Monday, March 28, 2011

345, “LU ALA LUA PULUH SEN KA?”

Tersentak teman dengan soalan begitu...Aduh, berbulu betul telinga teman.

"Saya ni bukan anak Cina, Bang. Saya anak Melayu tulen, anak Malaysia" bentak teman.

"Kalau saya anak Cina sekali pun, rasanya abang boleh bercakap dengan bahasa Melayu yang betul, kan?" Saya mengacu soalan balas kepada Petugas lelaki di kaunter sebuah agensi kerajaan semasa menjelaskan bil cukai pagi tadi.

Walau pun saya tak bagi syiling, nota wangtunai yang diberikan sudah berlebihan.

Barangkali terkejut dengan kenyataanan teman, petugas tersebut tergamam membisu.

Teman tak kisah bahasa apa petugas tu nak guna, cuma teman fikir, eloklah bahasa yang dituturkan betul dalam sebutan, tepat susunan dalam tatabahasa dan kosa katanya.

Semua kawan-kawan teman, sama ada daripada kaum Cina, India, Punjabi mahu pun Orang Asli, bertutur dalam Bahasa Melayu yang betul... langsung takde telo.

Manalah tak bengang, tup-tup si Melayu sekor ni cakap pelat giler...

Kan bahasa tu jiwa bangsa. Nak cakap dalam bahasa Melayu, Inggeris, Tamil ke waima Mandarin sekali pun, amalkanlah bahasa yang betul.

Bahasa yang disusun cantik apabila ditutur, sedap didengar dan mudah difahami...

Barangkali boleh dicadangkan kursus atau kempen kepada kakitangan ...sekadar satu catatan dan satu pandangan.

Catatan: muzill.mansor

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...