Thursday, July 1, 2010

301.JELIK TAPI BENAR...

Saya menerima banyak sms daripada rakan yang bermula dengan kata 'Salam'.

Saya kurang pasti apa sebenar yang dimaksudkan. Adakah sang pengirim ingin menyampaikan salam secara ringkas atau terikut dengan amalan satu masyarakat yang memulakan bicara dengan kata 'Shalom'? Biarlah mereka dengan cara mereka, kita tentunya dengan cara kita. Jelik tapi benar... 

Itulah hakikat kini. Meringkaskan kata hingga hilang maksud dan makna serta kemanisan santun bicara.

Timbul dibenak, apakah terlalu sukar untuk menekan punat-punat butang telefon untuk mengejakan sepenuhnya kata azimat 'Assalamu alaikum' kalau pun tidak mampu menitip ungkapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh' dengan lengkap. Kan lebih sedap dipandang dan dibaca daripada kata ringkas 'salam'.

Sebenarnya kebaikan adalah berganda menuturkan ungkapan 'salam' dengan tatacara salam yang lengkap seperti yang dianjurkan oleh Rasullullah sallallahu alaihi wasallam.* 

Rakan saya dari Kaherah gemar memulakan smsnya dengan ungkapan 'Salmu Aliqum'. Sebutan 'a' didepan disepikan. Entahlah, mungkin ejaan ikut lidah Arab Mesir.

Apakah kerana manusia kini terlalu memburu masa dalam kekalutan kerja mewajarkan banyak perkara kita ringkaskan? Saya tidak punya jawapan kerana saya juga terkadang turut tersasul dalam kealpaan.

Barangkali kita boleh bermula hari ini membiasakan semula ungkapan "Assalamu alaikum' sebagai mukaddimah kata mula bicara tanda hidangan silaturrahim antara kita yang bernama insan muslim.

Dalam masa masih bersisa setengah tahun bagi 2010, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan sekelian saudara-saudara kita seagama Islam.

* Rujuk Shahih Riyadhus Shalihin halaman 289 & 290

4 comments:

Anonymous said...

Bro, As'salam pun boleh.. Asal bukan Akum sudah.. Dah terdelete email pasal makna akum dalam bahasa yahudi!!!

Limau tambun said...

Assalamualaikum Sdr Anon,

Hadith sahih diriwayatkan oleh Imran bin Hushain radhiallahu 'anhuma ia berkata. "Pernah suatu ketika datang seseorang kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam seraya mengucapkan, "Assalamu 'alaikum." Setelah salam itu dijawab oleh baginda dan orang itu telah duduk, maka baginda bersabda: "Sepuluh(kebaikan)."

Kemudian datang lagi seseorang kepada Nabi sallalahu alaihi wasallam seraya mengucapkan, "Assalamu 'alaikum warahmatullah." Setelah salam dijawab oleh baginda dan orang itu duduk maka baginda bersabda: "Dua puluh(kebaikan)."

Kemudian datang lagi orang ketiga kepada Nabi salallahu alaihi wasallam seraya mengucapkan, "Assalamu 'alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh." Setelah salam dijawab oleh baginda dan orang itu telah duduk, maka baginda bersabda: "Tiga puluh (kebaikan)." H.R; Abu Daud dan Tarmizi.*

Zulekhzan B. Fauzi Saadi said...

slm tuan,aku termasuk dlm org yg selalu meringkaskan ucapan salam dlm sms,& ya...memang susah bagi aku nak taip satu2 kalau dah dlm sehari begitu banyak sms yg perlu dihantar & dibalas,termasuk jugak dgn keadaan kerja skarang ni yg tak membenarkan aku membawa handphone setiap masa...tidak praktikal bagi aku kalau setiap sms yg aku tulis kena bg salam dgn penuh berkali2,aku rasa penerima pun faham apa yg nak disampaikan walaupun ringkasannya hanya 3 huruf...tu semua sms je,asalkan tak terbawa memberi salam & menjawab salam tu ke alam realiti dah la... :)

Limau tambun said...

Wa'alaikumussalam Sdr Zulekhzan,

Yang penting adalah niat pada permulaan kata dan perbuatan... Asalkan betul dan ikhlas.

Sesungguhnya Allah Ta'ala lebih mengetahui dan mengenali hamba-hambaNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...