Friday, January 9, 2009

80. YA ALLAH SELAMATKAN RAKYAT PALESTIN


Rakyat Palestin di Gaza dibelasah lagi. Lebih 400 orang telah terkorban dan ribuan orang awam yang tidak berdosa cedera termasuk kanak-kanak dan wanita. Demikian kata pemandu pelancung kami pada hari kedua kami di Kaherah, akhir Disember lalu.

Hari ini sudah lebih dua minggu, askar Israel terus mengganas. PBB telah meluluskan resolusi agar Israel dan Hamas menghenti serangan.

Tapi apalah sangat dengan resolusi PBB yang tidak pernah Israel peduli. Kekejaman terus mereka lakukan dan Negara Islam di seluruh dunia tetap hanya melihat dan merintih, merayu tak bermaya supaya kekejaman dihentikan.

Saya suka pada anjuran Tun Mahathir supaya umat Islam di seluruh dunia mula memboikot US Dollar dan barangan Amerika, sekutu Israel nombor wahid.

Saya juga suka pada saranan yang sama oleh khatib masjid hari ini. Takkan kebulur kita kalau tak pegi makan kat McD dan KFC. Takkan mati kehausan kalau tak minum di Starbuck dan Gloria Jeans. Takkan telanjang kalau tak pakai Levis, Dockers dan Guess. Lantaklah kalau pun berkaki kerana tak pakai kasut Nike,Reebok dan Hush Puppies.

Kita seru kerajaan Malaysia siarkan senarai barangan keluaran Amerika dan paparkan segera kepada umum supaya kempen pulaukan barangan Amerika boleh diwarwarkan dengan meluas. Kita tunjukkan kuasa membeli umat Islam di seluruh dunia.

Malah lebih dari itu pun boleh dilakukan kalau Negara Islam berpakat dan bersatu.

Kami dimaklumkan bahawa banyak Negara Islam berdagang dengan Israel. Malah Mesir pun menjual gas kepada Israel. Jangan terkejut, ada Negara Arab yang membekal minyak kepada Israel.

Paparan gambar-gambar penderitaan kanak-kanak dan wanita, mangsa serangan Yahudi amat menyayatkan. Hati ini sedih dan pedih, gundah gulana, pilu dan malu.

Begitu lemah umat Islam hari ini sehingga terlalu mudah diratah dan dimamah. Begitulah jadinya kalau kita tidak lagi bersatu dan berpadu sebagai satu umat bertuhan Allah yang Maha Esa dan Muhamad sebagai rasulNya.

YA ALLAH, SELAMATKAN UMAT ISLAM. SELAMATKAN BUMI PALESTIN DAN RAKYAT PALESTIN.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...