Tuesday, March 23, 2010

277. A RARE MOMENT WITH TITONI COSMO 99

Among close friends, it’s an open secret that we are serious watch collectors. So, whenever opportunities avail, we call on each other to update information on our common hobbies.

At times a good watch just popped up on such a visit.

We were at a friend's house just for a casual visit. As we sat down, he drew a watch from the top drawer of a table. He said the watch is meant for us if we so desired.

We had a good look at the watch. Wow, it's a vintage Titoni Cosmo 99. The watch looked pretty clean, neat and complete with the original stainless steel bracelet and original buckle. Just the stainless steel bracelet, an original brand new one would easily cost RM300. We weighted the option and decided to take in the watch as the price offered was quite fair. According to our friend, Titoni Cosmo 99 was released sometimes around early 1970s.

Still we craved for more information. On reaching home, we googled on this model including checking out friendly watch blogs but nothing much surfaced.

Undeterred, we proceeded to inquire from a few old hands who have been in the watch business for years. They put the date of release to around the 70s.

A few images of that particular Titoni Cosmo 99 are displayed here with the sincere hope of soliciting for more pertinent information from dear readers and fellow collectors.

Thank you.

SEJENAK YANG INDAH BERSAMA TITONI COSMO 99

Antara rakan-rakan bukan lagi satu rahsia yang kami adalah kolektor jam. Kerap ke tempat rakan sehobi bertukar maklumat tentang penemuan terbaru jam vintage atau jam preowned mau pun release terbaru di pasaran.

Ada ketika, sesebuah jam hadir dalam kunjungan sedemikian.

Ketika berkunjung ke tempat seorang rakan, dia menyambut dengan tersenyum. Baru saja duduk, dia keluarkan sebuah jam. Nampak cantik dan solid. Sebuah jam Titoni Cosmo 99 terpampang di depan mata.

Jarang sekali kami ketemu jam sedemikian rupa. Bagaikan sebuah muka TV mirip dialnya. Walau pun berusia barangkali sekitar empat puluhan kagum melihat wajahnya masih ayu berseri bagaikan janda berhias beranak satu.

Terpesona, jam yang direnung seolah bersuara merayu minta diabadi pada lengan. Segar bercahaya, tali dan bakelnya masih asli. Malah semuanya asli-asli belaka. Tiada calar dan tiada luka ketara.

Kalau sudah jam berada di tangan, mana mungkin dilepas lagi. “ Sememangnya jam ini untuk abang” ringkas katanya. Bicara harga singkat tanda terpikat lantas jam diangkat pulang. Cumanya tiada banyak maklumat tentang Titoni Cosmo 99 walau pun digoogle dan dirujuk blog rakan-rakan.

Beberapa imej Titoni Cosmo 99 sengaja dipaparkan untuk tatapan. Barangkali ada rakan-rakan kolektor dan pembaca yang budiman sudi berkongsi informasi walau sedikit cuma.

Terima kasih.

2 comments:

Tok Janggut said...

salam bro.sy pemilik blog jam,rimautokakpedang.blogspot.com.saya juga mempunyai sabiji jam seperti ini.memang ramai yg meminati jam seperti ini dan banyak telah menawarkan harga kpd sy.jam ini memang sedap kalau ditangan...
menurut apek yg telah merawat jam sy ni,jam ini keluaran dalam tahun 70an,tapi sy tak brapa pasti samada jam btol atau tidak,kerana seperti yg ditulis oleh anda kat dalam internet tak byk maklumat tentangnya...

Limau tambun said...

Terima kasih Tok Janggut kerana sudi menjengah blog ni.

Memang Titoni 99 ni cantik, sama-sama kita gali lagi info.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...