Tuesday, April 21, 2009

HOBI KUMPUL JAM LAMA

Rasa amat seronok melihat barang-barang lama yang diniagakan di Locken pada setiap Ahad di Ipoh. Kepada yang belum menjejak kaki ke situ, ruangkanlah masa untuk berkunjung. Pastinya anda tidak akan pulang hampa. Ada saja barang yang menarik perhatian. Kalau tidak, takkan berpusu-pusu orang tertumpu di situ. Dari jauh dan dekat ramai orang datang mencari sesuatu yang pasti menarik dan memikat.

Aku suka mengumpul jam lama yang berjenama. Terutama jam buatan Swiss. Jadi bila ada kelapangan dan kesempatan, berkunjunglah aku ke Locken pada pagi Ahad cari jam vintage, jam lama. Tapi lama jugak dah tak pergi, ada saja hal lain di pagi hari.

Teringat aku jam pertama yang dibeli pada tahun 1973 dengan gaji bulan pertama. Jam Enicar automatic buatan Swiss berharga RM450.00. Mahal dah tu ketika tu. Berat sikit tapi tampak hebat (perasan...). Tiga puluh tahun aku simpan dan jaga baik-baik tapi dikebas manusia setan semasa rumah di ceroboh masuk pada akhir tahun 2004.

Dah lebih 40 bijik jam tangan, 30 puluh jam dinding dan jam meja terkumpul sejak jam Enicar pertama. Ada yang masih anggun, ada yang dah moyok, ada yang masih dipakai, ada yang dah tak bergerak dalam kotak.

Kutip dan kumpul jam karat dan jam lama ni rupanya hobi ramai orang. Tak kira orang lama dan orang muda. Jadi baru-baru bila aku terjumpa laman web beberapa orang kaki jam lama, aku jadi cukup teruja. Apa tah lagi deme ni banyak pulak collection yang deme sudi let go. Dapat kawan dan dapat jam.

Pilih punya pilih dapat juga tiga bijik jam Omega tahun 1970an dan sebijik jam 'Helbros' buatan Perancis yang aku boleh beli. Nama saja jam lama, digigit jugak dekat empat ribu ringgit. Lebuh duit pencen...

Tapi okay gak, beli cara digital sekarang senang dan mudah. Ikut cara orang muda berurusan. Pakai internet pakai katalog. Mana tak kebuloq letak tepi. Mana yang berkenan di hati, cepat duit huloq. Jimat masa jimat tenaga. Kaki tak payah meredah hati tak susah.



Kalau penjual ada kredibiliti aku senang hati. Dah tua-tua ni jalan jauh-jauh kadang-kadang kaki boleh terseliuh. La ni lagi baik kalau dapat beli pakai jari.



Beli jam lama pun biar ada gaya, kena ada cara asalkan tak menyusah sesiapa, hidup tetap aman bahagia.


5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan Mansor, tak sangka Tuan Mansor ni 'power blogger' juga orangnya. Baru sat ni terserempak dengan blog 'limautambun' ni. Seronok juga teman membaca hasil tulisan tuan. Tahniah.

Amri Abd Rani said...

Assalamualaikum....asal brg lama saya minat... minat nk beli @ minat nk jual semula. Lawa jam omega tu...simpanlah bagi anak cucu..
senang2 gi lah kat blok saya, tgh proses belajar nk berniaga...

http://baranglamaantik.blogspot.com

Amri Abd Rani said...

Asal brg lama saya minat...minat nk pakai @ beli jual semula...cantik omega tu...Tuan simpan utk anak cuculah...sy baru nk belajar berniaga kat blog ni...

http://baranglamaantik.blogspot.com

Nora Azlan said...

Saya berminat sangat nak interview tuan, harap tuan setuju dan kalau boleh forwardkan contact di email saye noraziatulfatihah@yahoo.com

Unknown said...

koleksi jam tuan sgt rare dan antik.lihat la koleksi jam yg sy jual
http://belibelahonline.com/?wpsc_product_category=jam-tangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...