Sunday, July 27, 2008

KSAH 100 TAHUN


Sempat pulang semalam ke Alor Setar untuk menyertai Perayaan 100 Tahun Kolej Sultan Abdul Hamid. Jam 11.00 pagi aku melangkah masuk megah melihat bangunan utama KSAH tersergam indah membawa seribu kenangan yang masih segar di ingatan. Memang mengharap dapat berjumpa kawan-kawan lama terutama kawan sekelas dulu.

Tempat pertama yang dituju ialah bilik ketiga bangunan yang menghala ke padang. Itulah bilik semasa aku di tingkatan 5C pada tahun 1969.

The famous class labelled as 'The dirtiest and the noisiest class in school' back then . Tiga minggu berturut kami menyandang gelaran tersebut sehinggalah mendapat teguran daripada Mr Boonlert Somchit, guru PE kami. He threw us a challenge. Change for the better.

Monitor Kua Sin Tian membuat keputusan. Enough is enough. Semua sepakat kelas perlu berubah. Dengan segala usaha dan muafakat, bilik kelas bertukar wajah. Lantai bersih, meja teratur dan gambar-gambar tersusun indah di billboard di belakang kelas. Everybody was on the best behaviour. No more talking, no more playing even when there wasn't any teacher in the class. In no time we were declared as the cleanest and the best decorated class in the school. We proved that we could change. For three successive weeks, we were the champion.

Well, I guessed boys are boys. We got tired of being champion week in and week out, so decided to go back to our old ways.

Mrs Rosie Subramaniam was our form teacher then. She also taught us English. Being quite a small kid, I was given the desk right in front of her table. She was a good, caring and dedicated teacher. Yes, she was indeed.

Wajah-wajah guru seperti Mr Ch'ng chin Eong, Ustaz Minhad, Cikgu Nordin Dahaman, Apek dan Mr Goh Ah Kow masih segar di ingatan.

Dari kelas menuju ke Dewan. Kelihatan Tuanku Sultan Abdul Halim, Tuanku Raja Muda dan Tun Mahathir serta Tun Dr Hasmah diluar Dewan. Majlis pagi selesai sudah. Lagu 'Allah Selamatkan Sultan' berkumandang menandakan keberangkatan balik Tuanku Sultan dan Sultanah.

Sempat bersalaman dengan Tun Mahathir semasa beliau merasmikan Galeri Seni selepas keberangkatan balik Tuanku Sultan.

KSAH sentiasa bertakhta di hati ini walau pun sudah berpuluh tahun ditinggalkan.

Sayang tidak kelihatan walau pun seorang rakan sekelas semasa perayaan walau pun manusia berpusu-pusu membanjiri hadir.

Thursday, July 24, 2008

EMPAT AHLI KELAB KELEDANG DILANTIK COUNSELOR PBT

Sekalong tahniah kepada empat orang sahabat teman dari Kelab Bakti Gunung Keledang yang telah dilantik sebagai councillor di tiga buah Pihak Berkuase Tempatan, negeri Perak. Mereka yang menerima tawaran ialah:

Sdr Dato' Mohd Ariff bin Shafie (Bekas Presiden) -Majlis Bandaraya Ipoh

Sdr Zabidi -Majlis Bandaraya Ipoh

Sdr Zulkifli bin Hussein (Bekas Presiden) - Majlis Daerah Kinta Selatan

Sdr Ir Khairul Anwar bin Dato' Masud (Naib presiden) - Majlis Daerah Kinta Barat

Saya amat yakin mereka yang dilantik mampu melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Mereka yang bergelar professional yang berpengalaman telah dicalunkan kelab untuk jawatan tersebut.

Sekalong penghargaan kepada kerajaan negeri Perak kerana tak pilih bulu dan tak kira cap parti. Ramai orang UMNO pun dapat jadi councillor termasuk sahabat-sahabat teman yang berempat nie.

Apepe pun yang lebeh penting kita same-sama doakan supaya yang sudah terlantik dalam kerjasama dalam menjalankan tugas.

SELAMAT BERTUGAS PARA COUNCILLORS!

