Tukar bateri, pasang pin balik, gilap sikit dah ok dah semuanya.
Jam Swatch ni dapat masa tengah gila tengok swatch. Ramai kengkawan pakai Swatch, teringin gak....
Masa tu kat tingkatan tiga nak ambik PMR. Bagi tau ayah, jam Citizen tak berape best, nampak kecik.
Ajaklah dia pergi kedai Swatch. Bawak duit syiling penuh satu beg plastik. Lepas pilih yang berkenan, nak bayarlah pakai duit syiling, ayah kata simpan ajelah duit syiling kamu tu, bukan cukup pun. Buat malu company katanya, jadi sudahnya ayah yang bayar.
Swatch hitam ni kalau tak silap adik punya. Barangkali dia pun dah tak ingat tentang jam ni. Lama sangat. Dah jumpa kira kita punya lah. Rule of finder’s keeper!
Jam ODM ni pulak beli masa study kat Dublin. Beli dengan duit upah hantar fliers masa cuti semester. Kira beli dengan duit titik peluh sendiri le.
Jam Guess ni pulak beli masa dapat gaji pertama kerja kat syarikat audit. Tahu-tahu aje lah, audit ni kerja bermalam buta kekadang sampai pagi. Tu yang beli jam besar sikit bila kerja dah sampai pagi, mata pun kuyup kecik je. Kalau jam-jam kecik dah tak nampak ape dah waktu tu.
Sekarang dah kerja dengan syarikat sendiri, jadual kerja boleh susun sendiri, bolehlah luang masa sikit jengok-jengok blog jam pilih jam yang ada gaya sikit.
KOT LE...
Catatan dan jam : muzill punye



Top Watch Sites
