Friday, December 31, 2010

330. GOODBYE 2010 HELLO 2011

Catatan: muzill.mansor

Setiap tahun 31 Disember lah hari yang paling sibuk selesaikan urusan syarikat dan urusan sendiri. Tetapi kali ini semua urusan kena dicepatkan satu hari pasal cuti Dato’ Najib bagi kerana Malaysia menang Piala AFF Suzuki.

Tahniah pasukan Malaysia. Baguslah sebab bolasepak Malaysia pun dah lama malap. Sesekali menang takkan salah nak raya sakan…

Apa pun hari Khamis saya ligat pusing keliling Bandar selesaikan banyak benda.

Agenda pertama ke Pejabat Agama Islam Negeri Perak di kompleks Islam. Bayar zakat, barulah rezeki jadi berkat.

Dari situ ke Pejabat Socso, bergegas pulak ke bank bayar ansuran dan terus ke pejabat KWSP bayar caruman bulanan.

Senang bila semua bayaran dan caruman dikemaskini dan tak ada tunggakan lagi.

Masih ada masa ke pejabat penasihat pelaburan, jenguk sekejap semak portfolio pelaburan dan ambik cek jualan saham. Lega sungguh bila saham-saham dalam portfolio dah bernafas semula dan boleh diurusniaga seminggu dua nie. Best giler bila kaunter yang baru beli, regenya dah mula naik tinggi. Thank you Auntie... Syukur...dah boleh pasang angan-angan buat projek baru tahun depan.

Singgah kejap kat kedai kain. Sambar sekeping dua kain nak buat baju Melayu. Spare untuk tahun 2011. Mana tau ada aktiviti macam sambutan Maulidurrasul atau satu dua aktiviti yang sewaktu dengannya…

Senang hati bila banyak kerja beres menjelang tengahari. Masih ada masa untuk buat posting jam cantik kat blog LT dan peruntuk masa di waktu malam buat yang tersayang.

Jumaat ada Pertandingan Paintball NPOC kat Sungai Petani lepas solat Jumaat. Pegi jangan tak pegi. Seronok sangat jumpa rakan-rakan sepasukan termasuk coach. Lama sungguh tak main dalam pertandingan sejak pulih daripada sakit.

Tahun 2010 memang best. Walau pun ada satu dua insiden kurang selesa seperti kena demam denggi berdarah tapi lagi banyak peristiwa gembira. Syukurlah pada Yang Maha Esa atas bertambahnya rezeki dan kurniaan yang paling berharga.

Tahun 2010 tinggal beberapa minit untuk berlalu pergi…pergi dengan sejuta ingatan, kenangan dan susulan.

Terima kasih semua…

SELAMAT TINGGAL 2010 dan SELAMAT DATANG 2011.

Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih bertaqwa dan berguna.

Assalammu ‘alaikum…

1 comment:

Car Loan Caculator said...

thanks for sharing this info.....^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...