Monday, August 25, 2008

OLIMPIK BEIJING: TAHNIAH MALAYSIA


 

Olimpik Beijing melabuhkan tirai malam tadi. Bagi pasukan Malaysia, banyak pengalaman ditimba dan ada kejayaan telah dicipta terutama dalam sukan memanah walau pun tanpa pingat untuk dipersembah.

Sukan badminton masih menjadi penyumbang pingat. Walaupun bergu lelaki kecundang awal tetapi Wong Mei Choo berjuang hebat dalam acara persaorangan wanita.

Lee Chong Wei, satu-satunya atlet yang berjaya membawa satu pingat perak dalam acara persaorangan lelaki. Kejayaan sulong dalam acara tersebut. Tahniah kepada Chong Wei, Jurulatih Misbun Sidek dan BAM. Inilah satu contoh kesepaduan tenaga yang baik mampu menempa kejayaan. Pengurusan persatuan yang telus dan dedicated, program kejurulatihan yang jitu dan komitmen tinggi pemain telah menghasil sesuatu yang diidamkan rakyat Malaysia.

Sememangnyalah kilauan emas tentunya lebih berharga. Tetapi kejayaan yang dicipta oleh Chong Wei boleh dijadikan landasan dan semangat untuk lebih cemerlang di masa hadapan.

Memang wajarlah apabila kerajaan memberi Chong Wei ganjaran wang tunai dan pencen serta anugerah pingat.

Alangkah baiknya kalau Jurulatih Misbun Sidek juga diberi pengiktirafan yang sama. Ganjaran wang tunai dan pencen seumur hidup tentunya akan membantu meringankan bebanan kewangan menanggung bil kesihatan isteri tersayang.

Oh ya, tahniah kepada Misbun kerana menerima anugerah Datuk daripada kerajaan negeri Melaka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...