Berkesempatan bersolat Jumaat di Masjid Bukhari, Alor Star hari ini. Masjid yang bagi ku amat indah, selesa, luas dan tersergam. Terima kasih kepada dermawan yang berhati murni membina kompleks masjid dengan biaya sendiri.
Sempena dengan Hari Guru, Tuan Khatib membaca khutbah berkisah tentang jasa guru. Sesungguhnya jasa guru memang terlalu banyak untuk dinilai.
Wajah-wajah guru yang pernah mendidik diri ini mula terbayang. Wajah-wajah insan mulia yang telah mencorakkan kehidupan diri ini, mencintai ilmu dan alam, menghargai kasih dan sayang, mensyukuri nikmat tuhan.
Kepada semua insan bernama guru, yang tidak pernah merasa jemu mendidik, menabur ilmu walaupun berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar TERIMA KASIH CIKGU.SESUNGGUHNYA JASA KALIAN TIDAK TERBALAS.
No comments:
Post a Comment