Ramai rakan-rakan yang menelefon, ada yang SMS, ada yang komen tentang blog aku yang dah bersawang dan berkarat.
Memang disengajakan blog naik sawang, blog jadi karat.
Aku jadi menyampah dan mual tekak saban hari melalui suasana politik di Perak yang berserabut.
Pemimpin bagaikan buta, bagaikan tuli dan pekak. Sedangkan rakyat mengeluh resah keadaan hidup semakin mendesak, sumber kewangan semakin sesak.
Harga barang melambung tinggi tapi pemimpin tetap ranggi. Naik turun mahkamah tanpa mahu bermesyuarah atau wujudkan ukhwah mencari jalan supaya rakyat kembali hidup senang dan sedikit mewah.
Aku pilih jalan untuk tenangkan jiwa, tenangkan fikiran.
Bosan dengan gelagat manusia hari ini yang tamak kuasa, haloba cita-cita, aku mencari damai dengan menghidup hobi lama menghimpun jam karat dan duit lama.
Muzill, anak sulung dan rakan baik ku banyak membantu.
Hasilnya, hari ini koleksi jam lama bertambah, duit lama bercambah walau pun fulus sedikit pupus.
Hari ini aku hidupkan semula blog ini atas sebab berita gembira tentang pengekalan harmoni tanpa perebutan kuasa dalam satu pentas organisasi bernama Kelab Keledang yang punya tujuan murni hanya untuk berbakti.
No comments:
Post a Comment