Wednesday, October 29, 2008

SELADANG HILANG TANDUK

Demikian bunyi kepala berita tulisan Cikgu Azizan Hashim dalam Harian Metro halaman 35 hari ini. Kemelut dalam Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PFA) yang gagal menguruskan urusan kewangan dengan cekap bertambah parah apabila sehingga kini diberitakan gagal membentuk pasukan untuk Liga Super tahun hadapan.

Seorang ahli Majlis PFA , Encik Abdul Aziz bin Jamaluddin, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Kangsar, telah mendedahkan kemungkinan Majlis PFA tidak lagi sah atas kegagalan mematuhi kehendak Fasal 8, Perlembagaan PFA yang memerlukan kongres tahunan diadakan sebelum 31 Mei setiap tahun.

Sebenarnya banyak lagi Fasal dalam Perlembagaan PFA yang GAGAL di patuhi oleh Majlis.

Semak Fasal berkenaan perlantikan presiden baru apabila penyandang meletak jawatan.

Semak juga Fasal berkenaan penyediaan penyata kewangan tahunan.

PFA dibawah pimpinan Tuanku Raja Muda pada akhir tahun 1999 hingga awal tahun 2006 amat hebat dan terkenal dengan kecekapan mengurus pasukan dan mengurus urusan kewangan.

Tapi apa dah jadi lepas itu? Dua tahun dibawah kepimpinan sekarang, PFA semput dan hancus, aib dan memalukan. Kualiti persembahan pasukan Liga Super hambar dan merosot menyebabkan peminat menjauhkan diri dari stadium.

Tidak ada satu trofi pun mampu dimenangi oleh kepimpinan sekarang.

Pertukaran Bendahari Kehormat yang bersilih ganti mungkin antara penyebab pengurusan kewangan sasau dan aliran tunai tidak lagi mampu memenuhi tuntutan gaji, cukai pendapatan , KWSP dan SOCSO.

Akibatnya pemain jadi mangsa. Tidak hairanlah ramai pemain muda yang berpotensi seperti Ahmad Fakri dan Razali Umar cabut lari.

Kepada Encik Aziz, tahniah atas keikhlasan anda membuat pendedahan yang berani. Harapnya lebih ramai ahli majlis dan lebih banyak daerah yang bersuara positif dan benar. Kepada Cikgu Azizan teruskan usaha pendedahan bernas anda.

YAB Menteri Besar Perak yang telah menyatakan kesudian memimpin PFA perlu diberi ruang untuk mengambil alih persatuan, menyusun semula dengan hala cara konkrit dan membentuk pasukan baru yang dinamik.

Janganlah bila MB dah bagi duit untuk selesai masaalah gaji, banyak pula kerenah ahli Majlis.

Umum mengetahui memang ada tiga empat petualang dalam PFA yang hanya pandai buat kacau tapi kerja hampeih.

Just some kind words to those council members, SHIP OUT DUDES!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...