JABATAN IMIGRESEN IPOH YANG CEKAP

Teman nie bukan kaki ngampu dan jugak bukan kaki bodek. Tapi kalo keghoje baguih teman kabo le baguih.

Teman cume nak ucapkan tahniah kepade Jabatan Imigresen Ipoh yang masih kekalkan prestasi cemerlang jabatan menyeleseikan masaalah ghakyat. Ingatkan bile Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan di peringkat pusat ade sedikit masaalah teknikal, prestasi jabatan akan terjejas. Tapi deme steady aje. Dah banyak kali teman berurusan dengan jabatan nie. Dulu cekap sekaghang pon tetap cekap.

Minggu nie teman ade ngantor permohonan untuk lanjutan tempoh work permit pembantu ghumah. Tak banyak sogheh. Kejap aje udah luluih. Tak sampei sejam pon udah beres keghoje.

Satu contoh kecekapan jabatan keghejaan yang patut dijadi contoh efisiensi.

TAHNIAH. KEEP UP THE GOOD WORK!

HOSTEL UNiKL, IPOH YANG TAK SELESE

Due minggu sudah teman ade pegi ngantor soghang pelajor wanita tajaan Kelab Bakti Gunung Keledang mendaftar di UNIKL, Ipoh untuk kursus ijazah Perubatan. Alhamdulillah,pendaftaran berjalan lancar takde masaalah pon.Teghime kasih lah UNiKL.

Cume teman nak tegor sikit pasei urusan asrama. Bile nak pilih asrama ade lah masaalah sikit. Syarikat yang dibeghi mandat untuk sediakan kemudahan asrama nie agak kecoh dan tak beghape PROFESSIONAL. Kemudahan asrama agak jauh di Taman Cempake dan maklumat yang disediakan tak lengkap. Lepeih bayor duit deposit dan due bulan sewe, kunci ghumah dengan alamat ghumah pun deme bagi. Ape lagi teman pun bergegeih le ke Taman Cempake sambei jadi pilot keghete lain yang nak kesitu jugak.

Sampei je di Taman Cempake caghi lah ghumah teres due tingkat yang kate nye udah dikonvert jadi asrama. Jumpe lah ghumah teres yang dimaksudkan. Empat bijik ghumah teres due tingkat warne kunin sot di ujung jalan sisi. Due bijik untuk asrama pompuan, due bijik untuk asrama lelaki. Sebelah nyebelah.

Tapi yang tak sedap tu bile sampei je dengor bunyi tembakan berdesing tak ghenti-ghenti macam mercun ghaye cine. Meghungut-ghungut ibu bapak yang ngantor anak kat situ.

Anjin lior pon banyak. Ntah lah tekejut dek bunyi tembakan atau sasau, tak tau pulok teman. Nyalok kuat manjang. Ghunsen teman. Sebelah ghumah pulak ade utan.

Keadaan ghumah tu ok jugak le.Tige bilik tido due bilik ayor. Lapan oghang pelajor pompuan kongsi seghumah. Kighe selese le due tige oghang kongsi sebilik.

Tapi bisen dengan bunyi tembakan dan salok anjin dengan lokasinye tepi utan, pulok tu jauh daghi jalan besor, tempat tu memang tak sesuwei langsong jadi asrama. Teman kabo kat pelajar yang Kelab taja, takpe lah nanti pakcik caghi tempat yang lagi baik dan selamat.

Alhamdulillah caghi punye caghi dapat le di Tambun. Jauh le sikit tapi bile duduk dengan rakan sekuliah dan dengan keluarga angkat, senang rase hati teman. Nak jadi doktor nie nak kene tekun belajor jadi persekitaran dan tempat tinggei juge kene selese dan selamat.

Cume kepade UNiKL Ipoh, tolong-tolong lah pantou sikit tempat yang nak dijadikan asrama nie. Bior selese dan selamat. Jangan teghuih-teghuih percaye cakap agen perumahan yang tau nak cekik duit aje! Bile kate tak jadi nyewe, deposit dipotongnye. Hah, leboh tige ghatuih ghinggit duit teman.

