS Wan Azizah and Pakatan Rakyat....

Monday, August 25, 2008

OLIMPIK BEIJING: TAHNIAH MALAYSIA


 

Olimpik Beijing melabuhkan tirai malam tadi. Bagi pasukan Malaysia, banyak pengalaman ditimba dan ada kejayaan telah dicipta terutama dalam sukan memanah walau pun tanpa pingat untuk dipersembah.

Sukan badminton masih menjadi penyumbang pingat. Walaupun bergu lelaki kecundang awal tetapi Wong Mei Choo berjuang hebat dalam acara persaorangan wanita.

Lee Chong Wei, satu-satunya atlet yang berjaya membawa satu pingat perak dalam acara persaorangan lelaki. Kejayaan sulong dalam acara tersebut. Tahniah kepada Chong Wei, Jurulatih Misbun Sidek dan BAM. Inilah satu contoh kesepaduan tenaga yang baik mampu menempa kejayaan. Pengurusan persatuan yang telus dan dedicated, program kejurulatihan yang jitu dan komitmen tinggi pemain telah menghasil sesuatu yang diidamkan rakyat Malaysia.

Sememangnyalah kilauan emas tentunya lebih berharga. Tetapi kejayaan yang dicipta oleh Chong Wei boleh dijadikan landasan dan semangat untuk lebih cemerlang di masa hadapan.

Memang wajarlah apabila kerajaan memberi Chong Wei ganjaran wang tunai dan pencen serta anugerah pingat.

Alangkah baiknya kalau Jurulatih Misbun Sidek juga diberi pengiktirafan yang sama. Ganjaran wang tunai dan pencen seumur hidup tentunya akan membantu meringankan bebanan kewangan menanggung bil kesihatan isteri tersayang.

Oh ya, tahniah kepada Misbun kerana menerima anugerah Datuk daripada kerajaan negeri Melaka.

Sunday, August 24, 2008

PESTA SUMPAH

Aku terbaca dalam akhbar,ada orang sumpah di sana dan ada orang sumpah di sinu. Ada makhluk yang bersumpah ditojah di belakang, ada pemimpin yang bersumpah tak kenai seseorang pun....Yang terbaru di Perak pun ada hamba Allah yang sanggup juga bersumpah macam bos dia dari KL dan cabar pulak supaya orang lain pun ikut sumpah macam dia.

Ape kome ingat ni pesta sumpah ke? Udah macam trend pulak sumpah menyumpah ni. Satu fenomena yang membuat aku kelu dan bisu sepanjang minggu.

Meloya dan melugai aku.

Naik menyampah sampai hilang selera nak berblog.

Kepada semua pemimpin dan juga kita semua sebagai orang Islam, kembalilah pada ALQURAN sebagai panduan dan SUNNAH RASUL sebagai ikutan.

Umat Islam Malaysia akan hancur punah lebur dilaknat kalau para pemimpin sering berbohong, bercakaran, berhasad dengki, khianat, pecah amanah , berbalah dan berfitnah sesame sendiri.

Sedang pemimpin Islam berbalah bercakaran, masyarakat bukan Islam nampak lebih bersedia merapatkan barisan mereka dengan cepat.

LUPAKAH KAMU WAHAI PEMIMPIN SEKALIAN TENTANG SIRAH ISLAM?




Thursday, August 14, 2008

PENANG TO APPOINT EXTERNAL AUDITORS. PERAK SET TO FOLLOW?

The Chief Minister of Penang announced that the Penang State Government has appointed external auditors to examine the financial positions of three state government bodies. The Star this morning reported that the Penang Municipal Council, the Seberang Perai Municipal Council and the Penang Development Corporation are the bodies mentioned by the Chief Minister that will be subjected to further examinations and diagnostic review of their financial affairs.

According to the paper, the examinations will be a two stage affair. The first stage will cover the preliminary financial due diligence while the second stage will involve the financial forensics.

This timely action taken should be applauded by the Rakyat. The public who has no access to the accounts of those bodies would definitely want to know and has the right to know the real financial situation since the amount of funds involved are huge.

Reliable sources indicated that Perak too would follow suit in appointing external auditors to conduct the financial due diligence of the state bodies including the state companies.

Apparently the Perak exercise involves the restructuring at the Board of Directors level and changes in management personnel too.

Anyway, abuses of facilities are still rampant by the directors of Perak state companies especially among the previous state government nominees who are still driving around in fancy state companies' cars for private use while enjoying big fat allowances and bonuses at the expense of shareholders.

Let's hope the financial due diligence exercise and restructuring of state bodies and state companies by Perak Government will be fast enough to address abuses and irregularities to restore financial sanity for the benefit of the Rakyat.

Tuesday, August 12, 2008

DIVESTMENT OF STATE LAND THROUGH OPEN TENDER


 

The STAR today reported that the Perak Government is opting to sell state land by open tender. YAB Menteri Besar of Perak made the announcement after his first official visit to The Perak State Land and Mines Department yesterday.

