Pegawai Kesihatan yang bertugas memaklumkan bahawa hari ini ada kes suspect denggi terbaru, katanya keluarga Hj Makmur di pangkal Persiaran Bukit Meru 10, Meru Heights, Ipoh. Wabak denggi yang menyerang kawasan perumahan kami lebih dua bulan lalu belum berjaya dibendung dan masih berleluasa.
Usaha Jabatan Kesihatan masih berjalan saban hari, penduduk-penduduk juga berusaha menjadikan kawasan rumah masing-masing bersih dan bebas nyamuk.
Masaalah yang belum selesai adalah lot-lot perumahan kosong terbiar dipenuhi lalang, rumah-rumah yang ditinggal kosong dipenuhi belukar.
Sampah-sampah kebun dari goyong royong anjuran Jabatan Kesihatan tempoh hari bersepah dibahu-bahu jalan belum dikutip lori-lori Majlis Tempatan.
Pokok-pokok hiasan di sepanjang beberapa jalan berserabut tanpa urus dan daun-daun kering tidak disapu.
Jabatan Kesihatan tidak mampu selesaikan masaalah tersebut kerana bukan dalam bidang kuasa mereka. Maka wabak denggi tidak pasti boleh terus dihapuskan di kawasan kami.
Majlis Tempatan yang bertanggungjawab atas urusan pembersihan sampah dan menghantar notis kepada pemunya lot-lot kosong dan rumah kosong barangkali masih tidur dan pekerja-pekerja yang dihantar dilihat banyak rehat daripada bekerja…
Kepada majlis tempatan tersebut, teruskanlah gya cara kerja mu dan tidurmu seperti lagu ‘tidurlah wahai permaisuri’ dendangan P.Ramlee.
Nak tulis surat aduan lagi kepada agensi tersebut barangkali dah tak lalu…
Nak harapkan Wakil Rakyat, alahai, kalau ada bau pilihanraya, mungkin timbullah bayangnya semula di kawasan ni...
Kepada kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak, sekalong penghargaan dirakamkan dan tahniah atas kerja kuat. We salute you for your vigorous efforts. Kalau kerajaan nak bagi bonus, inilah jenis pekerja-pekerja yang layak.