Tuesday, April 21, 2009

MANUSIA SETAN

Tekak ni nak meloya, perut rasa sebu, bengung bila dimaklumkan sekejap tadi semasa membeli juadah tengahari di gerai depan kedai Pak Wan bahawa pagi ini Tukang Sapu MBI menjumpai mayat seorang bayi baru lahir dipersimpangan Jalan Bukit Meru. Katanya mayat ada kesan dilanggar kenderaan.

Semasa dimaklumkan anggota polis dari Balai Polis Jelapang masih berada di depan kedai Pak Wan untuk mengambil repot daripada Tukang Sapu tersebut dan mayat juga masih berada didalam kotak didepan kedai.

Entah manusia setan mana yang sanggup mencampak bayi tersebut. Tak pernah aku jangka berita sedemikian yang selalu terbaca dalam Harian Metro kini menjelma di tempat sendiri. 

Aku harap masyarakat setempat dapat mencari jalan supaya setan, hantu raya dan jembalang yang kian bersepah di Meru dihalau segera.

Baru dua minggu sudah rumah jiran dicerobohi waktu siang. Itu setan yang jenis panjat bumbung, buka atap, pecah siling dan bolos masuk untuk menggeledah rumah dan mencuri.

Kesian jiran ku, udahlah barang banyak hilang, satu hal pulak nak betulkan bumbung dan siling.

Cerita jembalang rempit di waktu malam pun lagi satu hal. Kalau dulu merempit di jalan raya waktu hujung minggu, sekarang kat jalan dalam taman pun sekor dua jembalang rempit pun dah mula berani saban malam.

Masyarakat sini dah kena lagi sepakat bantu polis tangkap semua setan, hantu dan jembalang yang berwajah manusia supaya suasana kembali aman. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...