Wednesday, April 25, 2012

382. RESTORAN KOLEKSI JAM...di TANJUNG MALIM

Balik dari Kuala Lumpur tengahari tadi singgah kat Tanjung Malim. Cadang nak tibai ayam kampung kat Restoran Wak. Sampai kat Restoran Wak, tutup pulak hari ni. Dah target time elok-elok sampai Tg Malim  jam 1.30 tengahari supaya tak payah nak beratur kat luar kedai...tutup pulak.

Perut dah berkeroncong tak kan pulak tak layan...Takpe di depan sikit ada restoran masakan Cina Halal. Restoran Garden Seafood. Kedai ni pun best gak. Difahamkan restoran ni dah 8 tahun beroperasi. Masakan sedap harga pun berbaloi, ada value for money. Kedai pun amat bersih.



Sampai kat restoran orang tengah ramai. Tapi tak jadi hal nye sebab restoran kat jalan utama Tanjung Malim ni memang servisnye cepat. Lagi pun sementara nak dapat makanan yang di order, boleh gak layan mata tengok bahan pameran yang tergantung di segenap dinding restoran.



Run thru' menu yang menarik, selera naik mencanak. hantu betul...

Order kangkung goreng, slice ikan kerapu dengan spring onion, sotong goreng tepung rangup, tahu bersos, udang masak masam manis cicah roti panas.

Survey dinding ke dinding perhati satu persatu jam-jam yang tergantung. Ada jam dua lubang dan ada jam tiga lubang. ada jam Swiss, Jepun dan jam Cina. Ada mantle pieces dan ada jam biasa-biasa...



Kat lantai ada batu penggiling dan ada lesung kaki. Kat dinding juga ada lampu-lampu lama dan ada kati lama.

Memang tuan punya restoran ni, koleksi barangan antik jenis tegar. Tentu banyak duit dah perabih. Tapi biasalah, kolektor tegar bukan kisah tentang duit...asalkan hati puas.

Minta kebenaran snap tiga empat photo. Kata waitress kat situ, banyak lagi dalam koleksi bos.

Belum habis jamu mata, makanan yang di order pun sampai...baunya pun dah buat meleleh lior. Penuh meja... boleh makan tiga empat orang.



Cukup dulu cerita jam , nak tibai puas-puas...panas-panas ni baru syok makan. Dah kenyang nanti kalau ngantuk karang on the way back to Ipoh, berenti lah kejap...tidor dulu.

Lepas makan ingat nak korek sikit cerita jam-jam yang terpamir...itu pun kalau jumpa owner restoran.

Makan dulu ye...

Bismillahi Rahmanirrahim.

Oh yer terlupa nak bagi alamat restoran. Kalau nak datang, tengok kat bawah ni...

 7-8, Jln Wangsa Utama, Taman Wangsa, 35900 Tanjung Malim. 

Bagi mereka yang mempunyai gps, koordinatnya ialah:


N 03° 41.895′
E 101° 30.807′


catatan: muzillmansor/tg malim

Tuesday, April 24, 2012

381. KITA HARGAI KERJA CEKAP..

Berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan di Ipoh ni memang saya biasa sangat... Ramai yang cekap tapi masing ada yang malap. Ada pegawai yang berdedikasi dan ada pegawai yang tak lekat di kerusi, banyak kerenah dan birokrasi. Kekadang menunggu berjam-jam untuk berjumpa pada hal urusan boleh selesai tak sampai lima minit.

Hari ini ada sedikit urusan di Pejabat Imigresen Perak, di Ipoh, sebuah jabatan yang terkenal cekap dan cepat.

Pagi ini ditemankan Muzill, saya peruntukkan satu jam setengah untuk urusan pembaharuan permit kerja pembantu rumah di Pejabat Imigresen Ipoh. Itulah tempoh yang diambil tahun lalu untuk bereskan permohonan hingga siap.

Berbekalkan semua dokumen dan surat permohonan yang perlu, wang levi sebanyak RM495 dan pengesahan Fomema mengenai siapnya laporan kesihatan, jam 11.00 pagi saya tiba di Pejabat Imigresen Perak, di Ipoh yang hanya lima minit daripada rumah.

 Orang agak ramai di pejabat. Seperti biasa singgah dan beratur di kaunter 2 untuk serahan dokumen dan ambil nombor giliran. Alahai lupa pulak lampirkan salinan kad pengenalan. Tinggalkan semua dokumen dengan En Hadree, pegawai imigresen yang bertugas di kaunter 2, terus turun ke kedai photostat di aras bawah untuk buat salinan kad pengenalan. Naik semula ke tingkat 1 terus ke kaunter 2 dengan salinan kad Pengenalan untuk serahan.


Semua dokumen disemak oleh pegawai didapati lengkap. Lega...ambil tempat di kerusi tersedia untuk menunggu proses selanjutnya sambil layan diri dengan program TV yang terpancar. 

Lima minit nama dipanggil untuk proses bayaran levi sebanyak RM 495 secara tunai. Selesai bayaran tunggu sekejap lagi sambil melayari berita dalam The Star online melalui Samsung Tab 7.7 milik Muzill.


Tepat jam 11.30 pagi terdengar nama dilaungkan dari kaunter 2. Bergegas pergi disambut dengan senyuman En Hadree memaklumkan bahawa permohonan telah dilulus, siap sempurna sambil mengunjukkan pasport pembantu rumah. Tak sampai pun 30 minit, urusan sudah beres. Ini sudah kira 'record time' !

 Kami senyum balas, terima kasih tanda puas. 

Gembira dengan kecekapan Pegawai-pegawai Pejabat Imigresen Perak di Ipoh yang memudahkan urusan rakyat. Harapnya semua pelanggan mendapat layanan yang sama terbaik daripada pejabat tersebut. Syabas kepada En Hadree dan semua pegawai-pegawai yang berdedikasi.


Kerja cepat bawa berkat.

Inilah satu contoh yang wajar diteladani oleh jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Kesungguhan Pejabat Imigresen Perak Ipoh yang berterusan meningkatkan tahap kecekapan kerja, saya puji dan hargai...

Terima kasih

Monday, April 2, 2012

380. VISIT PERAK YEAR 2012...JUST A LOOK


Three months has passed since the state of Perak declared the year 2012 as the VISIT PERAK YEAR.
Politically, the state leaders could perhaps licked their lips in satisfaction having successfully managed to bring the Prime Minister five times and Deputy Prime Minister three times to visit the various districts of the state for various 'meet the people' functions in the space of just three months!

WELL, taking that as the average, Perak might see PM visiting the state 20 times and DPM 12 times making it perhaps their favourite state in Malaysia.

Whatever the reasons those two top guys in the country frequented the state is irrelevant but what is certain is the 13th General Election is just round the corner. No matter, the state should be excited by the millions of projects allocations announced by PM and DPM for Perak. Hopefully this huge and significant sums of money allocated really trickled down for the benefit of all the people and transformed Perak into a vibrant state.

As to whether the Visit Perak Year campaign this year is generating the positive response from local and foreign tourists , no official statistics has yet to be sighted.

The only really visible events presently are the political ceramahs which seemed to be a glut judging by the abundance of banners at every nook and road junctions.

Don't the local councils have some laws and regulations on street banners and buntings? Too much and too many of them can be a nuisance and traffic distracting...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...