Orang politik ni kadang-kadang suka buat jenaka tapi tak lucu pun. Jenaka terbaru ciptaan seorang Menteri Besar. Katanya UiTM ni kalau nak lebih bersaing kenalah buka kuota 10% untuk pelajar bukan Bumiputra.
Ntah apa teori persaingan dia pakai pun aku tak tahu. Tapi aku tahu mungkin masa dia buat jenaka tu, dia lupa pasang otak kut.
Aku anak didik ITM. Batch pertama belajar kat ITM,Shah Alam tahun 1970. Lulus di ITM tahun 1973. Bangga sungguh aku dengan kejayaan ITM mendidik anak Bumiputra macam aku sebagai professional. Dengan izin Allah,ITM beri aku peluang teroka ilmu baru dalam bidang baru yang dulu aku tak pernah mimpi dan tak pernah reti.
Kalau tidak ntahlah, mungkin masih terperap kat kampong tanam padi kut.
Belajar kat luar negara pun dengan ilmu yang dibekalkan oleh ITM. Bersaing dengan Mat Salleh di luar negara pun boleh lulus cemerlang dengan bekalan ilmu dan semangat juang yang ditanam oleh Tan Sri Arshad Ayob dan tenaga pengajar semasa di ITM sampai berjaya jadi chartered accountant.
Bila ITM jadi universiti dan tukar nama jadi UiTM aku lebih berbangga dan amat bersyukur.
Persaingan di UiTM dah cukup hebat. Sebab tu anak didik UiTM boleh berjaya di merata tempat. Dah bersepah jadi ahli korporat, ahli politik, engineers, akitek, akauntan, jururancang, aktuari, bankers, pakar transport, orang gomen, dan menteri pun ada.
Kalau tak hebat takkan kami boleh berjaya dan terus berjaya. Jadi jangan peleceh dan perlekeh UiTM, Pak Menteri ooi...Biarkan UiTM menjadi tempat anak kampong terus menimba ilmu dan jadi orang-orang yang berguna.
Aku nak pesan lagi, kalau mike nak bercakap pun, lain kali fikir banyaklah dulu.
Seribu satu benda lagi boleh cakap dan boleh buat dan kami pun tak melompat.
1 comment:
ini cerita buikan baru la bro...
dolu dolu pun nutp pun penah suggest dan Che det kata apa salahnya non bumi masuk uitm sebab ada melayu masuk sekolah cina.
mebbe datangnya dari pembangkang kut tu yang jadi isu.
kalo mentaliti student uitm baguih gerenti deme tak berarak ramai ramai. buat gelak dek bangsa lain je. yang risaunya perarakan itu ada unsur politik. maklumlah naib canselor tu pernah berangan nak bertanding masa pilihanraya sampai keluar statement sanggup letak jawatan untuk bertanding... tapi tak terpilih.
statement mb selangor tu datang dari permintaan press yang minta dia mengulas ucapan dari dr halimah ali berkenaan kuota 10% tu. malahan dalam ulasan mb selangor tu dia bagi tau bahawa idea tu bernas tapi nak kena kaji dari aspek aspek yang mendalam dengan akta akta yang mengawal uitm. (statement ni ada dalam the star)
sekian terima kasih.
p/s : saje je bagi pendapat teman yang tak seberapa ni.... maklumla teman ni bukan lulusan uitm.
Post a Comment