Friday, October 26, 2012

387. IBADAH KORBAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Hari ini umat Islam merayakan 'aidil adha.Kita teringatkan sejarah pengorbanan besar nabi Ismail dan nabi Ibrahim di masa lalu. Hari ini umat Islam juga perlu melakukan banyak pengorbanan masa, tenaga dan sumber untuk menangkis asakan dan ancamanpelbagai ancaman daripada musuh-musuh Islam dari kalangan orang bukan Islam maupun orang Islam sendiri.

Di dalam AlQuran ada menyatakan tentang ibadat korban yang bermaksud haiwan yang disembelih kerana Allah s.w.t pada 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah.

Pendapat sesetengah ulama megatakan bahawa hukum korban adalah wajib dan sesetengah ulama pula mengatakan hukumnya adalah sunat.

Mereka yang mengatakan bahawa korban itu wajib dengan bersandarkankepada firman Allah s.w.t
" Sesungguhnya kami telah memberi kepada engkau(Muhammad) kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada hari Raya Korban dan sembelihlah korbanmu". (Surah Al-Kautsar.1-2)

Golongan ulama yang berpendapat bahawa hukum korban adalah sunat berdasarkan hadith Rasullulah s.a.w yang bermaksud " Saya diperintahkan menyembelih korban dan korban itu sunat bagi kamu" (At-Tarmizi)

Hikmah atau kepentingan berkorban itu ialah supaya kita semua faham bahawa untuk berjuang dalam menegakkan Islam dan memperolehi keredhaan Allah s.w.t, insan Muslim  perlulah banyak melakukan pengorbanan dalam kehidupan.

SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN


SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL ADHA

Maaf zahir dan batin

petikan:

Risalah Yayasan Kebajikan Islam Darul Ridzuan bil. 06 / 19.10.2012

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...