Saturday, May 31, 2008

CADANG TUKAR NAMA PEJABAT SUK JADI JABATAN MENTERI BESAR

Satu cara yang teman rasa amat berkesan untuk memastikan pegawai-pegawai kerajaan negeri Perak faham siapa sebenarnya bos mereka yang perlu dipatuhi kini ialah dengan penjenamaan semula Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Ketua Eksekutif negeri Perak adalah Menteri Besar Perak. Sewajarnyalah nama jabatan yang menguruskan ehwal yang bersangkutan pengurusan kewangan negeri dan pentadbiran negeri dinamakan JABATAN MENTERI BESAR PERAK.

Penjenamaan ini juga akan membolehkan Menteri Besar dinamakan sebagai pengawal peruntukan kewangan dan bukan lagi Setiausaha Kerajaan Negeri. Kalau teman tak silap, Melaka pun pakai sistem ni. Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri diletak bawah Jabatan Ketua Menteri. Bukan nak suruh tiru tapi kalau efektif apa salah kita gunapakai.

Takkan salah kot, di peringkat federal pun dinamakan JABATAN PERDANA MENTERI dan bukannya Jabatan Ketua Setiausaha Negara.

Bila dah Menteri Besar yang kawal jabatannya sendiri senanglah nak aturkan penyusunan semula struktur organisasi pentadbiran negeri. Harap-harap lepas ni lebih mudah untuk memastikan pegawai-pegawai negeri melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan mematuhi arahan MB untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...