Thursday, January 21, 2010

261. GOT THE ANNUAL, MET THE YOUNG MAN... (DAPAT MAJALAH TERBARU DAN TEMUI USAHAWAN MUDA...)

Turned out to be an interesting day today.

Early in the morning, off to Kuala Lumpur for my dental appointment at 11.00 am at the boutique dental specialist centre, Dentalpro . Dr Syamsul, the dental surgeon, is going to fix implants for tooth no.26 and tooth no.27. Slightly more than six months ago, he did bone grafting to facilitate the implant process.

Talking to Dr Syamsul and Dr Syed Azman, another consultant at the specialist centre is so refreshing. So much more to learn about dental technicalities especially today when they highlighted on the gum grafting process.

Job satisfactorily done and I am off to Cheras for an engagement with Fisol, my lawyer and a childhood friend over some outstanding matters on a property purchased some years ago.

Over lunch, Muzill called Fitri, our friend at Passions Watch Exchange in Bangsar enquiring about Wrist Watch Annual 2010. To our delight the Annual is already available at the outlet.

Rushed to Bangsar to get the copy and within 30 minutes we were already there. It was raining so Muzill just dropped me near the entrance of Bangsar Village 2 to pick up the copy of WristWatch Annual 2010 and WOW 2009/ Festive from Fitri at Passions.

Got a surprise at the Passions too. Jonathan Tee, the owner of the gallery was around. The man always quoted in my talks to young entrepreneurs as a role model in online retail business, is in person at the gallery.

Took the opportunity to talk to him about the online watch business, my recent watches acquisitions and my Hanoi trip. The man sure knows a lot of stuff about watches while explaining there are lots more models displayed in his Singapore gallery.

Oh yes, Jonathan, I will gladly, God willing, make time this year to visit your Singapore gallery.

Thanks for the invitation.

DAPAT MAJALAH TERBARU DAN TEMUI USAHAWAN MUDA...

Hari ini adalah satu hari yang menarik.

Seawal 8.00 pagi bertolak dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Jam 11.00 pagi ada temujanji dengan pakar gigi di Dentalpro, sebuah butik pusat pakar pergigian.

Tiba di destinasi agak awal. Dr Syamsul, pakar pergigian sedia menanti untuk menjalankan proses pemasangan implant pada ruang gigi no.26 dan gigi no.27 selepas kerja-kerja bone grafting disempurnakan kurang lebih enam bulan lalu. Nampaknya ada penambahbaikan pada hiasan dalaman klinik. Tampak lebih anggun berseri. Tahniah Dentalpro!

Kerja-kerja pergigian selesai dilaksanakan dalam masa 1 jam oleh Dr Syamsul pagi ini. Memang banyak yang perlu diketahui tentang teknik pergigian terutama bila Dr Syamsul dan Dr Syed Azman, seorang lagi pakar di situ bercerita tentang teknik gum grafting.

Terus ke Cheras untuk berjumpa Sdr Fisol, seorang peguam juga rakan sekampung sejak dari kecil, untuk bereskan beberapa perkara terbengkalai tentang urusan pembelian rumah beberapa tahun lalu.

Semasa makan tengahari, Muzill telefon Sdr Fitri, rakan dan petugas di Passions Watch Exchange. Dimaklumkan majalah Wristwatch Annual 2010 sudah ada di kedai. Selesai makan, meluncur ke Bangsar untuk mengambil majalah di Passions. Laluan dari Cheras ke Bangsar kini sudah mudah tanpa banyak trafik jam. Sampai di Bangsar hujan lebat jadi singgah sekejap untuk ambil naskah WWA 2010 dan World of Watches/ Festive 2009.

Kebetulan Sdr Jonathan Tee, pemilik Passions, usahawan muda yang saya kagumi, berada di kedai. Sembang-sembang sekejap tentang dunia bisnes online, tentang cubaan awal Muzill berjinak-jinak dengan online business, tentang model-model jam terbaru dan tentang lawatan saya ke Hanoi.

Oh ya, terima kasih Jonathan atas jemputan untuk melawat outlet anda di Singapura.

Insyaallah, saya akan luangkan sedikit masa tahun ini untuk berkunjung ke sana apatah lagi bila saudara katakan lebih banyak model jam tangan yang dipamir di sana berbanding dengan di Bangsar, Kuala Lumpur.

1 comment:

Robert said...

your blog is pretty cool... If your interested check out mine. Its bouncertales.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...