Sunday, June 1, 2008

REALISASI KONSEP BANGSA MALAYSIA

Demikian kata DPM, Dato’ Seri Najib Razak baru baru ini.

Mengujudkan satu bangsa Malaysia sememangnyalah matlamat semua rakyat Malaysia yang cintakan rukun, damai, aman, makmur di Negara bertuah ini.

Memang senang bercakap.Tapi kalau UMNO masih menjerit tentang Ketuanan Melayu sampai kiamat pun takkan tercapai impian menyaksikan satu bangsa Malaysia yang bermaruah.

Najib harus ingat bahawa beliau perlu mendendangkan satu lagu satu irama dan satu nada di semua tempat, di setiap detik masa pada semua audiens dalam apa jua keadaan.

Hari ini kita mahu dengar semua pihak bercakap pasal Ketuanan Rakyat.Kita mau dengar semua pemimpin mengaku rakyatlah berkuasa.

Rakyat mau melihat semua pemimpin bergandingan tangan bekerja sama sama untuk semua rakyat di semua negeri di seluruh Malaysia tercinta.

Kerana rakyat Malaysia tahu hak mereka sebagai anak bangsa Malaysia. Kerana rakyat sudah bijak menggunakan kuasa undi mereka. Rakyat Malaysia yang hari ini buta warna kulit ,buta keturunan dan buta budaya. Rakyat Malaysia yang berjuang atas sifat muhibbah ,toleransi, saling menghormati rakan dan jiran dari pelbagai latar belakang dan adat resam.

Rakyat Malaysia yang telah memilih wakil-wakil rakyat seperti Najib Razak untuk bekerja dan sama-sama berusaha ke arah menterjemah wadah satu Bangsa Malaysia.

Kepada Najib Razak dan semua pemimpin yang telah dipilih rakyat, berhentilah bercakap atas dasar sesuatu kaum, ras atau keturunan.

Sesungguhnya rakyat sudah jelak dan muak dengan telatah mike semua yang bercakap,bercakap dan bercakap.

Just get on with the job of realising that elusive dream of forging a PEACE AND LOVING BANGSA MALAYSIA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...