Tuesday, November 9, 2010

321.Kelab Rekreasi Langkawi Lancar Tabung Derma Bantu Mangsa Banjir Di Kedah

LANGKAWI, 5 Nov (Bernama) -- Kelab Rekreasi Langkawi (Kerel) bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Kedah melancarkan tabung derma kilat untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.

Presiden Kerel, Datuk Mansor Ismail berkata NGO terbabit termasuk Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Langkawi, Koperasi Pembangunan Komuniti Pelancongan Langkawi, Kelab Penerbangan, Kelab Fotograf, Persatuan Basikal Bukit Langkawi, Persatuan Menembak Langkawi, Kelab Sepak Raga Tuju dan Langkawi Motorsport Club.

Tiada sasaran kutipan ditetapkan untuk kempen itu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan tabung itu di Kompleks Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini malam tadi.

Beliau berharap orang ramai dan pelancong akan menghulur sumbangan kepada tabung itu yang akan dijalankan selama sebulan sehingga 5 Dis ini.

-- BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...