I am very pleased with this announcement so long as the proper tender procedures and system have been put in place.

In fact all lands belonging to the State including those belonging to State Agencies and State Companies should be subjected to open tenders at higher than market price irrespective of whether the lands are to be directly divested or develop through joint ventures.

Open tender will not only guarantee transparency, accountability and fair competition but higher than market returns to the properties.

As a shareholder in a state public company, I was quite pissed off with the directors and management of that public listed company during the recent Annual General Meeting. My written queries submitted directly to the Company Secretary regarding the 'loss' of more than 1,000 acres in 2007 belonging to that company was not entertained nor given a decent reply during the AGM although the queries were submitted many days before the AGM date.

I'm not implying there was any corrupt practice or any irregularity but a deficit of such a huge acreage, definitely deserved an explanation. Shareholders need to know and want to know especially when their right seemed to have been infringed.

Such a huge 'loss' warrants a thorough investigation especially when section 97 of the Articles of Association of that company clearly spells out that:

'The Directors shall not without the prior approval of the Company in general meeting:-

( a) carry into effect any proposal or execute any transaction for the acquisition of any undertaking or property of a substantial value, or the disposal of a substantial portion of or a controlling interest in the company's main undertaking or property'

As far as I can recall no shareholders approval was solicited in 2007. I sincerely hope that the Perak State Government will immediately probe into those 'loss' land of that company and any passed deals involving State Agencies and State Companies as well to ensure that financial statements presented to shareholders are in accordance to all the financial procedures and regulations as required by the industry.

Those financial statements too should reflect true and fair view of the business conduct of the company to ensure all the existing and future investors have fair returns on their investments.

After all, Pakatan Rakyat promised better transparency, accountability, fairness, trustworthiness and equality to the rakyat. What better way that to serve the Rakyat which includes the investing public than to 'look back' in order to look forward in confidence.


 

JENAKA TAK LUCU

Orang politik ni kadang-kadang suka buat jenaka tapi tak lucu pun. Jenaka terbaru ciptaan seorang Menteri Besar. Katanya UiTM ni kalau nak lebih bersaing kenalah buka kuota 10% untuk pelajar bukan Bumiputra.

Ntah apa teori persaingan dia pakai pun aku tak tahu. Tapi aku tahu mungkin masa dia buat jenaka tu, dia lupa pasang otak kut.

Aku anak didik ITM. Batch pertama belajar kat ITM,Shah Alam tahun 1970. Lulus di ITM tahun 1973. Bangga sungguh aku dengan kejayaan ITM mendidik anak Bumiputra macam aku sebagai professional. Dengan izin Allah,ITM beri aku peluang teroka ilmu baru dalam bidang baru yang dulu aku tak pernah mimpi dan tak pernah reti.

Kalau tidak ntahlah, mungkin masih terperap kat kampong tanam padi kut.

Belajar kat luar negara pun dengan ilmu yang dibekalkan oleh ITM. Bersaing dengan Mat Salleh di luar negara pun boleh lulus cemerlang dengan bekalan ilmu dan semangat juang yang ditanam oleh Tan Sri Arshad Ayob dan tenaga pengajar semasa di ITM sampai berjaya jadi chartered accountant.

Bila ITM jadi universiti dan tukar nama jadi UiTM aku lebih berbangga dan amat bersyukur.

Persaingan di UiTM dah cukup hebat. Sebab tu anak didik UiTM boleh berjaya di merata tempat. Dah bersepah jadi ahli korporat, ahli politik, engineers, akitek, akauntan, jururancang, aktuari, bankers, pakar transport, orang gomen, dan menteri pun ada.

Kalau tak hebat takkan kami boleh berjaya dan terus berjaya. Jadi jangan peleceh dan perlekeh UiTM, Pak Menteri ooi...Biarkan UiTM menjadi tempat anak kampong terus menimba ilmu dan jadi orang-orang yang berguna.

Aku nak pesan lagi, kalau mike nak bercakap pun, lain kali fikir banyaklah dulu.

Seribu satu benda lagi boleh cakap dan boleh buat dan kami pun tak melompat.

Saturday, August 2, 2008

NIZAR PELAWA TAJOL DAN RAKAN RAKAN SERTAI PAKATAN RAKYAT

Ini baghu respons yang betoi. Menteghi Beso Peghok Dato’ Seri Mohamad Nizar bin Jamaluddin dilapokan telah mempelawe Dato’ Seri Tajol Rosli bin Ghazali, Bekeih Menteghi Beso Peghok dan sahabat-sahabatnye dari BN menyertai Pakatan Ghakyat semalam . Ialah kalo udah betoi nak keghoje untuk ghakyat, mudah cakap masuk le Pakatan Ghakyat dengan masuk PAS. Tak payah lagi nak muqabalah ke, muzakarah ke dan tak payah cakap banyak-banyak. Teman pon udah geli geleman dengor ceghite muzakarah dengan UMNO nie.

