Ini yang paling unik dalam Kelab Bakti Gunung Keledang, sebuah service club berusia 32 tahun yang dianggotai oleh professional-professional Melayu di negeri Perak. Tugas dan tanggungjawab Kelab tiada lain, semata-mata untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan bakti kepada masyarakat dengan dana, tenaga dan kudrat ahli-ahli.
Aktiviti kebajikan Kelab menjangkau negeri Perak, menjangkau Malaysia malah ke peringkat antarabangsa.
Tidak terhad pada warna kulit, agama mau pun bangsa. Semua yang memerlukan harus ditolong dan dibantu setakat yang termampu dan setakat yang perlu. Tiada juga batas politik dan batas retorik.
Bukan ramai pun ahli-ahli kelab. Cuma sekitar 65 orang daripada pelbagai gulungan professional. Ada doktor, ada engineer, ada akauntan, ada arkitek, ada loyar, ada cikgu, ada bekas Menteri Besar, ada bekas Exco, ada bekas timbalan menteri ,ada bekas Speaker, ada kartunis tersohor, ada pegawai kerajaan, ada usahawan, ada pakar insurans, ada model iklan, malah bekas ahli-ahli politik pun bersepah.
Usia bukan ukuran untuk dijemput menjadi ahli Kelab. Asalkan ada komitmen dan kegigihan untuk menabur bakti pada insan, kriteria utama untuk keahlian.
Ada ahli semuda 26 tahun dan ada ahli sematang 83 tahun masih gigih menabuh bakti.
Yang uniknya mengenai kelab ini, setiap ahli wajib menjawat jawatan presiden selama satu tahun mengikut giliran senoriti.
Cuma bila sampai waktu, ahli yang dipilih akan seboleh-bolehnya menolak dengan alasan tak ready.
Hari ini hari mesyuarat agung tahunan kelab. Mesyuarat untuk memilih kepimpinan tahun 2010. Letih juga nak convince ahli-ahli yang layak untuk memegang tampuk presidency tahun depan.
Kalau dalam organisasi lain tentu dah berebut jawatan bagai nak rak. Tapi dalam Kelab Keledang, cool saja. Kalau boleh semua ahli nak beralah.
Alhamdulillah, hasil mesyuarah persetujuan pun dicapai, calun layak ditentukan tanpa sebarang bantahan dan perebutan.
Maka terpilihlah Sdr Dr Zakaria, seorang pakar perubatan daripada Hospital Specialist Ipoh, sebagai Presiden tahun 2010 dan Sdr Haji Razalli Khalid, seorang usahawan sebagai Naib Presiden. Tahniah Doc dan tahniah RK.
Yang aku cuba sampaikan disini ialah alangkah indahnya kalau semua organisasi memilih konsep mesyuarah untuk mengenal pasti pemimpin. Tiada perebutan dan tiada perbalahan untuk jawatan.
Untuk catatan, aku dah pun melunaskan tanggungjawab sebagai presiden pada tahun 2000 lalu.
Semoga Kelab Keledang terus berdaya dan bergaya melaksana amanah dan bakti untuk semua...
No comments:
Post a Comment