Thursday, March 11, 2010

274. SDR HARITH IDRIS, TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA

Beliau mula bertugas sebagai Pegawai Urusetia, Kelab Bakti Gunung Keledang pada tahun 2000 ketika saya diangkat sebagai Presiden Kelab. Banyak sungguh aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan pada tahun itu kerana buat pertama kali kelab mempunyai urusetia sepenuh masa.

Sepanjang tahun 2000, kita berjaya mengambil sekolah angkat, mampu membuat aktiviti garage sales, Kem Usahawan Muda, kem motivasi, Golf Amal, Pestaria, Kempen derma darah, ceramah kerjaya, Kunjungan mesra ke Hospital, sumbangan untuk masyarakat Orang Asli, sumbangan yuran peperiksaan PMR dan SPM dan berbagai lagi aktiviti.

Semalam genap 10 tahun 2 bulan beliau berkhidmat dengan kelab. Semalam juga hari terakhir beliau bertugas selepas menyerahkan surat berhenti berkhidmat.

Sememangnya sepuluh tahun adalah satu jangkawaktu yang lama. Satu tempoh yang cukup untuk menimba pengalaman bekerja dengan sebuah NGO Melayu Perak/Yayasan Melayu dan tentunya berjaya mengujudkan rangkaian dan rantaian networking bersama ramai tokoh korporat dan tokoh politik di negeri Perak.

Sdr Harith Idris pasti punya rancangan dan percaturan tersendiri apabila berita tersebar sejak Isnin lalu yang beliau telah menyuarakan kepada beberapa ahli kelab hasrat untuk berundur dari mengendalikan urusetia kelab bagi meneroka haluan sendiri.

Semalam sahlah berita penarikan diri beliau daripada urusetia kelab apabila beliau dengan rasminya menyerahkan surat berhenti perkhidmatan kepada Sdr Dr Zakaria Abdul Kadir, Presiden Kelab 2010 pada jam 2.18 petang di Kelab Diraja Ipoh. Penarikan diri beliau diterima oleh presiden.

Saya dan keluarga ingin merakamkan setinggi terima kasih diatas perkhidmatan diberi semasa saya menjadi Presiden kelab pada tahun 2000 dan sepanjang beliau berkhidmat dengan Kelab dan Yayasan Bakti Gunung Keledang.

Sesungguhnya segala usaha bakti kita tiada yang lain hanyalah untuk keredhaan Allah swt semata. Kita hanya boleh merancang, Allah jua penentu segalanya.

Terkini: Alkisah Harith Idris pada hari Jumaat 12/3/2010 telah memohon semula jawatan yang dikosongkan!


THANK YOU AND ALL THE BEST TO YOU, HARITH IDRIS...

For the last ten years and two months, he was there to handle the Keledang Club secretariat. News of his impending resignation surfaced last Monday. Apparently, Harith has informed a few club members of his intention.

He was recruited in 2000 to handle club secretarial matters and other club activities when I was the club president then.

That was the first time ever the club has full time secretariat staff. Many activities were successfully organised with full cooperation from fellow members and the Keledang Ladies. We managed then to organise garage sales, motivational talks to school kids, contribution to Orang Asli community, blood donation campaign, charity golf, charity bazaar, hospital visits, family day to recall a few activities. 

At 2.18 pm yesterday after the weekly meeting he handed a letter to Dr Zakaria Abdul Kadir, the current Club President confirming his intention to leave the secretariat with immediate effect. His resignation was accepted by the president. 

No reason was revealed to us.

No matter, Harith knows better his way forward to the future.

To him and his family, Intan and Ali, my family and I would like to wish them, a very prosperous future and may Allah bless you all.

Latest:Harith Idris has reapplied for his old post on Friday 12/03/2010.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...