Tiga minggu lalu saya buat keputusan jual kereta Proton Perdana yang dipakai sudah melampaui empat tahun.
Jangan salah faham, Perdana memang selesa dipandu. Dah rata ceruk rantau Perdana yang satu ni sampai. Tak banyak masaalah dan tak banyak buat hal pun. Tapi adat lah bila kereta dah mula berumur, jalan jauh sikit dia mula meragam. Jadi sebelum ragam jadi geram saya buat keputusan bercerai dengan Perdana yang satu ni.
Kisah kereta Proton ni saya tau sangat. Proton Saga injin lama , injin Magma, Wira dan Satria semua dah pernah beli dan satu keluarga dah pernah pakai. Masa Dato Nazmi lepas tu Tengku Mahaleel pegang teraju Proton memang tiptop serba serbi. Lepas deme belah, entah lahhh...
Jadi bila Kerajaan negeri Perak nak ganti Perdana dengan Camry, saya tak heranlah. Memang kereta yang dijandakan EXCO lama udah cokia. Nak pilih Camry ke, Accord ke atau 4WD, itu hak kerajaan negeri lah.Yang penting MB dan EXCO kerajaan kini boleh jalan tugas untuk rakyat dengan sempurna, selesa dan teratur.
Kalau beli Camry pun apa sangat. Baru RM167,000(termasuk duti) sebiji. Terjemahkan kepada 365 hari setahun untuk tujuh tahun hayat, baru RM65.37 sehari. Kalau kira dengan harga chakoteow Ipoh@ Rm3.00 sepinggan, baru 22 pinggan sehari.
Murah dah tu....Saya pun nak beli satu Camry lah!
ATAU MB Nizar nak pilih sebiji Mercedes C230 avangarde yang baru? Dengor cerite itulah pilihan mantan MB PeRak?
3 comments:
Pada pendapat saya, perkara ini telah dibesar-besarkan oleh pihak pembangkang (tajol rosli n geng). Saje nak cari kesalahan sebab memang takde salah.
Kepada orang yang faham tentang akaun, kereta atau kenderaan selalunya disusutnilai 5 tahun maksimum. Selepas 5 tahun dah takde nilai dalam akaun atau mungkin ada nilai RM 1. Maknanya 5 tahun kenela tukar kereta baru.
Perdana V6 tu warisan dari kepimpinan kerajaan terdahulu yang tak tahu dah berapa lame dah diorang pakai rasanya lebih 5 tahun, jadi kenela tukar.
Lagipun MB dan exco-exconya masuk ceruk-ceruk kampung melawat rakyat kenala gune kereta yang selesa, barula dapat berkhidmat kepada rakyat denga sempurna.
Sdr Seman PPB,
Memang betul ikut kaedah sistem perakaunan,susutnilai untuk kenderaan adalah untuk 5 tahun. Tapi bank bagi peluang financing sampai 7 tahun, maximum 9 tahun.
Jadi kira-kiranya kete Perdana yang cokia tu dah pun di susutnilaikan 100%.
Saja deme nak buat riuh je!!!
Apa salahnye tukar yang baru..asalkan dapat menjalankan kerja-kerja untuk kebajikan rakyat dengan lebih efisyen dan efektif
Post a Comment