Monday, March 31, 2008

6.Imbasan Mac 2008

 
Hari ini hari terakhir bulan Mac 2008. Banyak peristiwa yang membawa kenangan manis sepanjang bulan yang penuh sejarah ini. Sedikit keperitan tetapi banyak kejutan,banyak kesedaran, banyak kesenangan dan kesyukuran yang pastinya merubah fokus hidupku dimasa akan datang.

1.0 Awal bulan aku dikejutkan dengan peristiwa yang amat mengusik dan menggores hatiku. Peristiwa anak gadis kesayanganku, seorang siswa di IPTA, di hina, disuruh berdiri dalam kelas(dua sessi), dicaci, diumpat, difitnah tanpa belas kasihan, dilabel sebagai manusia bahaya dan bahan neraka oleh seorang pensyarah berstatus nenek di sebuah universiti ternama dipinggir ibukota.

1.1 Hanya atas sedikit salah faham dan salah komunikasi . Hampir trauma anakku bahana dari tindakan melulu tersebut. Maaf telah dipohon, tangan pensyarah telah dicium tetapi pensyarah lebih berminat menghukum bertalu-talu saban kelas sepanjang masa dua minggu . Aku tidak suka melabel apa jenisnya makluk pensyarah ini kerana aku tidak pandai membaca hati manusia. Lagi pun anakku telah memaafkan pensyarah berkenaan.

1.2 Aku dan isteri yang membesarkan anak-anak kami dengan belaian penuh kasih sayang, mengajar mereka bersopan santun, menghormati yang tua dan berilmu dan patuh pada tuntutan agama Islam tentunya lebih tahu keperibadian anak-anak.

1.3 Syukur Alhamdulillah berkat nasihat baik, kesabaran tinggi dan hemah isteri, kunjungan-kunjunganku sepanjang 4 minggu untuk sessi rawatan dan terapi serta kata-kata semangat dari Timbalan Dekan, anak kesayanganku mantap semula semangatnya. Malah lebih kental dan murni hatinya.

1.4 Apa yang ingin dipaparkan ialah, bagiku, peranan guru,pendidik atau pensyarah adalah mengajar dan mendidik. aku pun pernah jadi pensyarah IPTA. Ada bekas pelajar-pelajar ku yang  udah bergelar pensyarah dan peguam.

1.5 Malah isteri ku pun masih bergelar pensyarah. Sudah berpuluh ribu bekas pelajar-pelajarnya yang berjaya. Tak pernah pulak aku dan isteri memaki dan mengherdik pelajar-pelajar kami.

1.6 Tugas guru mengajar, mendidik dan mencurah ilmu maka mengajarlah dan didiklah....

1.7 Jika perlu membetulkan salah silap, berhemahlah dan carilah kewarasan dalam bertindak. Sit down and talk nicely.... 

1.8 Hubungan antara pelajar dan guru adalah dwihala nan murni. Sama-sama masih belajar walaupun usia mhampir ke lubang kubur. Ingat sabda Rasullulah s.a.w "Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat". 

1.9 Dari perspektif positif aku menerima insiden yang berlaku sebagai satu hikmah dan ketentuan. Setidak-tidaknya aku berpeluang meluangkan lebih banyak masa dengan anakku dan lebih mengenali hati budinya yang kini lebih matang, cekal dan kental .

1.10 Setiap ujian ada pengajaran buat semua yang diuji. Sesungguhnya Allah menguji orang-orang yang disayang.

2.0 Bulan Mac 2008 juga menemukan aku semula dengan seorang sahabat lama selepas solat Jumaat. Dulu kami pernah sama menyewa serumah di Taman Balkis, Bandar Melaka pada tahun 1981 di zaman bujang.  

2.1 Dia kini telah bergelar professor di sebuah universiti tempatan setelah lama berkelana di Brunei Darussalam.. Waauu... lebih 25 tahun kami tidak berjumpa. Maklumlah masing-masing berkeluarga ,merantau melata mencari rezeki di bumi Ilahi.

Really nice to see you again, Prof Zain. Proud of you, bro! 

3.0 Tambah menarik lagi akhbar semalam melaporkan seorang lagi ahli rumah bujang yang sama di Taman Balkis, Melaka dikurniakan gelaran Dato’ oleh DYMM Sultan Kelantan.
Tahniah Dato’ Jamaluddin Abu Samah, Timbalan Akauntan Negara Malaysia. 
Sotong masak kicap ekau Din tetap mengancam weh!

4.0 Malam tadi aku bersempatan makan malam bersama anak saudaraku dan isterinya yang baru tiba dari Kertih, Terengganu.

4.1 Inilah kali pertama aku melihat isterinya yang berbangsa Filipina. Tak dapat hadir majlis perkahwinan mereka tahun lalu kerana urusan bertindih. Tahniah Khairil dan isteri kerana dapat anak lelaki. Tahniah juga Khairil kerana mike berjaya mengislamkan seorang insan. Besar pahala tu.....

5.0 Setinggi-tinggi kesyukuran juga kerana pembentukan Kerajaan Negeri Perak termasuk pelantikan Exco berjalan lancar hasil daripada kebijaksanaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYTM Raja Muda,Tuanku Raja Nazrin Shah.

5.1 Bukan senang nak tubuh kerajaan campuran tiga parti dengan jawatan Menteri Besar disandang pula oleh wakil dari PAS,iaitu parti minoriti. Tetapi itulah hebat dan bijaksananya Tuanku berdua. Kami rakyat Perak sememang berbangga mendapat payung negeri yang bijaksana lagi berdaulat. Pengalaman bekerja selama 6 tahun dari Disember 1999 sehingga Februari 2006 dengan Tuanku Raja Nazrin Shah dalam Persatuan bolasepak Perak tetap menjadi kenangan berharga.

AMPUN TUANKU



1 comment:

Unknown said...

Memang banyak perkara yang boleh dipelajari dari peristiwa akak dan pensyarah tu. sekurang-kurangnya akak jadi orang yang lebih baik, lebih sabar dan tabah. susah nak lupe ape yang pensyarah tu buat kat akak tapi akak anggap sebagai cabaran untuk akak jadi lebih kuat.

Paling seronok sekali bile ayah rajin datang jenguk akak kat kolej, ibu dan ayah pun rajin call akak. adik plak kalu akak call bgtau psl masalah tu die jd lg mrh, geram bile dgr ade org buat akak die mcm tue.rasenye sume org pun jd mrh bile dgr.abg pun call tanye.angah yang jarang sms akak pun tibe2 boleh sms bagi sokongan, cara die la tapi akak dapat rase sokongan dari sume org dan itu yang buat akak lebih kuat.=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...