Sunday, August 14, 2011

366.KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG-AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Agak lama saya tidak melaporkan aktiviti kelab dalam blog ini. Bukannya kelab tiada aktiviti tetapi sejak tidak berada dalam AJK induk, sumber maklumat aktiviti terhad kepada aktiviti-aktiviti yang mampu saya sertai atau petik daripada buletin kelab.

Seperti biasa setiap tahun kelab lebih rancak menganjurkan aktiviti kebajikan sepanjang bulan Ramadhan khusus untuk golongan anak yatim, masyarakat Orang Asli Islam dan ibu tunggal serta ibu tinggal.

Segala pembiayaan disalurkan daripada dana Yayasan Bakti Keledang yang diuruskan oleh Kelab Bakti Gunung Keledang.

  1. Masyarakat Orang Asli

    1. Mulai 01- 29 Ramadhan-Program morei untuk majlis berbuka puasa setiap petang di tiga buah Kampong Orang Asli (KOA) iaitu di KOA Kg Lalang, Jalan Cameron Highlands, KOA Kg Makmur, Tambun dan di KOA Sg Choh, Tambun.

    2. Pada 17 Ramadhan-Program morei Khas disertai oleh ahli-ahli keluarga Keledang di KOA Kg Makmur untuk penduduk Gugusan Kg Makmur, Kg Batu, Kg Tonggang dan sekitarnya. Diharap pada majlis yang dijangka dihadiri oleh 600 orang penduduk dapat kemukakan masalah mereka secara langsung kepada ADUN kawasan yang akan turut hadir.

    3. Kutipan sumbangan daripada ahli-ahli dan keluarga Keledang untuk mangsa-mangsa tanah runtuh di KOA Sg Ruil, Cameron Highlands sedang diusahakan. Semua sumbangan yang diterima akan disampaikan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh tersebut sebelum Hari Raya Aidilfitri.


  2. Rumah Anak-anak Yatim

    1. Pada 03 Ramadhan-Program morei bersama anak-anak yatim Nurul Huda Budi Mulia, Tanah Hitam, Chemor. Sdr Dato' Presiden, Sdr Dato' Naib Presiden, ahli-ahli kelab dan para isteri serta ahli-ahli keluarga turut hadir.

    2. Pada 09 Ramadhan-Sdr Nor Ali, Setiausaha Kehormat kelab telah sudi meraikan anak-anak yatim Darul 'Aini dan Darussalam di majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

    3. Pada 09 Ramadhan-Sdr Dato' Ishak Hj Mohamad, ahli kelab meraikan anak-anak yatim di majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah di Kompleks anak yatim BAKIP, Meru Raya, Ipoh.

    4. Pada 09 Ramadhan- Program iftar kelab bersama anak-anak yatim di Darul Hikmah, Sungai itik, Gopeng.

    5. Pada 15 Ramadhan- Program iftar dan solat berjemaah bersama anak-anak yatim Darussalam, Simpang Pulai. Terima kasih kepada ahli-ahli kelab yang telah sudi menyumbang pakaian hari raya untuk penghuni rumah-rumah anak yatim.


  3. Pembinaan Kompleks Anak yatim Darussalam Keledang, Ipoh

    1. Pada 05 Ramadhan-. Pada satu majlis rengkas di kediaman Sdr Dato' Presiden, Yayasan Bakti Keledang telah menyerahkan cek bernilai RM 160,000 kepada Sdr hj Mustapha Mohamad, ahli kelab yang dipertanggungjawabkan sebagai Bendahari projek kompleks anak yatim(KAY) Darussalam.

    2. Keledang Bakti Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus projek KAY Darussalam yang sedang dibina diatas tapak yang di wakafkan oleh seorang ahli kelab di Kampong Melayu, Ipoh. Kompleks baru ini dengan anggaran kos RM600,000 dijangka beroperasi akhir Disember 2011.

      Bagi pihak kelab saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada sahabat baik saya, Tuan Syed Mohri, Pelopor Kelab Peminat Jam Vintage Malaysia yang telah sudi menyumbangkan tiga biji jam tangan untuk kutipan dana pembinaan Kompleks anak yatim Darussalam yang baru.

      Terima kasih daun keladi Pak Habib...
  4. Ibu Tunggal dan Ibu Tinggal

    1. Beberapa kes ibu tunggal dan ibu tinggal yang perlukan bantuan telah dikenalpasti untuk disampaikan sumbangan.


    Semoga segala usaha kita diberkati Allah SWT jua.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...