Malam minggu lalu mulai jam 11.30 malam hingga 2.30 pagi giliran kumpulan kami bertugas Rukun Tetangga di sekitar Meru Heights dan Taman Meru, Ipoh, kawasan kediaman kami. Setiap kumpulan mengandungi seramai 12 orang tetapi yang hadir biasanya tak lebih dari 8 orang je. Tak kisahlah , nama pun sukarela dan khidmat masyarakat.
Sampai di Dewan Komuniti jam 11.30 malam ditemani anak sulungku, Ojey. Tapi dewan gelap dan berkunci.
Satu bayang pun tak nampak. "Tak kisahlah, kita tunggu sekejap dalam kereta" kataku pada Ojey. Dia mengangguk bersetuju. Tak sampai 5 minit kemudian nampak sebuah kereta MyV putih sampai. Rupanya Cikgu Khairul, Setiausaha Rukun Tetangga tiba. Lega dapat masuk base.
Base kelihatan kosong. Takde gambor-gambor aktiviti RT. Kata Cikgu, gambor-gambor diturunkan oleh petugas-petugas pilihanraya BN yang menggunakan Base sebagai Bilik Gerakan cawangan. Setelah menyusun meja kerusi kami menungggu kehadiran rakan-rakan setugas.
Malam ini Cikgu Khairul bawa vest RT, lampu suluh dan belantan-belantan rotan. Semuanya baru-baru. "Baru dapat daripada Jabatan"kata Cikgu. Selepas tiga bulan bertugas barulah barang-barang sampai. Kira cepatlah tu ikut standard pejabat kerajaan.
Sepuluh minit berlalu baru kelibat Hj Ismail dan Pak Wan kelihatan. Dah ada 5 orang. ‘Macam mana Chief, boleh kita mula ronda?’tanya Pak Wan. ’Kita tunggu sampai jam 12.00 kot-kot ada lagi yang hadir’ kataku.
Sementara menunggu rakan-rakan lain tiba, kami belabun kisah pilihanraya ke12 baru ni.
Calun BN menang lagi dikawasan kami, DUN Manjoi. Tapi majoriti sangkut kat janggut aje, tinggal 348 undi. "Ape dah jadi?"tanya Hj Ismail. "Barangkali rakyat dah meluat" kataku.
Entahlah dari amatanku, ramai kawan-kawan yang bila dah jadi ADUN, mula melalut. Suka buat keghoje persatuan sukan macam bolasepak dan sepaktakraw yang ade glamor tapi kawasan liat nak lawat. Masjid-masjid dikawasan jarang dijengah. Masaalah rakyat kurang diambik kisah. Jalan rosak, parit sumbat, banjir kilat, taman riadah penuh semak samun, budak-budak sekolah jadi penagih dadah dan macam-macam lagi masaalah rakyat tak diambik endah.Kalau malam minggu dijalan utama belia-belia merempit dah jadi perkara biasa. Itu belum lagi isu pelajaran dan pendidikan agama untuk membina insan.
Inilah jadinya bila wakil rakyat tak duduk di kawasan dan tak ambik hal. Menjelang pilihan raya barulah hari-hari kehulu kehilior jaja muka dan jual gigi.
Aku sendiri tak kisah sape menang asalkan yang menang bekerja makan gaji sebagai WAKIL rakyat bukan TUAN kepada Rakyat sebab nama pun WAKIL rakyat. Kira tu KULI rakyat lah.
Tapi kali ini rakyat negeri Perak mengamuk sakan!!!!macam tahun 1969. Apa nak jadi ,jadilah....itulah barangkali dalam kepala mereka. Keputusannya seperti yang dah semua ketahui.
Haghu bighu kerana tiada satu parti pun ada clear majoriti. Pentadbiran Negeri Perak bertukor tangan daripada BN kepada Barisan campuran DAP, PKR dan PAS.
GOOD LUCK TO U GUYS in Barisan campuran or Barisan Rakyat (BR) or whatever you call yourself!!! Cume ingat kalu mike tak buat keghoje sampai mase kami rentap tughun.......
Jam 12.05 pagi takde satu bayang pun tiba.Aku buat keputusan untuk buat rondaan.Cikgu Khairul dan Hj ismail diminta menunggu dibase. Sementara Pak Wan, Ojey dan aku membuat rondaan dengan 4WDku. Kawasan nak dironda sangat luas, patah kaki wei kalau berjalan!
Program RT ni bagiku memang baghuih untuk masyarakat tempatan kalau disusun dengan teratur dan semua orang turun padang. mane tahan kalau kita dua tiga orang meronda, yang lain tidor kat rumah.
Soal cuti, insuran diri, peralatan petugas dan kesedaran masyarakat perlu diberi perhatian dan ditimgkatkan.
1 comment:
I'm so excited to be the first person to comment on your blog.. It's really great to see ayah starts to write again. the best part is the blog is written with some loghat peghok..hehe..it's fun to read.
Post a Comment