Wednesday, January 20, 2010

260. THE SUPER LIGHTWEIGHT AUTOMATIC LONGINES LINKAGE...( JAM TANGAN LONGINES PENYEMAI SATU RANTAIAN...)

I’ve always like Longines especially the automatic timepieces. This model/Ref. no. L 47082117 was purchased from a KLCC watch gallery early May last year during one of those watch browsing trips.

The white clean dial is very simple for it displays only the hour and minute hands without the second hand, the day and date functions. The roman numerals add to its elegance. The only flaw to me is the inverted Roman numerals of V and VI which I personally despised. I prefer the numbers to be upright, the way it should be.

For an automatic timepiece, this Longines model is super light giving the impression that it is quartz. The subtle golden and silver finishing of the bracelet adds to its character of exclusivity, formality and poise suitable for dinner wear or for that matter for any formal function.

For the price offered, I thought then this automatic timepiece with skeletal caseback was a bargain. Little did I realise that there was a SALE ongoing in my home town, Ipoh and the same model was being offered at a price cheaper by RM 500.00. Well that’s quite a load of difference for a timepiece, my friend.

The story of this Longines did not end there. Much later during another trip to KLCC I dropped by the same KLCC watch gallery to look at some Omega timepieces including limited edition ‘moon watch’. The manager, an Ipoh-born lady upon recognising me as a former customer took me around to see some new models and offered fantastic discounts on some of the Omega timepieces I enquired.

I guessed sometimes you have to ‘invest’ a little to get the right linkage. So, that RM 500.00 extra for the Longines after all, was dirt cheap!

Jenama Longines memang antara jenama jam tangan yang menjadi idaman sejak sekian lama apatah lagi yang berjenis automatik.

Model ini L 47082117 dibeli dari sebuah butik jam di KLCC semasa sesi rambu-rambu santai jam di KLCC.

Dial putih bersih yang hanya memaparkan logo, jarum jam dan jarum minit tanpa fungsi tarikh ,haribulan dan jarum saat tampak simple dan bergaya. Angka-angka roman yang tertera menambahkan seri permukaan dial. Cumanya saya kurang selesa dengan angka roman untuk nombor lima dan enam yang seolah terbalik. Saya lebih senang jika angka lima dan enam tegak seperti yang sepatutnya.

Sebuah jam automatic kebiasaannya agak berat tetapi model Longines ini terlalu ringan seperti gaya jam Quartz atau yang berbateri. Tali berwarna emas diselangi warna perak yang dipasang menambahkan lagi keanggunan jam ini. Sesuai sekali dipakai ke majlis resmi atau mana-mana acara formal.

Seronok dan senang hati bila dapat beli pada harga yang dah dirasakan harga runtuh.

Masa jalan-jalan kat Kinta City Ipoh pada satu hujung minggu ternampak jam model ni sebiji kat satu butik jam tangan di situ. Waduh, murah pulak di Ipoh bila tanya harga lepas diskaun. Kurang sampai RM500, yop! Takpe lah dah terbeli nak buat macam mana, redha je lah...

Sebulan dua lepas tu masa kunjungan kat KLCC singgah semula ke butik yang beli Longines. Bila dibuka cerita beli Longines tempoh hari, ingat pulak si Pengurus kelahiran Ipoh tu.

Saja singgah, ingat nak tengok-tengok Omega terutama model Moon Watch. Memang dah banyak kali round kat tempat lain tengok model Omega. Jadi kurang lebih tahu gak harga sebenar. Alhamdulillah, banyak pulak diskaun yang dia offer untuk Omega kali ni.

Itulah kekadang kita sendiri tak sedar ada ketika sedikit pelaburan awal mendatangkan banyak manfaat di kemudian hari.

Setakat RM500 untuk membina satu jalur rantaian...Ai, murah sangat tu!



3 comments:

Anonymous said...

Salam Dato'
No pain no gain :)
RM500 'investment' deem cheap as compare to networking built. After all, first instinct do make a favor too.

Limau tambun said...

Salam Min,

Minat Longines gak ke?

Sememangnya membina satu pautan perkenalan ada banyak cara, gaya dan harga...

Anonymous said...

Bait2 minat pada seninya jam ni dah mula ada.Walau tak banyak mana,tapi dah mula ada.
Tapi ongkosnya belum pernah cukup untuk penuhkan keinginan.
Sekarang nih,cukuplah dengan minat.Sebab minat tak pernah mati.
Esok lusa,mungkin ada satu yang padan pada poket dan tangan nih.
Apapun,limau tambun dan LT watch gallery mesti singgah saban minggu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...