Begitulah tajuk khutbah yang dibacakan oleh Ustaz Haji Zaini di Masjid AlMuttaqin,Taman Meru, Jumaat lalu. First time aku dengar tajuk rupa tu. Katanya PDRM cadang biar le masyarakat sama - sama bertanggunjawab menjaga keselamatan negara.Tajuk khutbah yang baik itu berjaya menarik perhatian ramai jemaah yang hadir, walau pun masih ada jemaah yang tetap tersengguk seperti biasa.Tahniah Tuan Khatib. Kita memang paham sangat Polis tu sibuk semedang . Kita pun dengar jugak Polis Malaysia ni kira antara yang terhebat di dunia .....tapi kalau udah serba serbi nak dilonggok ke polis, tak terbuat deme weh. Maklumlah orang dah bertambah ramai, kawasan nak dijaga bukannya kecik , jenayah bertambah canggih dan tugas makin pelbagai. Tapi jumlah anggota idak juga bertambah. Tengok di Balai Polis Jelapang udah le. Dok besar tu gak, kekuatan anggota pun ada le bertambah sorang dua, kenderaan sebijik dua proton dan kancil kut. Tapi rumah kediaman,kedai pejabat, ruangniaga baru di kawasan Meru udah bertambah beribu. Pekerje asing pun bersepah-sepah. Kes ragut, samun, pecah rumah, curi,rempit, kesalahan trafik, dadah bertambah-tambah.Report yang ada pun jenuh masih tak boleh selesai-selesai.
Kes tak cukup anggota dan fasiliti ni rasanya memang problem seluruh negara. Tu yang barangkali di KLIA pun orang dah berani menyamun.Kan haghu ......belum diambik kira kes budak-budak hilang yang siang malam cari sampai la ni tak jumpa- jumpa lagi.
Bila akhbar Sunday Times melaporkan hari ini, PDRM akan mengambil sejumlah 6,000 orang bekas anggota tentera sebagai anggota polis yang baru, aku rasa lega sangat.Tentu lebih lega kalau jumlah itu ditambah lagi dengan graduan-graduan dan tenaga profesional baru untuk menyelesaikan jenayah collar putih yang nampaknya semakin bertambah, jika laporan boleh dijadikan petunjuk.Apa pun tahniah PDRM kerana memulakan langkah awal.
Memang betullah masyarakat juga bertanggungjawab jaga keselamatan.Memang banyak pun boleh dibuat untuk membantu secara langsung atau tak langsung untuk keselamat masyarakat. Antaranya, pantau pergerakan anak-anak, perkemaskan program rukuntetangga, kawal harta benda, mesra jiran, perluas program rakan cop,aktifkan semula kegiatan belia supaya budak-budak tak hisap dadah,tak lepak dan tak rempit.Nak harap polis buat semua mampuih le deme.
Apa pun aku lebih suka jika soal keselamatan dan perkhidmatan polis dilihat semula secara menyeluruh dan total.Sudah sampai masanya perkhidmatan, peranan dan tanggungjawab polis juga di ‘review’ dan revamp’kan.Umpamanya tugas urusan trafik dan highway patrol keseluruhan nya diserahkan kepada agensi seperti JPJ supaya Polis dapat tumpu sepenuhnya kepada urusan jenayah.

2 comments:
mintak kebenaran utk copy article ni utk tujuan penyelidikan..tq
Pierre Cardin,
Saya tidak ada halangan jika anda mau copy artikel sekadar rujukan semata-semata...
Post a Comment