Cakap pon dah meghapu macam mana baru-baru ni maqcam ceghite Tajol offer pade Nizar untuk jadi Menteghi Beso Peghok kalau PAS keghojesame dengan UMNO. Weih! Hamba Allah tu udah jadi Menteghi Beso Peghok pun. Yang mike Ketua Pembangkang nak offer-offer lagi , tu apa ke heinye yob?.

Kan Pak Lah pon kabo tak peghonah bincang pasei nak tubuh keghejaan camporan PAS UMNO.
Tapi teman ingat cadangan Nizar nie Tajol kene pikior sungguh-sungguh.
Teman doakan mudah-mudahan Tajol dan oghang-oghang yang sewaktu dengannye terbukaklah hati deme.

Teman pon udah ikut jejak Dr Mahathir tinggalkan UMNO. Makin ramei dah masuk saf...bulan tu kan indah bile mengambang.

Sunday, July 27, 2008

KSAH 100 TAHUN


Sempat pulang semalam ke Alor Setar untuk menyertai Perayaan 100 Tahun Kolej Sultan Abdul Hamid. Jam 11.00 pagi aku melangkah masuk megah melihat bangunan utama KSAH tersergam indah membawa seribu kenangan yang masih segar di ingatan. Memang mengharap dapat berjumpa kawan-kawan lama terutama kawan sekelas dulu.

Tempat pertama yang dituju ialah bilik ketiga bangunan yang menghala ke padang. Itulah bilik semasa aku di tingkatan 5C pada tahun 1969.

The famous class labelled as 'The dirtiest and the noisiest class in school' back then . Tiga minggu berturut kami menyandang gelaran tersebut sehinggalah mendapat teguran daripada Mr Boonlert Somchit, guru PE kami. He threw us a challenge. Change for the better.

Monitor Kua Sin Tian membuat keputusan. Enough is enough. Semua sepakat kelas perlu berubah. Dengan segala usaha dan muafakat, bilik kelas bertukar wajah. Lantai bersih, meja teratur dan gambar-gambar tersusun indah di billboard di belakang kelas. Everybody was on the best behaviour. No more talking, no more playing even when there wasn't any teacher in the class. In no time we were declared as the cleanest and the best decorated class in the school. We proved that we could change. For three successive weeks, we were the champion.

Well, I guessed boys are boys. We got tired of being champion week in and week out, so decided to go back to our old ways.

Mrs Rosie Subramaniam was our form teacher then. She also taught us English. Being quite a small kid, I was given the desk right in front of her table. She was a good, caring and dedicated teacher. Yes, she was indeed.

Wajah-wajah guru seperti Mr Ch'ng chin Eong, Ustaz Minhad, Cikgu Nordin Dahaman, Apek dan Mr Goh Ah Kow masih segar di ingatan.

Dari kelas menuju ke Dewan. Kelihatan Tuanku Sultan Abdul Halim, Tuanku Raja Muda dan Tun Mahathir serta Tun Dr Hasmah diluar Dewan. Majlis pagi selesai sudah. Lagu 'Allah Selamatkan Sultan' berkumandang menandakan keberangkatan balik Tuanku Sultan dan Sultanah.

Sempat bersalaman dengan Tun Mahathir semasa beliau merasmikan Galeri Seni selepas keberangkatan balik Tuanku Sultan.

KSAH sentiasa bertakhta di hati ini walau pun sudah berpuluh tahun ditinggalkan.

Sayang tidak kelihatan walau pun seorang rakan sekelas semasa perayaan walau pun manusia berpusu-pusu membanjiri hadir.

Thursday, July 24, 2008

EMPAT AHLI KELAB KELEDANG DILANTIK COUNSELOR PBT

Sekalong tahniah kepada empat orang sahabat teman dari Kelab Bakti Gunung Keledang yang telah dilantik sebagai councillor di tiga buah Pihak Berkuase Tempatan, negeri Perak. Mereka yang menerima tawaran ialah:

Sdr Dato' Mohd Ariff bin Shafie (Bekas Presiden) -Majlis Bandaraya Ipoh

Sdr Zabidi -Majlis Bandaraya Ipoh

Sdr Zulkifli bin Hussein (Bekas Presiden) - Majlis Daerah Kinta Selatan

Sdr Ir Khairul Anwar bin Dato' Masud (Naib presiden) - Majlis Daerah Kinta Barat

Saya amat yakin mereka yang dilantik mampu melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Mereka yang bergelar professional yang berpengalaman telah dicalunkan kelab untuk jawatan tersebut.

Sekalong penghargaan kepada kerajaan negeri Perak kerana tak pilih bulu dan tak kira cap parti. Ramai orang UMNO pun dapat jadi councillor termasuk sahabat-sahabat teman yang berempat nie.