Kalo boleh dicadang dan dighayu supaye UNiKL Ipoh caghi le ghumah yang dekat dengan kampus macam di Fair Park atau di flat Jalan Ashby ke, buat asrama tentu baguih.

PS.Dah ade laporan malam pertame, pelajor UNiKL di asrama Taman Cempake, Ipoh dikejor anjin lior dan diganggu kutu bengahak. Ramei yang nak cabot pindah tempat lain.

Wednesday, July 16, 2008

AKIBAT URUS TADBIR YANG LESU

Akhbar KOSMO hari ini memaparkan cerita kemelut bolasepak Perak. Cerita derita persatuan yang kantungnya sudah gersang. Cerita persatuan yang dilanda ketidakharuan dan hilang hala tuju kerana kesulitan memenuhi tuntutan dan komitmen perbelanjaan. Cerita pemimpin persatuan yang tidak lagi punya idea untuk mencari ongkos melunaskan gaji pemain hingga mahu digadaikan tapak Kompleks Bolasepak negeri Perak seluas 11 ekar di Meru Raya anugerah Kerajaan negeri Perak semasa Tuanku Raja Muda jadi Presiden persatuan dan Tajol Rosli Menteri Besarnya.

Malangnya tanah yang mahu digadai dan dijual tidak pula diketahui oleh bapak-bapak pemimpin persatuan tersebut, siapa sebenarnya yang mengusahakan sehingga tapak tersebut menjadi milik Persatuan Bolasepak Perak. Maka diusulkan bahawa Ramli Ngah Talib yang punya usaha.

Bukankah itu satu kebiadaban terhadap Raja Muda yang letih berusaha sehingga tercipta satu hakmilik sekeping tanah untuk kompleks bolasepak negeri Perak atas nama PERSATUAN BOLASEPAK PERAK?

Inilah akibatnya jika pemimpin persatuan hanya pandai berkempen untuk merebut jawatan tetapi apabila berjaya beroleh tempat dan posisi dalam persatuan jadi buntu bagaimana cara menjana kekuatan dana supaya persatuan bergerak lancar dan jaya.

Lantas diraba dan dicari dalam kegelapan punca mungkin merosotnya dana sehingga segala apa belanja tidak lagi bisa dilunas. Kos levi stadium dipinta persatuan supaya MBI melupuskan seolah-olah elektrik lampu limpah Stadium Perak semasa perlawanan percuma barangkali. Gaji pemain terlewat dijelas, caruman KWSP jaminan masa depan, tertunggak berbulan. Potongan cukai pendapatan dialpakan bayaran. Entah apa lagi yang tertunggak dan terhutang.

Jadi, dipilihlah mereka cara pintas dan jalan mudah jaja harta dan jaja tanah untuk selesai masaalah biar segera tapi kemudian kembali papa.

Tanpa segan silu pemimpin persatuan kemudian pula menagih bantuan Kerajaan Negeri bagai pengemis asing ditepi jalanan. Apa kena mengena Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru bertapak tiga empat bulan baru cuma dengan bolasepak Perak? Ikut Perlembagaan persatuan, Menteri Besar Perak bukan pun Presiden automatis Persatuan macam di Kedah, Negeri Sembilan, Perlis atau Selangor. Apa hebatnya bolasepak Perak sampaikan kerajaan nak tanggung beban sampai berjuta. Kalau badminton ke, acara terjun ke atau gimnastik mungkinlah bersebab kerana telah mampu menghasil juara diperingkat antarabangsa. Ini bolasepak Perak, nak bersaing di peringkat Liga Super TM pun cungap.

Nak cari penyelesaian bukan susah. Rujuk semula pakej produk dan Perlembagaan persatuan. Di situ ada jawapan muktamat. Lihat bentuk permainan yang dipersembahkan kini berbanding dengan era Tony Netto.

Semak Perlembaggan persatuan. Lihat kaedah kongres tahunan, lihat tatacara pemilihan pemegang jawatan, lihat peruntukan pertanggujawaban Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha, Bendahari dan AJK.

