Perjalanan pergi balik ke Selama amat seronok, relaks, selesa dan tenang.
Sebelum pilihan raya Mac 08 lalu, malangnya pokok-pokok hutan di sebahagian kawasan disini mula ditebang. Berderetan lori-lori balak menunggu muatan kayu balak tebangan untuk diangkut ke kilang.
Tebang, tebang dan terus tebang.
Hari ini kawasan hutan tersebut dah jadi botak dan gondol. Sedih dan panas melihat keindahan ciptaan tuhan dimusnah tanpa malu dan segan silu.
Tapi, mereka yang dapat lesen gondolkan balak-balak peduli apa dengan kesan pada alam sekitar dan habitat. Dalam benak mereka yang tercongak hanya laba yang berlipat ganda. Barangkali berkira-kira untuk pasang isteri muda atau membeli pengaruh politik untuk tingkat kuasa.
Maka naiklah satu papantanda baru kawasan bakal dijadikan Ladang Kambing Boer untuk pendekkan cerita.
Aii....Berlambak-lambak tanah bekas lombong di Perak takkan lah sekeping pun tak sesuai untuk dijadikan kawasan ladang pelihara kambing Boer.
Wah!kambing jenis apa ini yang sungguh hebat sampaikan hutan simpan pun terpaksa dikorbankan.
Kera , lutong, monyet dan beruk pun terpaksa pindah ditepi jalan mengemis untuk rezeki kerana habitat mereka sudah tida lagi.
Lagi sedih pula nasib orang-orang kampong yang berhampiran. Terpaksa mengharungi banjir ketika hujan lebat dan air dari tasik Bukit Merah yang melimpah.
Barangkali... Itulah nasib kera, lutong, monyet, beruk dan orang kampong yang terpaksa menanggung derita semata-mata untuk kesenangan segelintir manusia rakus yang tamak haloba dan tidak faham tanggungjawab dan peranan sebagai hamba Allah dan pada masa sama adalah khalifah Allah di bumi bertuah ini.
Tapi biasalah...Manusia akan terus cari alasan kerana manusia jenis pelahap, tamak haloba dan tidak bertanggungjawab ini adalah dari spesis yang sememangnya suka terus berhelah...
No comments:
Post a Comment