Apepe pun yang lebeh penting kita same-sama doakan supaya yang sudah terlantik dalam kerjasama dalam menjalankan tugas.

SELAMAT BERTUGAS PARA COUNCILLORS!

JABATAN IMIGRESEN IPOH YANG CEKAP

Teman nie bukan kaki ngampu dan jugak bukan kaki bodek. Tapi kalo keghoje baguih teman kabo le baguih.

Teman cume nak ucapkan tahniah kepade Jabatan Imigresen Ipoh yang masih kekalkan prestasi cemerlang jabatan menyeleseikan masaalah ghakyat. Ingatkan bile Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan di peringkat pusat ade sedikit masaalah teknikal, prestasi jabatan akan terjejas. Tapi deme steady aje. Dah banyak kali teman berurusan dengan jabatan nie. Dulu cekap sekaghang pon tetap cekap.

Minggu nie teman ade ngantor permohonan untuk lanjutan tempoh work permit pembantu ghumah. Tak banyak sogheh. Kejap aje udah luluih. Tak sampei sejam pon udah beres keghoje.

Satu contoh kecekapan jabatan keghejaan yang patut dijadi contoh efisiensi.

TAHNIAH. KEEP UP THE GOOD WORK!

HOSTEL UNiKL, IPOH YANG TAK SELESE

Due minggu sudah teman ade pegi ngantor soghang pelajor wanita tajaan Kelab Bakti Gunung Keledang mendaftar di UNIKL, Ipoh untuk kursus ijazah Perubatan. Alhamdulillah,pendaftaran berjalan lancar takde masaalah pon.Teghime kasih lah UNiKL.

Cume teman nak tegor sikit pasei urusan asrama. Bile nak pilih asrama ade lah masaalah sikit. Syarikat yang dibeghi mandat untuk sediakan kemudahan asrama nie agak kecoh dan tak beghape PROFESSIONAL. Kemudahan asrama agak jauh di Taman Cempake dan maklumat yang disediakan tak lengkap. Lepeih bayor duit deposit dan due bulan sewe, kunci ghumah dengan alamat ghumah pun deme bagi. Ape lagi teman pun bergegeih le ke Taman Cempake sambei jadi pilot keghete lain yang nak kesitu jugak.

Sampei je di Taman Cempake caghi lah ghumah teres due tingkat yang kate nye udah dikonvert jadi asrama. Jumpe lah ghumah teres yang dimaksudkan. Empat bijik ghumah teres due tingkat warne kunin sot di ujung jalan sisi. Due bijik untuk asrama pompuan, due bijik untuk asrama lelaki. Sebelah nyebelah.

Tapi yang tak sedap tu bile sampei je dengor bunyi tembakan berdesing tak ghenti-ghenti macam mercun ghaye cine. Meghungut-ghungut ibu bapak yang ngantor anak kat situ.

Anjin lior pon banyak. Ntah lah tekejut dek bunyi tembakan atau sasau, tak tau pulok teman. Nyalok kuat manjang. Ghunsen teman. Sebelah ghumah pulak ade utan.

Keadaan ghumah tu ok jugak le.Tige bilik tido due bilik ayor. Lapan oghang pelajor pompuan kongsi seghumah. Kighe selese le due tige oghang kongsi sebilik.

Tapi bisen dengan bunyi tembakan dan salok anjin dengan lokasinye tepi utan, pulok tu jauh daghi jalan besor, tempat tu memang tak sesuwei langsong jadi asrama. Teman kabo kat pelajar yang Kelab taja, takpe lah nanti pakcik caghi tempat yang lagi baik dan selamat.

Alhamdulillah caghi punye caghi dapat le di Tambun. Jauh le sikit tapi bile duduk dengan rakan sekuliah dan dengan keluarga angkat, senang rase hati teman. Nak jadi doktor nie nak kene tekun belajor jadi persekitaran dan tempat tinggei juge kene selese dan selamat.

Cume kepade UNiKL Ipoh, tolong-tolong lah pantou sikit tempat yang nak dijadikan asrama nie. Bior selese dan selamat. Jangan teghuih-teghuih percaye cakap agen perumahan yang tau nak cekik duit aje! Bile kate tak jadi nyewe, deposit dipotongnye. Hah, leboh tige ghatuih ghinggit duit teman.

Kalo boleh dicadang dan dighayu supaye UNiKL Ipoh caghi le ghumah yang dekat dengan kampus macam di Fair Park atau di flat Jalan Ashby ke, buat asrama tentu baguih.

PS.Dah ade laporan malam pertame, pelajor UNiKL di asrama Taman Cempake, Ipoh dikejor anjin lior dan diganggu kutu bengahak. Ramei yang nak cabot pindah tempat lain.

