Aku memang tak suka bercerita pasal politik, apatah lagi berkecimpung dalam dunia politik. Dalam penulisan dan percakapan aku jarang menyentuh urusan politik walau pun aku sudah bekerja dengan bersepah tokoh-tokoh politik. Bos politik yang pertama semasa bertugas di Kementerian Kewangan tahun 1977 lalu adalah YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan ketika itu yang amat aku hormati sebagai seorang yang pintar, cemerlang budaya kerja dan berhati mulia.
Apabila aku berpindah ke negeri Melaka pada 1980 dan bertugas sebagai Bendahari Negeri Melaka selama tiga tahun, aku sempat berkhidmat dengan dua orang Ketua Menteri iaitu Dato' Mohd Adib Adam dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Banyak pengalaman dan pengajaran yang terkumpul.
Kembalinya ke negeri Perak pada lewat tahun 1985 dan bekerja selama 20 tahun di Perak, aku sempat berkhidmat dengan dua orang Menteri Besar iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Tan Sri Tajol Rosli. Tan Sri Ramli yang berjiwa rakyat banyak mengajar aku erti pertanggungjawaban kepada rakyat dan erti berkebajikan kepada masyarakat.
Aku juga sempat berkhidmat dengan beberapa orang wakil rakyat berstatus Exco, Speaker dan Menteri yang kebetulan menjadi Pengerusi syarikat. Banyak ilmu yang dipelajari yang boleh menjadi teladan dan ikutan tapi banyak juga yang wajar dijadikan sempadan.
Pengalaman bekerja bersama tokoh-tokoh politik menjadi aku yakin bahawa dunia politik adalah dunia plastik yang boleh berubah wajah dan warna serta citarasa...tiada kawan dan lawan kekal dalam dunia politik. Banyak kes dimana lawan bertukar menjadi kawan dan banyak juga kes kawan lari lintang pukang bila tokoh politik sudah hilang taring dek ketiadaan pangkat dan gelaran.
Lantas aku tumpukan masa membina kerjaya dalam dunia perakaunan dan pengurusan sambil menjalin hubungan kawan dengan semua orang tanpa batas kepartian waima cap ayam. Biarlah politik dengan insan-insan politik asalkan mereka tidak menyusahkan dan membebankan kita.
Cuma... akhir-akhir ini kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua satu kaum dan konco-konconya menghina hukum Allah, agama Islam, tok guru dan negara-negara Islam, membakar perasaan dan nubariku.
Aku mula jelik, mual dan kecewa dengan sandiwara politik sedemikian. Berpolitik biar sihat. Jangan sampai hina menghina antara kaum dan agama.Ada pemimpin politik yang sudah berani bercakap di luar 'domain' mereka. Mereka mula merepek, menghina dan mempersendakan agama yang ku cinta iaitu agama Islam yang syumul. Pemimpin politik bangsat yang mempersendakan agama Islam adalah kafir harbi...kau nak main politik lantak kau lah tapi jangan sesekali mempersendakan agama kami dengan memperlekeh-lekeh hukum hakam agama kami...kalau nak pancing undi,urusan agama bukan modal sebagai umpan...
Lebih sedih dan kecewa... apabila pemimpin-pemimpin Islam sekumpulan dan sewaktu dengannya jadi sepi kelu bagaikan tertambat lidah dan bisu...
Lega sikit hati hari ini apabila Tan Sri Harussani, Mufti Perak tampil bercakap menegur pemimpin parti Cina tersebut supaya jangan menyentuh soal hudud Islam.
Aku mahu dengar ramai lagi ulama' dan pemimpin Islam berani tampil ke depan bersuara menegur apek itu dan konco-konconya. Mana pak menteri yang jaga ehwal agama Islam, mana pergi ustaz dan ustazah dan ulama-ulama muda yang petah bercakap di media?
Orang Islam di seluruh Malaysia perlu sedar. Tanpa sempadan fahaman politik, semua wajib tegur dan ajar petualang-petualang politik seperti apek itu supaya dia faham bahawa jangan bermain dengan urusan agama Islam yang dia jahil. Jangan bermain api...takut nanti membakar diri di peti undi.
Aku dah terjaga, masih kuat bertenaga...pentas juga sudah tersedia untuk terus bersuara...cara terbaik untuk mengajar petualang-petualang politik yang menolak hukum Allah, adalah jangan undi mereka...
KITA JUMPA DI PRU 13...