Kenapa kongres tahunan yang sepatutnya diadakan setiap tahun sebelum 31 Mei tiap-tiap tahun tidak diadakan bagi tahun 2007 dan 2008?

Kenapa naib Presiden boleh memangku jawatan Presiden sedangkan Perlembagaan persatuan tidak membenarkan?

Kenapa naib Presiden juga mahu menjadi Bendahari disamping memangku jawatan Timbalan Presiden dan memangku jawatan Presiden?

Kenapa kongres luar biasa tidak diadakan sedangkan Perlembagaan persatuan menetapkan bahawa kongres luar biasa hendaklah diadakan dalam masa enam bulan jika Presiden meletak jawatan?

Kenapa penyata kewangan persatuan yang beraudit bagi tahun 2006 dan 2007 tidak dibentangkan untuk kelulusan ahli-ahli di kongres tahunan?

Adakah bajet tahunan tahun 2006, 2007 dan 2008 telah dibentang untuk kelulusan AJK dan digunakan sebagai panduan pengurusan kewangan persatuan secara berhemah?

Mudahkan jika perlembagaan di ikuti dan ahli-ahli diberi hak memilih pemimpin baru yang berkaliber.

Kesimpulannya bukanlah gaji pemain dan kos pasukan Piala Presiden menjadi masaalah utama.

Pakejlah produk anda dengan hebat, menarik dan tertarik. Fahamilah Perlembagaan persatuan dan ikutlah aturan secara santun dan tertib.

Jika tidak mampu memimpin, undur diri secara rela hati dan beri laluan kepada yang pakar dan bijak pandai.

Tentunya urus tadbir persatuan tidak lagi lesu dan layu tetapi kembali segar, mantap dan bersinar.


 

PERGINYA SEORANG PEJUANG BOLASEPAK

Jam 8.30 pagi aku bergegas dari Ipoh ke Masjid Alor Merah, Alor Setar untuk memberi penghormatan terakhir kepada seorang pejuang bolasepak tanah air, Dato' Basri Akil kembali kerahmatullah semalam jam 3.00 petang setelah rebah di Istana Anak Bukit dipercayai kerana sakit jantung.

Aku mula mengenali beliau secara dekat semasa menjadi Pengurus pasukan Piala Presiden Negeri Perak beberapa tahun lalu. Kami sering bertemu pada perlawanan antara Kedah dengan Perak di Stadium Darulaman, Alor Setar. Sebenarnya aku amat kagum dengan kegigihan beliau menyusun program pembangunan bolasepak Kedah sehingga lahir begitu ramai pemain muda yang berjaya mewarnai bolasepak Kedah dan Malaysia berabad lamanya.

Beliau sanggup turun padang menyaksikan perlawanan-perlawanan Piala Presiden dan memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada pemain-pemain muda Kedah. Berapa kerat pemimpin bolasepak negeri hari ini yang sanggup berbuat demikian? Perlawanan Piala Presiden bukannya perlawanan glamor. Penonton pun tak seberapa. Tapi di situlah bakat terserlah dapat dikenalpasti untuk digilap dan diasah sehingga boleh diketengah di persada negara dan antarabangsa. Sayang, ramai pemimpin bolasepak hari ini tidak secelik mata, seikhlas budi dan setulus hati seperti Ahmad Basri.

Tiap kali kami bertembung di Stadium Darulaman, aku amati cara pergaulan beliau yang amat akrab dengan jurulatih-jurulatih yang juga bekas pemain-pemain, pemain-pemain muda dan pekerja-pekerja stadium. Aku kagum dan sedikit-sedikit aku menimba ilmu bolasepak secara tidak langsung darinya. Aku baca kenyataan-kenyataan beliau menegur FAM secara tajam tapi tepat. Aku ikuti jawapan-jawapan beliau dalam forum. Inilah insan bolasepak sejati. Walau pun dihukum berkali-kali kerana tidak mengikut rentak tari FAM, beliau tetap dengan pendiriannya memberi penekanan kepada program pembangunan bolasepak secara tersusun dan terancang.

