Friday, November 5, 2010

320. RUMAH TOK WAN BANJIR LAGI…

Petang Selasa bergegas pulang ke Alor Setar setelah mendapat panggilan telefon daripada Tok Wan pada waktu pagi. Kata Wan, jalan masuk di depan rumahnya sudah dinaiki air. Air sungai di belakang rumah juga sudah mula melimpah…

Saya maklumkan kepada Wan, insyaallah selesai satu dua tugas, saya pasti pulang untuk tinjau keadaan dan buat keputusan.

Wan cakap dia tunggu di rumah sambil berpesan supaya kala balik nanti pandu dengan cermat di jalanraya.

Kurang lebih jam 2.30 petang mula perjalanan dari Ipoh. Sampai di Alor Star hampir jam 5.00 petang. Semua kenderaan dialihkan melalui Plaza tol Alor Setar Utara. Lebuhraya PLUS dinaiki air dekat UUM.

Meluncur terus ke rumah Tok Wan. Sememangnya air telah mula membanjiri jalan di depan rumah. Kenderaan orang kampong berderetan di bahu-bahu jalan di taman perumahan yang berdekatan yang agak tinggi.

Anak-anak kecil riang bermain air limpah.

Nasib baik bawa Nissan Frontier, boleh redah masuk kawasan rumah Wan yang agak tinggi. Ada jiran tumpang letak kereta di garaj Wan. Kalau air naik lagi kereta-kereta tu pun pasti terjejas.

Sungai di belakang rumah Wan sudah senak. Air mengalir laju melimpahi kawasan rumah-rumah di tebing sungai.

Air sungai terus mengalir deras mencecah kekawasan reban ayam di belakang rumah Wan.

Jalan-jalan di depan dan kanan rumah Wan juga mula digenangi air.

Dari amatan, memang banjir besar akan tiba, harap-harap jangan sebesar banjir 2005. Letih membaiki perabut yang rosak dan mencuci lantai-lantai yang penuh dengan lumpur.

Saya bincang dengan Wan. Wan lebih suka tinggal di rumah. Tunggu dan lihat keadaan dan kemudian baru buat keputusan. Saya bimbang…

Saya lebih minat bawa Wan dan Tok pindah sebelum air bertambah besar. Perabut-perabut yang mampu diangkat ke tingkat atas rumah, dipindahkan segera. Wan kata, dia ikut saja keputusan saya.

Lepas solat Maghrib dan makan malam, Tok Wan dan Tok tawakkal tinggalkan rumah dan ikut saya pulang ke Ipoh kerana air naik dan terus naik…


Catatan: muzillmansor

Berita terkini: Khamis-jam 9.30 malam 4.11.2010

Dapat berita daripada Jiran di kampong. Air sudah membanjiri rumah-rumah kampung termasuk rumah Tok Wan. Berapa tinggi paras air yang masuk tidak dapat diketahui kerana jiran-jiran sudah mula pindah semalam.

4 comments:

paksu said...

sudah 5 hari banjir di kampung nie.. muzill.. pinjam gambar nie.. nk letak dalam blog paksu..

Limau tambun said...

Krie,

letak je, tak kisah...cuma spare lah cuti balik kampung untuk cuci rumah bila air surut...hehe

Muzill said...

Paksu,

kita buat ganti collection perabut dan barang elektrik kat rumah Wan...

Wan susah hati kerusi urut Ogawa dia tenggelam...

along@shahir said...

banjir owh banjir hmmm sian org kampung noh,xpa2 ni suma dugaan tabah je la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...