Ikut kata tuan punya asal jam Titoni Airmaster ini, dia mula pakai jam ini semasa belajar dan tinggal di asrama Sekolah Anderson, Ipoh. Hadiah daripada ayahnya. Kira-kira dah lama le tu sebab dia pun dah jadi pensyarah universiti dan kini dah ada ijazah PhD.
Antara koleksi awal, jam yang masih cantik dan berfungsi dengan lancar ini hanya menjadi hiasan dalam koleksi dan tak pernah sekali pun dipakai sejak dibeli.
Saja dibiar dalam kotak kerana rasanya jam ni cukup berjasa, dah terlalu banyak bakti dan tentunya banyak sekali kenangan dan sejarah silam.
Sayang jam ini tak pandai bercakap kalau tidak, tentu berkajang cerita menarik boleh dimuat dan di kongsi disini.
5 comments:
Titoni 505 ni istimewanya payah nak rosak, overhaul saja semuanya jadi ok. Dulu masa gila mengumpul saya ada tiga biji model ni sama saja semuanya. Yang complete semua ori (kecuali tali kulit kerana tali asal dah pecah-pecah) dah dijual pada Dato, yang dibeli dari dari Irhomdeys tanpa bukle ori pun dah dijual pada pengumpul dari Ipoh dan baru-baru ini baru saja overhaul sebiji... wah tepat masanya dan berkilat macam baru... yang ni nak simpan kot... sebab mulanya ingat bakal dibuang saja kerana tak boleh buat apa-apa langsung, aleh-aleh ok pulak...
Sdr Azlan,
Assalamualaikum...Jam Titoni tu takde masaalah sejak beli.Kondisi elok jalannya lancar...cuma saje nak cuit sikit oghang dulu, udah lame bebenor tak dengor ceghite...blog pun agak sunyi sejak dua menjak nie...
memang cantik!!! ade cerita saye gak dalam perihal titoni ni. Saya masih ada satu Airmaster yg saya simpan untuk pakai sendiri dengan kondisi 95% new. Tersangat sayang nak dilepaskan. Bila dah banyak jam ni kekadang bila kekawan minta tak sampai hati nak hampakan! Bila dah dilepaskan sukar juga nak dapat balik. Agak-agak dah berapa banyak Dato' dan Muzill kumpul jam ye!
Tuan Syed,
Alaah... koleksi ciput je...congak-congak ade le sepapan dua...Intai-intai nak sampai suku koleksi Tuan Syed pun belum capai kot.
orang lama aja sembang teman pun nak mencelah juga. biasa dengar lagu abg roni dari indon. lawak....lawak.kan ada oni juga.hehe
Post a Comment