Tuesday, August 4, 2009

JUMPA LAGI...

Cari punya cari dapat empat bijik lagi jam terselit dalam rak belakang buku-buku komik Conan dan Budak Getah. Entah sape ntah letak kat situ. Tapi tak kisah lah asal jumpa balik. Tak rosak apepe pun cuma ada yang bateri kong, ada yang pin kat tali tercabut.

Tukar bateri, pasang pin balik, gilap sikit dah ok dah semuanya.

Jam Swatch ni dapat masa tengah gila tengok swatch. Ramai kengkawan pakai Swatch, teringin gak....

Masa tu kat tingkatan tiga nak ambik PMR. Bagi tau ayah, jam Citizen tak berape best, nampak kecik.

Ajaklah dia pergi kedai Swatch. Bawak duit syiling penuh satu beg plastik. Lepas pilih yang berkenan, nak bayarlah pakai duit syiling, ayah kata simpan ajelah duit syiling kamu tu, bukan cukup pun. Buat malu company katanya, jadi sudahnya ayah yang bayar.

Swatch hitam ni kalau tak silap adik punya. Barangkali dia pun dah tak ingat tentang jam ni. Lama sangat. Dah jumpa kira kita punya lah. Rule of finder’s keeper!

Jam ODM ni pulak beli masa study kat Dublin. Beli dengan duit upah hantar fliers masa cuti semester. Kira beli dengan duit titik peluh sendiri le.

Jam Guess ni pulak beli masa dapat gaji pertama kerja kat syarikat audit. Tahu-tahu aje lah, audit ni kerja bermalam buta kekadang sampai pagi. Tu yang beli jam besar sikit bila kerja dah sampai pagi, mata pun kuyup kecik je. Kalau jam-jam kecik dah tak nampak ape dah waktu tu.

Sekarang dah kerja dengan syarikat sendiri, jadual kerja boleh susun sendiri, bolehlah luang masa sikit jengok-jengok blog jam pilih jam yang ada gaya sikit.

KOT LE...

Catatan dan jam : muzill punye

2 comments:

TIMEasitis said...

wah sama taste la kita...hehehhe

Raimi aka Angah said...

owh pulizz...i remember it all.

Version 1:
same like u, my swatch was sponsored too. hahaha but i didnt bring sack of coins. i just bring air liur je. 'ayah, nak swatch gak' or something along that line =p

Version 2:
beli pakai duit raya. tapi tak cukup RM50. pau si muzill abang tersayang

Version 3:
beli pakai duit saving. tapi tak cukup RM50. pau si muzill abang tersayang

Version 4:
brought RM150 and went to Swatch@Jusco Ipoh with Ayah. short of another RM75. pau ayah tersayang

MEMANG TAK HENGAT DAH KUT mane satu real story!! hehe

btw, this is not the original watch. mine was broken after few months then swatch service centre hold it a month or so. they replace with new set (this black face) since the original blue face no longer in production.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...