Tuesday, March 31, 2009

IMAMKAN SOLAT PUN JADI ISU

Aku pun naik bengkak kepala bila soal imamkan solat wajib pun jadi isu di Bukit Gantang. Masjid itu kan rumah Allah! Sesiapa saja yang beragama Islam boleh jadi imam asalkan cukup syarat dan fasih bacaan-bacaannya. Apatah lagi jika pemimpin berkenaan dikenali berilmu, berkelayakan diketahui mampu dan dijemput ke depan oleh imam bertugas.

Jadi kalau kebetulan Imam Masjid Simpang dah bagi laluan kepada Nizar Jamaludin untuk imamkan solat Maghrib baru-baru ni, apa nak riuh sangat. Kecualilah Nizar ni kokak tak reti rukun solat dan bacaannya pun telor ke, sumbang ke, sengau ke...

Tapi aku cukup yakin Nizar layak mengimamkan solat kerana bacaannya baik, tertib dan tertil serta rukun solatnya sempurna. 

Aku tau sebab aku pernah jadi makmum dalam solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Nizar. Tak ada satu manusia pun complain lepas sempurna solat kami yang diimamkan oleh Nizar. Lepas solat dia lagi boleh bagi tazkirah pasal fadilat solat berjemaah. Sebijik cerita politik pun tak bunyi.

Malu woi kalau soal solat pun hangpa orang politik nak keriau. 

Yang bukan Islam pun tau malu dan tak bertekak pasal sembahyang deme. Aku tak pernah dengar Samy Vellu pun jerit sapa pimpin Thaipusam di Batu Caves.

Sepatutnya pada malam tu di masjid Simpang, semua pemimpin ambil giliran tampil kedepan pimpin jemaah, pimpin saf. 

Zambri pun bukan calang-calang orang weh.Graduan Universiti Islam Malaysia tu. Tunjuklah kemampuan pimpin jemaah solat dan bagi tazkirah di masjid. Dah jadi MB kena ke depan selalu. Lecehlah kalau malu...

Nizar jadi imam solat Maghrib dan Zambri boleh tunggu untuk imamkan solat Isyak. Muhyiddin boleh bagi tazkirah untuk penuhkan masa antara maghrib dan Isyak. Ismail Sufian pulak boleh jadi imam solat Subuh. 

Apa susah sangattt.

Besepah dan belambak lagi soal lain di Bukit Gantang yang perlu diselesaikan, sheikh! Soal setinggan, soal pencemaran kilang kelapa sawit, soal dadah, soal perumahan, soal banjir kilat, soal industri tanah liat, soal peluang pekerjaan, soal kemiskinan tegar, soal tapak niaga orang melayu dan serba serbi lagi perlukan tindakan segera.

Yang hangpa nak riuh-riuh pasal sapa jadi imam solat tu wat pa?

Reti-reti lah agih giliran...ikutlah saranan Dato’ Najib, orang Islam dan Melayu kena rapatkan saf.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...