Wednesday, July 16, 2008

AKIBAT URUS TADBIR YANG LESU

Akhbar KOSMO hari ini memaparkan cerita kemelut bolasepak Perak. Cerita derita persatuan yang kantungnya sudah gersang. Cerita persatuan yang dilanda ketidakharuan dan hilang hala tuju kerana kesulitan memenuhi tuntutan dan komitmen perbelanjaan. Cerita pemimpin persatuan yang tidak lagi punya idea untuk mencari ongkos melunaskan gaji pemain hingga mahu digadaikan tapak Kompleks Bolasepak negeri Perak seluas 11 ekar di Meru Raya anugerah Kerajaan negeri Perak semasa Tuanku Raja Muda jadi Presiden persatuan dan Tajol Rosli Menteri Besarnya.

Malangnya tanah yang mahu digadai dan dijual tidak pula diketahui oleh bapak-bapak pemimpin persatuan tersebut, siapa sebenarnya yang mengusahakan sehingga tapak tersebut menjadi milik Persatuan Bolasepak Perak. Maka diusulkan bahawa Ramli Ngah Talib yang punya usaha.

Bukankah itu satu kebiadaban terhadap Raja Muda yang letih berusaha sehingga tercipta satu hakmilik sekeping tanah untuk kompleks bolasepak negeri Perak atas nama PERSATUAN BOLASEPAK PERAK?

Inilah akibatnya jika pemimpin persatuan hanya pandai berkempen untuk merebut jawatan tetapi apabila berjaya beroleh tempat dan posisi dalam persatuan jadi buntu bagaimana cara menjana kekuatan dana supaya persatuan bergerak lancar dan jaya.

Lantas diraba dan dicari dalam kegelapan punca mungkin merosotnya dana sehingga segala apa belanja tidak lagi bisa dilunas. Kos levi stadium dipinta persatuan supaya MBI melupuskan seolah-olah elektrik lampu limpah Stadium Perak semasa perlawanan percuma barangkali. Gaji pemain terlewat dijelas, caruman KWSP jaminan masa depan, tertunggak berbulan. Potongan cukai pendapatan dialpakan bayaran. Entah apa lagi yang tertunggak dan terhutang.

Jadi, dipilihlah mereka cara pintas dan jalan mudah jaja harta dan jaja tanah untuk selesai masaalah biar segera tapi kemudian kembali papa.

Tanpa segan silu pemimpin persatuan kemudian pula menagih bantuan Kerajaan Negeri bagai pengemis asing ditepi jalanan. Apa kena mengena Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru bertapak tiga empat bulan baru cuma dengan bolasepak Perak? Ikut Perlembagaan persatuan, Menteri Besar Perak bukan pun Presiden automatis Persatuan macam di Kedah, Negeri Sembilan, Perlis atau Selangor. Apa hebatnya bolasepak Perak sampaikan kerajaan nak tanggung beban sampai berjuta. Kalau badminton ke, acara terjun ke atau gimnastik mungkinlah bersebab kerana telah mampu menghasil juara diperingkat antarabangsa. Ini bolasepak Perak, nak bersaing di peringkat Liga Super TM pun cungap.

Nak cari penyelesaian bukan susah. Rujuk semula pakej produk dan Perlembagaan persatuan. Di situ ada jawapan muktamat. Lihat bentuk permainan yang dipersembahkan kini berbanding dengan era Tony Netto.

Semak Perlembaggan persatuan. Lihat kaedah kongres tahunan, lihat tatacara pemilihan pemegang jawatan, lihat peruntukan pertanggujawaban Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha, Bendahari dan AJK.

Kenapa kongres tahunan yang sepatutnya diadakan setiap tahun sebelum 31 Mei tiap-tiap tahun tidak diadakan bagi tahun 2007 dan 2008?

Kenapa naib Presiden boleh memangku jawatan Presiden sedangkan Perlembagaan persatuan tidak membenarkan?

Kenapa naib Presiden juga mahu menjadi Bendahari disamping memangku jawatan Timbalan Presiden dan memangku jawatan Presiden?

Kenapa kongres luar biasa tidak diadakan sedangkan Perlembagaan persatuan menetapkan bahawa kongres luar biasa hendaklah diadakan dalam masa enam bulan jika Presiden meletak jawatan?

Kenapa penyata kewangan persatuan yang beraudit bagi tahun 2006 dan 2007 tidak dibentangkan untuk kelulusan ahli-ahli di kongres tahunan?

Adakah bajet tahunan tahun 2006, 2007 dan 2008 telah dibentang untuk kelulusan AJK dan digunakan sebagai panduan pengurusan kewangan persatuan secara berhemah?

Mudahkan jika perlembagaan di ikuti dan ahli-ahli diberi hak memilih pemimpin baru yang berkaliber.

Kesimpulannya bukanlah gaji pemain dan kos pasukan Piala Presiden menjadi masaalah utama.

