Thursday, December 4, 2008

SEKITAR PELANCARAN FIRST DAY COVER DATO’ LAT

Jam 10.14 pagi tadi bertempat di Pejabat Pos Besar Ipoh, Dato' Lat, kartunis terbilang telah melancarkan First Day Cover dan siri setem pos lukisan beliau. Ramai pengumpul-pengumpul setem dari seluruh negeri Perak dan peminat- peminat beliau hadir.

Sdr Dato' Azumu bin Haji Tak selaku Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang turut hadir ditemani oleh ahli-ahli Kelab seperti Tan Sri Ahmad Azizuddin, Dato' Seri Tajol Rosli. Dato' Mansor Ahmad, Dato' Dr Anwar Hassan sebagai tanda sokongan kepada usaha Dato' Lat yang juga seorang ahli Kelab Keledang yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan.

Pelancaran pagi ini adalah susulan daripada majlis pelancaran di Kuala Lumpur. Seperti kata Dato' Lat, pelancaran First Day Cover perlu juga dibuat di Perak, negeri kelahiran beliau.

Satu wajah yang tetap tidak pernah ketinggalan dalam kartun-kartun lukisan Lat ialah watak nyonya berkaca mata dan berambut sarang tebuan. Watak tersebut sebenarnya ialah Cikgu Hew Chai Kee, guru bahasa Inggeris Lat semasa menuntut di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh.

Pagi tadi Cikgu Hew yang masih segak ,walau pun tanpa hairdo sarang tebuan, turut hadir meraikan majlis.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...