Wednesday, October 24, 2012

385. ANAK-ANAK SEBAGAI AMANAH ALLAH...

"Didiklah anak-anak dengan nilai-nilai murni mengikut ajaran Islam. Didiklah dengan iman dan amal." demikian pesan Ustaz Mohamad Sulaiman, bekas kadi yang menjadi khatib mengingatkan jemaah  di permulaan khutbah di masjid Almutaqqin, Ipoh Jumaat lalu.

Pendek, ringkas tapi padat peringatan daripada ustaz yang memang disegani masyarakat tempatan. Peringatan yang dilafadzkan kepada jemaah yang lebih banyak tidor dari jaga. Inilah bentuk nasihat dan isi khutbah yang saya suka dengar. Ingat mengingati sesama insan adalah satu kewajipan.

Allah swt telah menganugerahkan saya dan isteri empat orang anak.Dua lelaki dan dua perempuan. Kini mereka telah dewasa dan telah melangkah ke alam pekerjaan bermodalkan ilmu dunia dan ilmu agama yang dibekalkan ibu ayah, guru-guru sekolah, ustaz dan ustazah.

Amanah Allah tidak pernah walau sesaat kami abaikan hinga kini takut dipersoal di akhirat nanti. Anak-anak di tatang dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

Semoga anak-anak yang kami didik menjadi insan-insan muslim yang kasihkan ibu ayah, cintakan agama, berkebajikan kepada masyarakat dan berbakti kepada negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...