Pakejlah produk anda dengan hebat, menarik dan tertarik. Fahamilah Perlembagaan persatuan dan ikutlah aturan secara santun dan tertib.

Jika tidak mampu memimpin, undur diri secara rela hati dan beri laluan kepada yang pakar dan bijak pandai.

Tentunya urus tadbir persatuan tidak lagi lesu dan layu tetapi kembali segar, mantap dan bersinar.


 

PERGINYA SEORANG PEJUANG BOLASEPAK

Jam 8.30 pagi aku bergegas dari Ipoh ke Masjid Alor Merah, Alor Setar untuk memberi penghormatan terakhir kepada seorang pejuang bolasepak tanah air, Dato' Basri Akil kembali kerahmatullah semalam jam 3.00 petang setelah rebah di Istana Anak Bukit dipercayai kerana sakit jantung.

Aku mula mengenali beliau secara dekat semasa menjadi Pengurus pasukan Piala Presiden Negeri Perak beberapa tahun lalu. Kami sering bertemu pada perlawanan antara Kedah dengan Perak di Stadium Darulaman, Alor Setar. Sebenarnya aku amat kagum dengan kegigihan beliau menyusun program pembangunan bolasepak Kedah sehingga lahir begitu ramai pemain muda yang berjaya mewarnai bolasepak Kedah dan Malaysia berabad lamanya.

Beliau sanggup turun padang menyaksikan perlawanan-perlawanan Piala Presiden dan memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada pemain-pemain muda Kedah. Berapa kerat pemimpin bolasepak negeri hari ini yang sanggup berbuat demikian? Perlawanan Piala Presiden bukannya perlawanan glamor. Penonton pun tak seberapa. Tapi di situlah bakat terserlah dapat dikenalpasti untuk digilap dan diasah sehingga boleh diketengah di persada negara dan antarabangsa. Sayang, ramai pemimpin bolasepak hari ini tidak secelik mata, seikhlas budi dan setulus hati seperti Ahmad Basri.

Tiap kali kami bertembung di Stadium Darulaman, aku amati cara pergaulan beliau yang amat akrab dengan jurulatih-jurulatih yang juga bekas pemain-pemain, pemain-pemain muda dan pekerja-pekerja stadium. Aku kagum dan sedikit-sedikit aku menimba ilmu bolasepak secara tidak langsung darinya. Aku baca kenyataan-kenyataan beliau menegur FAM secara tajam tapi tepat. Aku ikuti jawapan-jawapan beliau dalam forum. Inilah insan bolasepak sejati. Walau pun dihukum berkali-kali kerana tidak mengikut rentak tari FAM, beliau tetap dengan pendiriannya memberi penekanan kepada program pembangunan bolasepak secara tersusun dan terancang.

Petang semalam Ahmad Basri Akil dipanggil 'pulang'. Di Masjid Alor Merah, masjid kampungku, jam 11.00 pagi ini, ramai saudara mara, rakan dan taulan turut bersembahyang jenazah. Baginda Raja Perlis dan rombongan turut hadir di masjid tersebut memberi penghormatan.

Penghormatan terakhir buat seorang pejuang bolasepak sejati...

ALFATIHAH.


 

Saturday, July 5, 2008

KURSUS AMALI UNTUK JEMAAH HAJI


Bertempat di pekarangan Masjid AlMutaqqin, Taman Meru, Ipoh seramai 1200 orang bakal jemaah haji tahun 2008 kini sedang menjalani kursus amali haji termasuk ritual tawaf, saii dan melontar.

Beberapa orang sahabat seperti Sdr Nasir, Hj Ridzuan dan Hj Nopiah dilihat turut serta.

Didoakan, semoga semua yang menyertai program hari ini terus sihat sejahtera dan dapat menjalani ibadah haji tahun ini dengan sempurna dan mendapat haji mabrur.

Wednesday, July 2, 2008

KELAB KELEDANG BANTU PELAJAR CEMERLANG



Syukur Alhamdulillah hari ini Kelab Bakti Gunung Keledang dapat buat sedikit lagi amal jariah. Pihak Kelab telah berkesempatan memberi sumbangan tunai sebanyak seribu ringgit seorang untuk yuran kemasukan ke IPTA / IPTS tempatan kepada empat orang pelajar cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah. Pelajar-pelajar yang mendapat sumbangan ialah;

Nur Aqeela bt Nor Azwan

Kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal/ Politeknik Seberang Perak

Nor Emilia Azreen bt Nor Azwan

Kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia/ UNiKL Melaka

Nor Naziah bt Rizal

Kursus Diploma Analisa Pelaburan/ Kolej Politek Mara, Bangi

Asmah bt Esa

Kursus Sarjana Muda Perubatan / UNiKL, Ipoh

Yang unik lagi, segala urusan mendapatkan tempat bagi kursus sarjana muda perubatan di UNiKL, Ipoh untuk Adik Asmah binti Esa, pelajar lulusan Kolej Matrikulasi Perak dengan CGPA 4.0 flat adalah dibuat atas daya usaha mantan Presiden kelab, Sdr Dr Mohamad dan Setiausaha Kerja Kelab, Sdr Harris. Pihak Kelab juga sedang berusaha untuk mendapatkan biasiswa MARA untuk pelajar tersebut.

