Wednesday, March 19, 2008

2. BERMUHASABAH DAN BERAMANAH

Pilihanraya ke-12 telah selesai. Kabinet Persekutuan dan Kerajaan–kerajaan Negeri (kecuali Terengganu) terbentuk sudah. Suara rakyat telah menentukan pilihan wakil-wakil rakyat yang akan mewakili mereka di Dewan-Dewan Negeri dan Dewan Parlimen.

Barisan PKR, DAP dan PAS menang besar sementara BN hilang 4 negeri dan leboh banyak kerusi DUN dan kerusi Parlimen. UMNO, MCA, Gerakan,PPP dan MIC hilang taring. Yang terjadi tiada siapa pun dapat ramalkan.

Tapi itulah kuasa Tuhan. Semua pihak perlu menerima hakikat yang terjadi adalah ketentuan Allah swt.Tentu ada hikmahnya.

Bermuhasabahlah.....Itulah yang terbaik bagi yang kalah mahu pun yang menang. Peranan Wakil Rakyat bukan mudah. Penuh tanggungjawab dan amanah. Pada yang kalah, tentu ada sesuatu pengajaran. Betulkan kesilapan dan bina kekuatan diri. Jangan lagi bongkak sombong,cuai, rakus, alpa dan lupa tugas dan lupa kawan. Tanggungjawab dan amanah di abai jangan.

Insaflah ! Sukar sekali nanti nak berjawab bila berdepan Rabbuljalil apabila amanah gagal dilaksanakan. DI akhirat nanti setiap rakyat dan pengundi pasti menuntut pengadilan.

Kepada yang menang, ini sebenarnya cabaran dan dugaan. Belajar dari kesilapan kawan dan lawan dan pastikan tanggungjawab dan amanah menjadi keutamaan.

Pandang dan amati keadaan rakyat. Dengar dan halusi rintihan mereka. Runding dan selesai masaalah dengan cara terbaik hingga rakyat selesa. Ingat anda yang menawar diri untuk dilpilih mewakili rakyat.Pikullah tugas dengan adil saksama dan beramanah.Kepada wakil rakyat yang beragama Islam, kembalilah kepada hukum Allah. Jadikan Al-Quran dan Al-Hadith sebagai pedoman,bimbingan dan rujukan.

SELAMAT BERTUGAS...

















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...