Petang semalam Ahmad Basri Akil dipanggil 'pulang'. Di Masjid Alor Merah, masjid kampungku, jam 11.00 pagi ini, ramai saudara mara, rakan dan taulan turut bersembahyang jenazah. Baginda Raja Perlis dan rombongan turut hadir di masjid tersebut memberi penghormatan.

Penghormatan terakhir buat seorang pejuang bolasepak sejati...

ALFATIHAH.


 

Saturday, July 5, 2008

KURSUS AMALI UNTUK JEMAAH HAJI


Bertempat di pekarangan Masjid AlMutaqqin, Taman Meru, Ipoh seramai 1200 orang bakal jemaah haji tahun 2008 kini sedang menjalani kursus amali haji termasuk ritual tawaf, saii dan melontar.

Beberapa orang sahabat seperti Sdr Nasir, Hj Ridzuan dan Hj Nopiah dilihat turut serta.

Didoakan, semoga semua yang menyertai program hari ini terus sihat sejahtera dan dapat menjalani ibadah haji tahun ini dengan sempurna dan mendapat haji mabrur.

Wednesday, July 2, 2008

KELAB KELEDANG BANTU PELAJAR CEMERLANG



Syukur Alhamdulillah hari ini Kelab Bakti Gunung Keledang dapat buat sedikit lagi amal jariah. Pihak Kelab telah berkesempatan memberi sumbangan tunai sebanyak seribu ringgit seorang untuk yuran kemasukan ke IPTA / IPTS tempatan kepada empat orang pelajar cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah. Pelajar-pelajar yang mendapat sumbangan ialah;

Nur Aqeela bt Nor Azwan

Kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal/ Politeknik Seberang Perak

Nor Emilia Azreen bt Nor Azwan

Kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia/ UNiKL Melaka

Nor Naziah bt Rizal

Kursus Diploma Analisa Pelaburan/ Kolej Politek Mara, Bangi

Asmah bt Esa

Kursus Sarjana Muda Perubatan / UNiKL, Ipoh

Yang unik lagi, segala urusan mendapatkan tempat bagi kursus sarjana muda perubatan di UNiKL, Ipoh untuk Adik Asmah binti Esa, pelajar lulusan Kolej Matrikulasi Perak dengan CGPA 4.0 flat adalah dibuat atas daya usaha mantan Presiden kelab, Sdr Dr Mohamad dan Setiausaha Kerja Kelab, Sdr Harris. Pihak Kelab juga sedang berusaha untuk mendapatkan biasiswa MARA untuk pelajar tersebut.

Segala kos termasuk sara hidup pelajar tersebut juga akan dibantu oleh Kelab sementara permohonan biasiswa diproses oleh pihak MARA.

Terima kasih kepada Presiden Kelab, Sdr Dato' Azumu, Sdr Dr Zakaria, Sdr Dr Mohamad dan Sdr Harris serta semua pihak yang telah sudi membantu.

Terima kasih juga kepada Datin Nor Aida dan Ustazah Syamsidar, pensyarah dari Kolej Matrikulasi Perak yang telah mengenengahkan kes Adik Asmah kepada Kelab Bakti Gunung Keledang untuk diberi perhatian.

GANGGUAN SEMENTARA

Mulai jam 12.00 tengah malam tadi ntah ape kene teman tak dapat gune perkhidmatan internet.

Pagi-pagi tadi jam 7.00 pagi mase teman nak ambik sughat habo harini kat laman ghumah teman , nampaklah wayar telefon terjuntei, Ape ke hei pulak wayar udah jatuh nie?
Cek punye cek nampak pulak aerial ghumah jiran pun patah. Atap ghumah banyak nampak macam nak tecabot-cabot. Alahai, mungkin ade ghibot kot malam tadi. Tak pulak teman sedor.

Bile dah tau tu kene le cepat lapor kat Telekom.Buat laporan pertama jam 9.00 pagi.

Due kali juge lapor kat Telekom, baghu deme maghi pebetoi. Ape pun teghime kasih lah pade Teknisyen Telekom, Syed dan Meor yang baghu tadi jam 3.50 petang selesei sambong balik wayar.


Teghime kasih Yob!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...