Segala kos termasuk sara hidup pelajar tersebut juga akan dibantu oleh Kelab sementara permohonan biasiswa diproses oleh pihak MARA.

Terima kasih kepada Presiden Kelab, Sdr Dato' Azumu, Sdr Dr Zakaria, Sdr Dr Mohamad dan Sdr Harris serta semua pihak yang telah sudi membantu.

Terima kasih juga kepada Datin Nor Aida dan Ustazah Syamsidar, pensyarah dari Kolej Matrikulasi Perak yang telah mengenengahkan kes Adik Asmah kepada Kelab Bakti Gunung Keledang untuk diberi perhatian.

GANGGUAN SEMENTARA

Mulai jam 12.00 tengah malam tadi ntah ape kene teman tak dapat gune perkhidmatan internet.

Pagi-pagi tadi jam 7.00 pagi mase teman nak ambik sughat habo harini kat laman ghumah teman , nampaklah wayar telefon terjuntei, Ape ke hei pulak wayar udah jatuh nie?
Cek punye cek nampak pulak aerial ghumah jiran pun patah. Atap ghumah banyak nampak macam nak tecabot-cabot. Alahai, mungkin ade ghibot kot malam tadi. Tak pulak teman sedor.

Bile dah tau tu kene le cepat lapor kat Telekom.Buat laporan pertama jam 9.00 pagi.

Due kali juge lapor kat Telekom, baghu deme maghi pebetoi. Ape pun teghime kasih lah pade Teknisyen Telekom, Syed dan Meor yang baghu tadi jam 3.50 petang selesei sambong balik wayar.


Teghime kasih Yob!

Thursday, June 26, 2008

AGM MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD KE-5

Jam 11.30 pagi ni teman berpeluang menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Majuperak Holdings Berhad yang kelima bertempat di Dewan Bandaran Ipoh. Bangunan dewan cantik tersergam dengan senibina lama peningggalan British. Sayang hanya bahagian depan iaitu bahagian dewan saja terurus. Bahagian belakangnya yang satu ketika dulu Pejabat Pelancongan Negeri terbiar selekeh dan tak bermaya. Dato’ Bandar (kalau udah dilantik le) tolong-tolong le jengok-jengok. Tentu ade bendenye nak dibuat kalau udah di baikpulih bahagian belakangnye.

Berbalik cerite mesyuarat agong Majuperak tadi, teman nengok ramei yang datang, lelaki pompuan same banyak. Muke lame ramei yang ade lagi tapi ramei juge yang udah tak de.Taat sungguh deme nie. Saban tahun datang deme nie. Tak jemu-jemu deme datang. Tapi dulu mase Dato’ Zahid jadi Pengerusi, dapat juge duit tambang seghatuih due tapi le nie semenjak dah masok Bursa Malaysia nie hagham hapah pun tak de.

Syarikat nie keghajaan negeghi punye tapi entah le name sajer untung tapi lebuh ntah kemane. Teman idak le nak salah kan sesape pun tapi keghajaan negeghi yang baghu kene le tengok. Ghakyat yang melabor nie nak juge tengok kot-kot ade sikit dividen ke, sikit imbohan tambang ke, almaklum tambang beih pun udah mahei. Jangan sampei deme mula maghah walau pun teman memang dah lame maghah.

Ahli saham Majuperak nie, mughah hati sunggoh. Tak dibayor dividen kat deme pun, bile pengarah mintak bayor directors’ fees, sokong lagi deme. Bukan sikit-sikit yob yong ooui, tapi directors’fee nye sampei RM 385,017.00. Nyade je muke-muke pengarah bile mintak luluih resolusi bayaran ke deme. Hapak tak ghase malu. Ade pengarah yang dapat empat puloh lapan ribu, ade yang dapat due puloh empat ribu. Ghaye sakan le deme ye. Yang pelik tu ade antaghe pengarah, hagham satu saham pun tak ade. Kesian ahli-ahli saham yang datang bedoyon-doyon daghi kampong. Jauh weh. Daghi Parit ade, dari Gerik ade, daghi Bagan Datok ade, daghi Batu Gajah pun ade. Hapah pun tak dapat. Tapi sokong juge deme bila usul bayor pengarah dibentangkan. Haghap-haghap deme paham le ape yang deme sokong.

