Yang seronok bila dapat jam yang lebih cantik dari gambar. Dalam gambar nampak lusuh bila dapat memang ampuh.
Sama juga dengan wang. Kalau dapat yang nombor menarik memang suka tak terkira.
Yang tak seronok bila dapat jam atau wang yang gambar lebih cantik dari sebenar.
Maklumlah dalam gambar semua wang nampak cantik dan menarik , bila dapat layu dan sayu.
Dalam gambar nampak jam tu bersih berseri, tapi bila dapat, bertompok bagai bunga seripagi. Dalam gambar juga mana boleh perasan bila jam digoncang bunyi sikit atau bunyi sakit. Tapi takpe, itu kerja dukun jam lah untuk bagi pulih.
Tapi semua tu asam garam dalam urusniaga dan tak jadi hal pun.
Ada jam dari jenama yang tak pernah dengar sebelum ni pun. Ada jam dari jenama terkenal tapi ditawarkan pada harga terlalu murah hingga risau pulak nak beli. Itu semua hanyalah strategi penjual, masing-masing nak tarik pelanggan.
Ada yang claim sengaja jual jam dibawah kos kerana sudah terlalu lama’hold’ hingga modal tertekan. Mahu tak mahu kena juga kasi lepas supaya bisnes masih bernafas.
Saya respect bloggers yang tak kedekut ilmu dengan paparan banyak article silih berganti dalam blog masing-masing tentang jam dan wang untuk dikongsi bersama. Telefonlah waktu mana pun, sedia berjawab dan beri pendapat.
Saya hormat dengan para bloggers yang hebat koleksi masing-masing dan tak lokek kongsi sumber kutipan.
Ada bloggers yang walau pun baru jadi saudagar jam atau saudagar wang, tapi nyata tinggi ilmunya, sedia mendengar dan bertukar pendapat.
Ada juga kalau pasal jaga kualiti produk memang cermat. Kalau jam tu, dikilat macam cermin untuk bersikat. Memang hebat.
Terjamin barang dibungkus, di alamat untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Bungkusan, mak oiii, kemas rapi.
Tentang harga, tak berapa kisah sangat sebab mana ada katalog harga untuk jam lama walau pun nota dan syiling lama ada rujukan. Kadang-kadang sedikit mahal, kadang-kadang sedikit murah. Campur tolak lebih kurang sama. Asal berkenan dihati runding sikit-sikit dah kira jadi. Nanti kalau rasa jemu, boleh jual kepada kolektor baru.
Yang amat penting dalam urusniaga jam, wang atau syiling lama, semangat setiakawan,‘fairness’, jujur, ikhlas dan nilai persahabatan diutamakan.
6 comments:
Kadang-kala harga yang diletak tu memang harga kos/modal. Ada lagi orang minta kurang dari harga kos tu. Walaupun rugi, jam tetap dijual. Satu untuk letgo jam, kasi laku. Satu lagi untuk wujudkan persahabatan antara pembeli & penjual. Bukanlah wang ringgit jadi soal, tapi hubungan yang terjalin selepas tu yang penting.
Barang antik suatu yang berharga. Ada kalanya jadi bahan buangan sesetengah orang, tapi suatu yang berharga untuk orang lain. Ada yang harga tinggi, ada yang harganya murah. Semuanya bergantung kepada penjual letakkannya. Harga tinggi mungkin ia sangat disayangi penjual. Kalau ada orang sanggup dengan harga tu.... maka terjuallah barang tu. Bukan senang nak jual barang yang kita sayang. Bila terjual, rasa berbaloi dengan apa yang kita dah usahakan/sayang/hargai barang tu selama ni. Sesetengah orang tak merasainya, tapi terkesan yang sangat mendalam kepada si penjual...
Sdr duniajam,
Komen yang amat bernas.
Tinggi sungguh nilai persahabatan...
solid 3 tuuu..
dato' limau tambun suka number 3 yea...
:)
Sdr KiD,
Bukan 3 je. Kalau boleh semua solid no. dari 1 hingga 9 nak kumpul. Boleh dapat ke?
mmg boleh dapat..
tapi fulus aje laah..
:)
Salam Dato'
I absolutely agree with you...
There are 3 things that influence the value of a vintage watch: condition, condition and condition.
If we have a solid gold case, add RM2000 to the price (whatever it is determined to be). If it’s encrusted in diamonds and is platinum, it doesn’t much matter about the watch part anyway.
The watch is worth what a buyer will pay for it. There are price lists published as Dato' said, but the publishers assume the watch has been serviced and is in running condition. Any buyer will have to deduct at least RM100 from the price list value if the watch has not been recently serviced. A watch seller will not give you more than 50% of the posted price in any case. Often Online Auction Houses or Blogs are the best way to get an idea of what your watch is worth because it does a fine job of establishing the market value for all kinds of watches, and we are less likely to get duped into paying 10x what the watch is actually worth.
Our antique watch is worth far less than we think. They are not rare, even if they are old. For instance Elgin made over 50 MILLION movements. They were built to last and be repaired so a lot of them are still around in various conditions of course. The average price for an 80 year old pocket watch is around RM500. Of course how do we put a price on something our grandfather gave us when we were 7?
Watches stink as a long term investment. Collecting vintage watches should not be done for the money but for the love of old and interesting watches.
Post a Comment