Teman dengan dua oghang kawan teman idak le sokong. Kami bangkang habeih-habeih. Tapi nak wat camne, saham kami ciput aje. Make tak kemane le soghe soghe teman dan kawan-kawan.Tapi bangkang tetap bangkang, yob. Teman tak halalkan hak teman walau sekupang pun, yong. Bagi kami,meghepek le kalau datang mesyuarat tiga kali setahun, pengarah nak balun sampai empat puloh lapan ribu setahun sorang . Kalau syarikat udah kaye bebenor, keluorkan le zakat, imfakkan sebahagian pendapatan. Kan lebih afdzal dan berkat tu!

Dekat sepuloh kali juge le teman bangkit menyoair. Auditor pun teman soair, pengarah pun teman soair. Perli-perli nye deme. Tapi teman ape peduli. Teman tau banyak lagi ceghite dan banyak lagi bende. Senang-senang nanti teman kabo le pade yang perlu dengor dan yang boleh buat perubahan. Bior adil untuk semue oghang, bior ikhlas segala usahe dan bior berkat keghane muafakat.

Teman tak takut diperli pengarah, tak heran bersoair dengan auditor pasei teman lagi takut disoair di akhirat kalau tak tanye habeih-habeih dan kalau tak ceghite habeih-habeih.

Tapi itu le, buat mase nie itu lah ceghite nye ...macam ghupe tuan punyer kebun doghoyan, doghoyan udah lughoh, banyak buahnye tapi tuan punye kebun dapat bau aje.

NTAH LAH DUNIA, DUNIA...

Tuesday, June 24, 2008

NO HAND OVER YET!

I got a rude shock when told by Dato’ Seri Nizar, the present MB that until today that Dato’ Seri Tajol Rosli, the former Perak MB has yet to officially hand over the job to him. C’mon Bro, be a gentleman. Just get on with it with a simple ceremony. Stop being a sore loser. You got nothing to lose mate!

ALMA MATER OUT OF BOUND TO MENTERI BESAR PERAK

Soon after he was officially appointed as the twelveth Menteri Besar of Perak, his former classmates from as far as Australia got together with the PIBG and former teachers of Sekolah Menengah Teknik Brash Avenue, Ipoh to organise an alumni dinner at the school, in his honour as the first student from that school to hold such a high position.

The planning, the organisation was set for the occasion. Just before the function, the organisers received a rude shock from Perak Director of Education barring them from holding the function in the school compound. According to the directive, the function could proceed but elsewhere.
This was narrated by Dato’ Seri Nizar himself during the speech at the Malam Mesra, Kelab Keledang on 18 June 2008.

Hey Mr Director, don’t tell me that a leader duly elected by the Rakyat, consented by the Sultan cannot revisit his alma mater...and that school happened to be in Perak where he is the Menteri Besar.

FAM, PLEASE ACT!

They are owed four months salaries. Without their salaries, how on Earth can you expect those Penang footballers to put up a good game? Let alone to have a decent life. There are bills to pay, instalments to settle, food to purchase, mouths to feed and so much more things to do.
Penang FA is not the only football association to face the dilemma. Perak FA too is dead broke. Salaries unpaid, EPF contributions in arrears, income tax not settled and heaven knows what else lagi hutang.

Just wonder how many more football associations or football clubs in the country are in the same predicament? So please FAM, get your act together fast. No players can play with an empty stomach. Don’t blame the players if they have to resort to bookies to pay them their next meal.
My suggestion is very simple. Restructure the financial system. Allow all the teams to source their own sponsors. Any subsidy from FAM must go directly to players’ salaries. If need be, just centralise payroll.

Friday, June 20, 2008

PFA TO SELL LAND TO PAY SALARY? WHAT A JOKE!

One ‘smart’ head at the Perak Football Association went on TV this morning telling the nation that The Association is damned broke! No money to pay players salaries, no money to pay EPF contributions for the last 16 months and lots of hutang at Inland Revenue for non remittance of salaries deductions. So, to resolve the matter, the Association had to sell its properties to cover the expenses.

Hey guys, I know for certain your only properties are two shop-offices which housed your administrative office and a piece of land alienated by Perak state government for the Football Complex. C’mon, are you really that dumb to sell off your office building and your training centre? After all who wants to buy a piece of land designated for football complex? You cannot develop that piece of land as a housing scheme. I bet the state government too would not agree to any proposal to change the status of that complex land into housing. That would be suicidal.

Surely there are other alternative. Think, think, think and be innovative. After all you people just took over two years ago.

A lesson to learn from this episode is next time before anyone rush into scrambling for high offices, think hard, your might not have the necessary expertise and financial stamina for the job.

Don’t expect the present government to bail you out every time you’re in deep shit! You people have already burdened them with the arrears to Majlis Bandaraya Ipoh for non payment of Stadium levy. Was it RM800,000+?

THEY GOT BETTER THINGS TO DO LIKE HELPINGTHE URBAN AND RURAL POOR , ALREADY HARD PRESSED, THE AFTER- EFFECT OF RECENT STIFF FUEL HIKE.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...